SAMPAI BILA PEMIMPIN MELAYU MAHU
MEMPERBODOHKAN ORANG MELAYU
Awal
Kurun ke 20, orang Melayu telah diperbodohkan oleh golongan agama kolot yang
mengajar dan ‘mendidik’ orang Melayu dengan ajaran-ajaran agama kolot. Ada yang
memanggil golongan ini sebagai ‘Kaum Tua’. Mereka amat bermaharajalela
mengembangkan ‘ajaran’ mereka dan amat disenangi sekali oleh orang Melayu
ketika itu. Disamping itu mereka sentiasa ‘sambil menyelam sambil minum air’.
Golongan
agama yang datang dari Tanah Arab ini amat disanjung dan dihormati oleh orang
Melayu pada ketika itu. Mereka dikatakan dari keurunan Nabi Muhammad dan lantas
dihormati secara melampau. Apa sahaja yang diajar dan diperkatakan oleh
golongan ini akan tetap dipatuhi oleh orang Melayu yang amat ‘dahagakan’ ilmu agama
pada ketika itu, sehinggakan ramai keluarga Melayu yang dengan rela hati
menyerahkan anak agadis mereka diperiserikan oleh golongan Pak Arab yang datang
dari Tanah Arab itu untuk menjadi isteri kedua, ketiga dan mungkin keempat.
Muncul
‘Kaum Muda’ dikalangan pemuda-pemuda Melayu yang cuba menyedarkan orang Melayu
dengan ajaran-ajaran agama yang boleh membawa kemajuan kepada orang Melayu pada
ketika itu. Cuba membawa perubahan dikalangan masyarakat Melayu. Malangnya
golongan ‘Kaum Muda’ telah ditentang habis-habisan oleh ‘Kaum Tua’ yang
mendapat sokongan dari pihak penjajah British dan golongan istama. Lantas orang
Melayu terus menerus menjadi mangsa kepada ajaran-ajaran yang tidak membawa
kemajuan kepada orang Melayu pada ketika itu.
Kedudukan
cara berfikir orang Melayu agak terbela apabila munculnya golongan guru lepasan
SITC (Sultan Idris Training College – UPSI kini) Tanjung Malim. Dapat dikatakan
bahawa golongan guru SITC inilah yang telah memberikan sumbangan jasa bakti
mereka yang bukan sedikit ke arah perkembangan ‘mencerdikkan’ orang Melayu. Walaupun
bilangan mereka agak kecil namun sumbangan yang diberikan adalah amat bernilai.
Aapabila para guru lepasan SITC ini lulus dari SITC dan ditempatkan mengajar di
kampung-kampung, maka merekalah yang menjadi agen perubahan dikalangan orang Melayu
di kampung.
Golongan
guru inilah juga yang menjadi nadi
penggerak parti UMNO di negara ini sehingga tercapainya kemerdekaan tanah air.
Selepas merdeka golongan guru berkenaan terus berperanan menggerakkan usaha
mereka memajukan orang Melayu disamping kesatuan-kesatuan guru seperti KKGSK
yang kemudiannya menjadi KGMMB ( Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat’)
Mereka tidak merasa penat dan lelah dalam usaha mereka memajukan orang Melayu
sehingglah muncul suatu keadaan di negara ini yang merasakan bahawa golongan guru
ini sudah kehilangan peranannya.
Tahun
1980an menyaksikan penghakisan peranan guru-guru dalam politik tanah air yang
seterusnya kehilangan ‘platform’ untuk memajukan orang Melayu melalui saluran
politik. Jikalau pada tahun-tahun sebelumnya kaum guru amat berperanan dalam
UMNO tetapi bermula pada awal tahun 1980an, peranan guru telah diambil alih
oleh golongan korporat yang jelas kelihatan agak menyimpang dari peranan yang
dimainkan oleh kaum guru.
Kaum
guru seolah-olah telah ‘memberi laluan’ kepada golongan ini yang mengutamakan
‘wang’ sebagai asas perjuangan mereka. Dan sudah tentulah kaum guru akan
‘terkebelakang’ kedudukan mereka disebabkan mereka hanya ‘bersenjatakan’
idealisme untuk memajukan orang Melayu. Begitu juga dengan kesatuan-kesatuan
guru sudah seolah-olah ‘meletakkan jawatan’ daripada peranan mereka memajukan
orang Melayu.
Orang
Melayu masih belum maju jika dibandingkan dengan bangsa lain di negara-negara
ASEAN. Orang Melayu amat ketinggalan walaupun para pemimpin negara sentiasa
mendabik dada mengatakan yang orang Melayu sudah maju. Betul maju jika
dibandingkan dengan orang Melayu tahun 1950an. Berbanding dengan negara
Singapura misalnya, bangsa Melayu masih terkebelakang. Dan berbanding dengan
kaum Cina dan India juga orang Melayu masih belum dianggap maju.
Pemimpin-pemimpin
Melayu masih ‘mendendangkan lagu-lagu’ lama yang semata-mata untuk ‘melenakan’
orang Melayu. Terlau jarang sekali orang Melayu dikejutkan dengan ‘cerita-cerita
seram’ yang boleh menyebabkan orang Melayu ‘bingkas’ dari tidur mereka. Harus
dicari satu ‘formula’ yang berkesan bagi memajukan bangsa kita untuk menembusi
Kurun ke 21.
abuhassanadam
17 Mac 2018
No comments:
Post a Comment