JAWATAN MENTERI BESAR SELANGOR –
JANGAN BERMIMPI DI SIANG HARI
Kenyataan
Timbalan Perdana Menteri, yang mengatakan bahawa BN perlu menang dahulu di
Selangor sebelum atur perancangan lain termasuk pilih siapa paling layak jadi
menteri besar, sebagaimana yang disiarkan oleh akhbar Sinar, 21 Mac 201 dapat
dianggap sebagai kenyataan yang agak rasional.
Ia
merupakan sebagai satu peringatan kepada ahli UMNO (BN) khususnya yang
berangan-angan hendak menjadi Menteri Besar Selangor sedangkan kemungkinan itu
amatlah tipis sekali. Ibarat kata peribahasa Melayu, ‘ janganlah burung terbang
dipipiskan lada’ atau pun lebih tepat lagi ia merupakan amaran agar pemimpin
UMNO (BN) di Selangor memasang angan-angan yang melangit nanti takut dikatakan
sebagai bermimpi disiang hari.
Apa
tidaknya.
Para
pemimpin UMNO atau PAS bebas memasang angan-angan untuk menerajui negeri
Selangor. Tidak salah memasang angan-angan sedemikian. Namun dari segi
realitinya, dari segi keupayaan untuk merampas semula kerajaan negeri Selangor
daripada genggaman Pakatan Harapan adalah ibarat ‘jauh panggang dari api’,
terutama melihatkan kekukuhan negeri yang kaya ini yang berada dalam ‘genggaman’
YAB DS Azmin Ali.
Agak
tidak keterlaluan jika dikatakan negeri Selangor sudah lama tidak berpemimpin sepertimana
yang ‘diperolehi’ oleh mereka mendapat Azmin Ali. Rakyat Selangor sudah begitu
bergembira ketika kemunculan TS Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor
suatu ketika dahulu. Rakyat negeri ini sudah lama tidak mengecapi apa yang
sepatutnya dikecapi oleh mereka ketika berada di bawah pentadbiran UMNO dan
Barisan Nasional. Namun setelah kemunculan Azmin rakyat merasakan begitu
bertuah mendapat seorang pemimpin muda yang begitu gigih dan bertenaga untuk
memajukan rakyat negeri Selangor. Malah setanding atau melebihi keupayaan yang
dilakukan oleh Menteri Besar sebelumnya.
Tanyalah
siapa pun (kecuali pengikut UMNO totok) di negeri Selangor kini. Pasti mereka
berpuas hati dengan pentadbiran di negeri Selangor kini, walaupun mereka
mengakui tentang beberapa kelemahan yang boleh dibaiki dari masa ke masa.
Tentulah sukar untuk memuaskan hati penduduk Selangor yang rata-rata terdiri
dari golongan yang bukan saja celik huruf tetapi digolongkan sebagai golongan
cerdik pandai yang tahu serba sedikit tentang ilmu pentadbiran dan pengurusan
negeri. Jadi tentulah pentadbiran yang dijalankan juga tidak sambil lewa,
apatah lagi yang dinaungi oleh Baginda Sultan Selangor yang sentiasa
memerhatikan perjalanan pentadbiran negeri ini.
Kenyataan
DS Dr Ahmad Zahid Hamidi ada lojiknya. Mungkin beliau yakin bahawa bukan senang
UMNO (BN) untuk menguasai negeri ini berasakan kredibiliti calon-calon yang
pernah memenangi kerusi DUN di Selangor. Beliau tentu tahu tentang prestasi dan
setakat mana kemampuan ‘tokoh-tokoh’ UMNO yang ada di Selangor ini untuk
‘menewaskan’ kemampuan yang ada pada DS Azmin Ali itu.
Tentulah
tidak perlu disebutkan berbagai sumbangan yang diberikan oleh Azmin demi
memajukan rakyat Selangor. Rakyat tahu dan dapat merasakannya. Rakyat Selangor
tidak perlu disogok dengan wang ringgit kerana sebahagian besar rakyat Selangor
tidak memerlukan ‘dedak’ untuk mempengaruhi tindakan mereka. Mereka dapat
mengerti dan memahami tindakan kerajaan yang betul-betul mahu memanjukan rakyat
dan bukan setakat ‘menanam tebu dibibir mulut’.
Rakyat
Selangor mungkin telah ada yang cuba membandingkan persamaan antara pentadbiran
DS Azmin Ali dengan pentadbiran Selangor dibawah pimpinan Dato Harun Idris
suatu ketika dahulu. Jasa dan sumbangan Dato Harun Idris, terutamanya dari memajukan
orang Melayu Selangor masih dikenang sehingga sekarang. Dan adanya nama tempat
yang diberikan nama Kampung Dato Harun adalah sebagai mengenang jasanya kepada
penduduk setempat.
Azmin
mungkin berlainan pendekatannya untuk memajukan negeri Selangor. Beliau mungkin
mengambil model cara pentadbiran Lee Kuan Yew dalam memajukan Singapura. Sudah
kelihatan bibit-bibit kemajuan yang dicapai oleh Selangor hampir sama dengan
yang dicapai oleh Singapura walaupun menempa langkah yang agak jauh. Tetapi bak
kata Confucius, ‘ a journey of one thousand
miles begins with the first step’
Rakyat
Selangor pastinya tahu menilai yang mana kaca dan yang mana intan dalam
menentukan arus pentadbiran Selangor pada masa akan datang. Mereka sudah melalui zaman
ketika Selangor ditadbir oleh pemimpin dari UMNO dan sudah juga melalui zaman
dibawah pimpinan Pakatan Harapan. Mereka pasti tahu membandingkannya.
Terserahlah
kepada mereka untuk membuat penentuan.
abuhassanadam
21 Mac 2018
No comments:
Post a Comment