UMNO HARUS
SEDAR – “SEPANDAI TUPAI MELOMPAT’
Kepimpinan
UMNO kini mungkin lupa dengan peribahasa Melayu yang mengatakan, ‘
sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga’. Tidak ada satu
pun peribahasa Melayu yang tidak benar apa yang dikatakan. Pasti akan berlaku.
Dan kita perlu faham bahawa orang tua-tua kita tidak akan menyatakan sesuatu
mengenai sesuatu peribahasa sekiranya tidak terbukti kebenarannya. Maknanya
sudah teruji kebenarannya.
Sehubungan
dengan itu aku yakin, UMNO akan menemui keruntuhannya tidak lama lagi
memandangkan terlalu banyak tindakannya yang menyerupai tindakan ‘seekor tupai’
yang merasakan dirinya sahaja yang pandai dan cekap melompat. Mereka mungkin
lupa dengan peribahasa demikian ataupun mungkin tidak peduli dengan ‘nasihat’
sedemikian.
Ramai
bekas pemimpin UMNO dan juga ahli UMNO kini yang mengatakan bahawa UMNO kini
adalah sangat jauh bezanya dengan UMNO kini. Ahli UMNO kini sombong, ranggi,
biadab. Mentang-mentanglah mereka terlalu ‘kenyang’ dengan dedak yang menyumbat
‘tembolok’ mereka. Mereka sudah lupa dan semacam tidak peduli dengan golongan
UMNO yang lebih tua. Dengan sebab itulah telah ‘bangun’ Dr Rais Yatim dan TS
Rafidah Aziz yang bagi aku merupakan ‘wakil’ kepada golongan tua bekas
kepimpinan UMNO untuk menegur pemimpin (
yang kononnya masih muda belia) yang memimpin UMNO kini.
‘Kemunculan’
dua tokoh ini bagi aku sebagai ‘ the last straw that broke the camel’s back’.
Ahli UMNO peringkat akar umbi mulai sedar dan buka mata dan tersedar dari
‘mimpi yang panjang’. Apabila dua tokoh ini mula menyerang pemimpin UMNO, maka
golongan ahli UMNO peringkat bawahan mula tersedar rupanya mereka selama ini
bagitu ‘nyenyak’ tidurnya diulit mimpin yang berbekalkan wang BRIM (yang tak seberapa pun), kain pulikat, kain
batik, beras (murah) sekampit, gula, kopi DLL.
Golongan
UMNO peringkat bawahan ini bukan tidak pernah disedarkan. Malahan sudah
beberapa tahun diberitahu bahawa negara kita dalam keadaan kemelut yang amat
sangat ekoran daripada hal-hal yang berkaitan dengan IMDB. Bagi golongan UMNO
bawahan apa yang cuba disampaikan kepada mereka hanyalah masik telinga kiri dan
keluar ikut telinga kana. Mereka tidak percaya disebabkan begitu kuatnya
pengaruh RTM dan TV3 (mili kerajaan) untuk mempengaruhi cara berfikir golongan
demikian. Lagi pun golongan ini begitu selesa dengan ‘dedak-dedak) yang
diberikan kepada mereka walaupun dijelaskan bahawa sebenarnya ‘dedak-dedak’ itu
datangnya dari ‘perahan keringat’ rakyat sendiri. Golongan UMNO bawahan tidak
percaya.
Terkeluarnya
TS Muhyiddin Yassin dan YB DS Shafie Afdal dari UMNO mendatangkan kesan yang
agak besar kepda ahli UMNO. Dan apabila Tun Mahathir keluar dari UMNO, telah
betul-betul menggegarkan UMNO tetapi jelasnya ‘cash is still the king’. Wang
bertaburan dimana-mana. Rata-rata golongan ahli UMNO dari peringkat atasan
hingga bawahan ‘gelap mata’. Seolah-olah mereka sedar tentang keadaan yang
boleh menghancurkan negara itu, namun disebabkan ‘gula-gula’ yang boleh
‘menidurkan’ mereka, maka segala seruan yang disampaikan kepada golongan ini
hanyalah seperti ‘mencurahkan air di daun keladi’ sahaja.
Golongan
UMNO peringkat akar umbi masih tidak peduli tentang berbagai ‘amaran dan
seruan’ yang disampaikan. Walaupun berbagai hujjah dan penjelasan yang
disampaikan, golongan UMNO masih ‘yakin dan percaya’ bahawa sekiranya Pakatan
Harapn menang dalam PRU14, maka Encik Lim Kit Siang akan menjadi Perdana
Menteri. Walaupun jelas tidak lojiknya andaian sedemikian, namun bagi orang
UMNO peringkat akar umbi tetap yakin dengan andaian sedemikian. Mungkin
pengaruh ‘dedak’ begitu menebal mempengaruhi pemikiran mereka.
Dengan
‘kemunculan’ Dr Rais Yatim dan TS Rafidah Aziz ini merupakan satu ‘ombak besar’
yang akan merobah pantai. Bak kata peribahasa Melayu,’ seklai air bah sekali
pantai berubah’. Aku yakin bahawa orang Melayu UMNO akan buka mata dan akan
mula terjaga dari tidur yang lena apabila melihat tindakan TS Rafidah dan Dr
Rais Yatim itu. Mungkin akan berubah fikiran dan persepsi mereka terhadap UMNO
yang ada sekarang. Mungkin ada yang merasakan bahawa mereka telah tertipu dan
sentiasa ditipu oleh para pemimpin mereka yang sentiasa membekalkan mereka
dengan ‘sedikit dedak’ untuk sesuap nasi pagi dan petang sedangkan para
pemimpin mereka mengadakan ‘khenduri’ hampir setiap malam.
Walau
apa strategi yang diatur oleh UMNO (BN) dalam menghadapi PRU14 ini namun
apabila gelombang dari ‘bawah’ sudah mula ‘mengamuk’ maka tidak ada yang dapat
mengahalngnya. UMNO (BN) pasti kecundang dalam PRU 14 yang akan datang . Aku
amat yakin seprti mana yang dikatakan oleh Tun Mahathir bahawa sebenarnya
rakyat khsusnya ahli UMNO akan menolak UMNO (BN)dalam PRU 14 akan datang.
Penentangan mereka adalah secara diam. Mungkin juga mereka tidak mahu
‘melukakan’ perasaan rakan dan pemimpin mereka yang telah banyak memberi ‘sumbangan’
kepada mereka. Namun mereka bukan tidak sayangkan negara mereka. Lantas mereka
pasti juga membuat perubahan bersama
dengan rakyat Malaysia yang sedar tentang keadaan negara yang sebenarnya
kini.
Kita
menunggu dengan penuh debaran hari yang bersejarah nanti.
abuhasssanadam
29 Mac 2018
No comments:
Post a Comment