BN MERBA-RABA MENCARI ISU
Sebenarnya
Barisan Nasional sedang ‘meraba-raba’ mencari isu yang cukup kuat untuk
diketengahkan menentang Pakatan Harapan dalam Piliharaya ke 14 nanti. Sehingga
kini kebanyakan isu yang digunakan tidak setajam yang boleh ‘pukul mati’
Pakatan Harapan. Tidak ada yang betul-betul memberi kesan.
Isu
Encik Lim Kit Siang akan jadi Perdana Menteri Malaysia sekiranya Pakatan
Harapan memenangi PRU14 telah ditenggelamkan oleh Pakatan Harapan apabila
diumumkan lantikan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sekiranya PH menenag.
Ekoran daripada pengumuman itu kelihatan BN ‘terkapa-kapa’ mencari isu yang
betul-betul kuat untuk ‘memukul mati’ PH.
Kini
BN cuba ‘menjual’ isu tentang usia Tun Mahathir yang terlalu tua untuk
menerajui negara ini, untuk menjadi Perdana Menteri. Pada pandangan segelintir
‘cerdik pandai’ isu sedemikian boleh ‘laku’ di ‘pasaran’. Maka diadakanlah
forum untuk membincangkan isu sedemikian yang berjodol,’Apakah Tun M terlalu
tua untuk jadi PM?’ Tajuk berkenaan sudah boleh ditertawakan oleh rakyat.
Melucukan. Ini disebabkan tajuk berkenaan tidak memberikan signifikan langsung
kepada pemikiran rakyat yang mengikutinya selain daripada usaha yang
semata-mata untuk menyatakan bahawa Tun Mahathir oleh kerana sudah tua maka sudah
tidak layak menjadi Perdana Menteri. Itu saja. Dan jelas semacam ada pihak
tertentu yang berada ‘dibelakang’ yang mahukan forum sedemikian diadakan. Dan
hasil daripada ‘wacana’ berkenaan boleh dicanangkan kepada rakyat umum bahawa
itulah pandangan ‘bernas’ peserta forum berkenaan.
Malangnya
keadaan menjadi ‘terbalik’. Apa yang diharapkan oleh pihak ‘penganjur’ sebenar
sudah tidak kesampaian. Tun Mahathir telah muncul sebagai ‘wira’. Dan yang tewas
dalam forum brkenaan terus terkedu dan terus menerus menerima kutukan dari
rakyat teruatam dari golongan muda. Malah semakin meyakinkan rakyat bahawa usia
bukanlah faktor untuk menentukan seseorang itu menjadi Perdana Menteri. Dan terbukti
bahawa sudah ramai pemimpin dunia yang menjangkau usia seperti Tun Mahathir
yang berjaya memimpin negara.
Dari perbincangan itu sudah dapat disimpulkan bahawa orang tua seperti Tun Mahathir lebih bertenaga dari segi mengemukakan hujjah berbanding dengan orang muda yang kononya memiliki ijazah berjela tetapi gagal untuk mengemukakan hujjah yang meyakinkan. Rakyat dapat melihat 'persembahan' dari orang muda yang kononnya bertaraf professor tetapi memiliki kemampuan yang cukup terbatas apabila mengemukakan hujjah dalam bahasa Inggeris. Mengapa beliau menggunakan bahasa Inggeris sedangkan kemahiranya menggunakan bahasa berkenaan agak terbatas. Mengapa tidak menggunakan bahasa Melayu. Malang sekali.
Sebenarnya Barisan Nasional amat takut dan bimbang dengan kehadiran Tun Mahathir memimpin Pakatan Harapan. Berbagai usaha telah dilakukan oleh mereka, namun PH semakin hari semakin diyakini oleh rakyat untuk menggantikan BN memimpin negara ini. BN seolah-olah sudah ketandusan isu untuk menafikan PH yang semakin kukuh dan diyakini. PH pula mempunyai isu yang ‘berlambak-lambak’. Ibaratnya ‘pinggan’ mereka hampir penuh dengan isu-isu yang hanya menunggu masa untuk digembelingkan. Isu IMDB masih segar dan hanya perlu ‘diuli’ dengan berbagai cara untuk ‘dihidangkan’ kepada rakyat.

yang berkaitan dengan GST, penyelwengan dalam MARA, Tabung Haji, FELDA masih
belum luput dari ingatan rakyat Melayu.
Orang Melayu begitu marah dengan ‘penipuan’ yang sedemikian. Jentera PH sedang
bekerja keras untuk memberi penerangan dan penjelasan kepada rakyat luar bandar
agar mereka betul-betul memahami situasi sebenar keadaan yang menimpa negara
kini.
Dikatakan
pihak BN sedang mengatur berbagai langkah untuk mencari jalan agar BN memenangi
PRU 14 nanti. Namun sekiranya Allah telah menentukan bahawa PRU 14 ditakdirkan
akan menamtakan pentadbiran BN maka tidak ada kuasa lain yang dapat mengubahnya.
abuhassanadam
25 Mac 2018
No comments:
Post a Comment