Monday, March 19, 2018


SIAPAKAH SEBENARNYA PENIPU, PENGKHIANAT..?

         Terlalu ramai para pemimpin negara kita kini yang tergolong dalam kategori ini. Ini tidak bermakna hanya terhad kepada pemimpin politik negara, tetapi juga terdiri dari kalangan pegawai tinggi kerajaan dan juga pelaksana dasar-dasar kerajaan. Walau bagaimana pun tentulah ada kekecualiannya. Bukanlah semua bersikap sedemikian. Namun yang terkecuali tentulah boleh dibilang dengan jari.

         Kadang-kadang mereka yang melakukan perbuatan terkutuk semacam lupa yang mereka sedang melakukannya atau pun mungkin mereka buat-buat’ lupa disebabkan  oleh amalan yang begitu lumrah yang dilakukan oleh kebanyakan orang. Mungkin mereka mengamalkan ‘falsafah’ bahawa disebabkan oleh kebanyakan yang melakukannya maka ‘apa salahnya’ mereka juga turut melakukannya. Dengan penuh sedar.

         Isu IMDB begitu banyak sekali membuka mata rakyat tentang berbagai pembohongan dan penipuan yang dilakukan oleh pemimpin negara dan para pegawai tinggi kerajaan yang cuba menyembunyikan keadaan sebenar mengenai IMDB. Isu IMDB seolah-olah tidak boleh disentuh langsung. Di Parlimen isu IMDB dilarang untuk diperbahaskan dengan berbagai alasan yang dikemukakan. Dan sekiranya di Parlimen isu sedemikian tidak boleh dibahaskan oleh wakil parlimen yang dipilih oleh rakyat, maka forum mana lagi yang lebih layak untuk membincangkan isu yang sedemikian, tanya ahli parlimen ( dari pihak pembangkang)

         Sekiranyalah kita hdiup dizaman tahun-tahun sebelum 1990an, pada zaman sebelum kemunculan internet, maka tentulah kita tidak dapat mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku kepada negara kita. Tentulah kita tidak tahu kononnya ada penderma dari negara Arab yang sanggup menghulurkan derma sebanyak RM 2.6 billion untuk dimasukkan ke akauan DS Mohd Najib Tun Abdul Razak. Begitulah yang dikahabarkan kepada rakyat oleh para pemimpin negara apabila rakyat bertanya tentang wang yang begitu banyak tersimpan dalam akaun DS Najib.

         Begitu jugalah dikahabarkan oleh YB DS Salleh Keruak kononnya kapal Equanimity yang berlabuh dekat Bali itu, yang dirampas oleh DOJ Amerika itu bukan milik Jho Low. Begitulah yang dikhabarkan oleh menteri kabinet kita kepada rakyat. Rakyat seolah terpinga-pinga mendapat berita yang sedemikian kerana apa yang didengar dan dibaca oleh mereka merupakan satu ‘cerita’ yang lain. Mereka telah diberitahu oleh anak-anak mereka yang belajar di university bahawa kapal berkenaan adalah milik Jho Low dan yang empunya kapal itu mengakui sendiri yang dia yang memiliki kapal berkenaan.

         Rakyat tentunya terus tertanya-tanya siapakah yang berbohong kerana terlalu banyak isu-isu yang disampaikan oleh para pemimpin kita yang semacam cuba untuk melindungi sesuatu dari pengetahuan rakyat. Maknanya apa yang disampaikan oleh para pemimpin kita semacam tidak lojik dan tidak masuk akal. Amat berbeza dengan penjelasan yang diterima dari maklumat bebas.

         Yang terus memeningkan kepala rakyat kini ialah seolah-olah seluruh dunia memperkatakan isu yang sama mengenai negara kita, sedangkan pemimpin kita sahaja yang cuba memberikan penjelasan yang berlainan. Dan yang anihnya pula ialah sekiranya berita yang dilaporkan di luar negara itu berita palsu dan cuba memburuk-burukkan negara kita Malaysia, maka adalah wajar sekali pihak kerajaan mengambil tindakan undang-undang sepertimana yang dilakukan oleh kerajaan Singapura pada suatu ketika dahulu.

         Rakyat amat menungu-nunggu agar kerajaan mengambil tindakan sewajarnya untuk membersihkan imej negara ini. Sudah terlalu buruk di mata dunia. Bagi sesiapa yang sentiasa berada di luar negara, sudah ‘tidak tahan’ lagi menjadi bahan ketawa dan cemuhan dari luar. Mereka tahu apa yang sebenarnya berlaku di negara kita kerana apa yang dilaporkan di sana sudah begitu lengkap dengan bukti-bukti yang sahih yang amat sukar dinafikan.
         Betul kata Dr Rais Yatim, “When I see that no investigations have been carried out against him, (I question) why not? We have an international network….At the very least we can announce an investigation. Successful or not, that it is up to the system. But no file has been opened but yet we can say ‘there is no link’ (between Jho Low and 1MDB).

…This (refusal to investigate) raises questions within myself, a person who is quite familiar with the administration of the law,” said Rais. (MALAYSIAKINI 19 Mac 2018

         Selagi tidak ada siasatan rapi yang dijalankan ( secara telus), maka selagi itulah isu IMDB akan terus berada dihadapan mata rakyat dan selagi itulah para pemimpin politik kerajaan dan pegawai tinggi kerajaan yang cuba memperkatakan mengenai IMDB (yang cuba menegakkan benang basah) akan terus dilabelkan sebagai penipu dan pengkhianat negara.

abuhassanadam
19 Mac 2018

        

No comments:

Post a Comment