‘RASUAH DAN IMDB’ – ISU YANG 'MENGGERUNKAN'
Walaupun di kedai-kedai kopi atau
dimana saja di khalayak ramai isu ‘rasuah dan IMDB’ sering diperkatakan namun
melalui pemerhatian aku, isu ‘rasuah dan IMDB’ ini hampir tidak langsung
disentuh oleh para penceramah agama ketika menyampaikan ceramah mereka di surau
atau di masjid. Dan ketika berlangsungnya Persidangan Agung UMNO kini, tidak
terdengar ada perwakilan yang membincangkan meneganai ‘rasuah dan IMDB’.
Mungkin ada (agaknya) dan hanya aku yang tidak meneliti ucapan para perwakilan.
Pergilah ke mana saja samada di
dalam atau di luar negara pastinya ramai yang membincangkan tentang isu ‘rasuah
dan IMDB’ yang berleluasa di Malaysia kini. Samada di rumah-rumah majlis
khenduri atau di kedai-kedai kopi kampung, pastinya mereka membincangkan
tentang ‘rasuah dan IMDB’. Ketika menunggu keretapi laju di setesen keretapi
Tokyo baru-baru ini pun seorang penumpang Jepun (dengan bahasa Inggeris yang
terkial-kial) cuba bertanyakan kepada aku tentang IMDB (apabila beliau tahu yang
aku orang Malaysia)
Jadi dengan sendirinya Malaysia di
bawah pimpinan DS Najib sudah menjadi begitu terkenal di seluruh dunia. Mungkin
jauh lebih terkenal daripada zaman pentadbiran Dr. Mahathir Mohamed dulu. Jika
suatu ketika dahulu pada zaman Dr.Mahathir masyarakat antarabangsa
membincangkan kemungkinan Malaysia setanding dengan Hong Kong, Singapura, Korea
Selatan, tetapi pada kali ini Malaysia telah diletakkan sebagai sebuah negara
yang serba serbinya kelihatan agak negatif. Mungkin populariti Malaysia kini
berbeza dengan populariti Malaysia pada zaman Tun Dr. Mahathir.
Seluruh dunia membincangkan tentang
IMDB. Baru-baru ini Jeff Sessions, Peguam Negara
Amerika Syarikat ketika menyampaikan ucapannya di Global Forum on Asset
Recovery di Washington semalam ( 4 Disember 2017) telah menyatakan bahawa, ‘
“Nearly half of the US$3.5 billion in corruption proceeds we have restrained is
related to just one enforcement action….That action was related to a Malaysian
sovereign wealth fund known as 1MDB,” katanya. Dan banyak lagi kenyataan dan
pendedahan yang dilakukan di negara-negara lain di dunia yang berkaiatan dengan
IMDB dan Malaysia.
Aku tidak dapat membayangkan
sekiranya ada wakil Malaysia hadir di persidangan berkenaan, dimanalah agaknya
hendak ‘diletakkan muka’. Alangkah malu dan aibnya sekiranya nama negara kita
‘dipaparkan’ sedemikian rupa. Tetapi itulah keadaan sebenarnya yang berlaku
kepada negara kita Malaysia yang kita masih cintai ini. Walaupun dicerca,
dihina, diherdik, diperlekehkan setiap masa dan ketika, namun kita masih
memendam rasa dan terus menerus cuba membela dan memperbetulkan dimana
silapnya. Malangnya pula hampir keseluruhan pemimpin negara kita semacam tidak
mempedulikan apa yang berlaku. Seolah-olah bagi mereka apa yang berlaku hanya
mainan politk belaka. Mungkin mereka menuduh Amerika pula yang cuba
memperkecil-kecilkan kemampuan negara Malaysia, yang cuba menggambarkan
Malaysia sebagai sebuah negara yang terkebelakang.
Rakyat negara ini seolah-olah
‘terkapa-kapa’ dalam keadaan yang hampir ‘lemas’ mengenangkan tidak ada tempat
untuk mengadu tentang keadaan negara yang semakin meruncing keadaannya kini.
Rakyat sedar yang kehidupan semakin
menghimpit mereka dengan kenaikan harga barang keperluan harian, namun
seolah-olah rakyat boleh bersabar dengan keadaan sedemikian.
Namun yang menghairankan kita ialah
sikap perwakilan UMNO yang menghadiri Persidangan tahunan mereka di PWTC
langsung tidak bersuara mempersoalkan tentang isu ‘rasuah dan IMDB’. Sepatutnya di situlah merupakan forum yang
paling sesuai untuk membincangkan isu yang amat penting ini. Dan dalam majlis
yang serupa itu jugalah sepatutnya DS Najib menjelaskan keadaan sebenarnya
mengenai IMDB agar tidak timbul lagi syak wasangka dari para perwakilan
khususnya dan dari rakyat keseluruhannya.
Malangnya berlaku keadaan yang
‘sunyi sepi’ daraipada perwakilan. Apakah para perwakilan sengaja tidak mahu
menimbulkan isu berkenaan ataupu mereka ‘takut’ untuk menyuarakan pandangan
mereka mengenai IMDB, ataupun sudah ada arahan yang diberikan agar tidak
menimbulkan isu mengenai IMDB. Walau apa pun andaiannya, memang kelihatan
begitu janggal sekali tentang sikap perwakilan UMNO yang hadir di persidangan
demikian. Mungkin seluruh dunia turut hairan melihatkan ‘tertib dan beradabnya’
para perwakilan yang tidak mahu langsung melukakan hati pemimpin yang terlibat,
sekiranya isu IMDB dan rasuah disuarakan oleh mereka.
Kita merasakan rakyat sepatutnya
menyuarakan sesuatu demi untuk memajukan negara dan kepada perwakilanlah
diharapkan untuk menyampaikan hasrat rakyat dan membaiki kehidupan masyarakat
kerana dalam forum berkenaanlah, suara mereka didengari oleh para pemimpin
kerajaan dengan harapan akan dapat mengubah nasib rakyat negara ini. Tentulah
banyak isu negara yang boleh dibincang dan dibahaskan demi untuk memperbaiki
kehidupan dan nasib rakyat. Bukankah tugas para perwakilan itu untuk menegur
dan membetulkan yang mana yang salah.
Tetapi sebaliknya sekiranya
persidangan itu digunakan untuk bersuka ria dan bergelak ketawa yang
diselang-selikan dengan pesta memuji dan meuja, maka persidangan yang
sedemikian penting itu akan berakhir dengan keadaan yang sia-sia. Tetapi yang
jelasnya kelihatan takut benar para perwakilan untuk membincangkan dua isu
penting itu yang berkaitan dnegan ‘rasuah dan IMDB’.
abuhasaanadam
9
Disember 2017
No comments:
Post a Comment