ORANG MELAYU, MALANGNYA NASIBMU..
Sejak zaman berzaman orang Melayu sentiasa dilihat sebagai suatu ‘bayangan’ yang negatif, bukan sahaja oleh pihak British tetapi juga oleh kaum-kaum lain yang tinggal di Malaya/Malaysia. Sejak zaman berzaman orang Melayulah yang dianggap sebagai golongan yang papa kedana, dan yang selalu meminta. Orang Melayulah yang digambarkan sebagai tolol, bodoh, bingung seperti yang digambarkan dalam cerita-cerita dongeng seperti cerita “Mat Jenin’, ‘Pak Pandir’, ‘Lebai Malang’ ‘Pak Kaduk’ dan lain-lain.
Ada asasnya mengapa orang Melayu berkeadaan demikian. Dan banyak juga faktornya yang menyebabkan terjadi demikian. Mungkin salah satu sebab yang penting ialah disebabkan sentiasa berada dibawah belenggu kepimpinan Feudal sejak zaman berzaman. Dan setelah terlepas dari kongkongan masyarakat Fedual, orang Melayu dijajah pula oleh penjajah yang berbagai-bagai – Portugis, Belanda dan British. Dalam jangka masa yang sedemikianlah orang Melayu terus tinggal dalam kegelapan dan terus diperbodohkan.
Sepatutnya sesuatu bangsa yang sudah setengah abad mencapai kemerdekaan sudah boleh membuat perubahan dari segi tindakan dan pemikiran yang kritis. Aku tidak menafikan tentang adanya golongan orang Melayu yang sudah terkeluar dari kongkongan kebodohan itu namun peratusannya agak kecil berbanding dengan kumpulan orang Melayu yang masih boleh dianggap tidak begitu cerdik dan yang tidak mengikut peredaran zaman.
Dalam kemelut politik tanah air yang berlaku kini sudah jelas menampakkan bahawa orang Melayu itu masih agak ketinggalan zaman. ‘Tidak kena’ jikalau aku mengatakan bahawa masih ramai orang Melayu yang boleh ditakrifkan sebagai bodoh atau tengin tetapi pada hakikatnya kelihatan begitulah. Seolah-olah orang Melayu merelakan diri mereka untuk diperbodohkan. Keadaan sebegini bukan sahaja berlaku di kampung-kampung atau di kawasan FELDA tetapi begitu jugalah keadaannya di kawasan bandar.
Disebabkan oleh adanya orang Melayu yang merelakan diri untuk diperbodohkan, maka para pemimpin negara seolah-olah ‘bermaharajalela’ mengiatkan usaha memperbodohkan orang Melayu (yang boleh diperbodohkan). Isu IMDB adalah suatu contoh yang amat terang dan jelas tentang bagaimana para pemimpin negara cuba memperbodohkan orang Melayu.
Apa tidaknya. Seluruh dunia memperkatakan tentang IMDB tentang bagaimana wang negara diselewengkan untuk kepentingan individu tertentu. Yang anihnya para pemimpin cuba ‘menenggelamkan’ isu itu dengan menggunakan berbagai helah dan hujjah. Dan yang anihnya juga ada orang Melayu yang ‘termakan’ dengan hujjah sedemikian. Bukankah itu ‘bodoh’ namanya.
Orang Melayu merelakan diri mereka untuk ditipu apabila ada pemimpin UMNO yang mengatakan bahawa sekiranya Pakatan Harapan memenangi PRU14, maka YB Lim Kit Siang akan menjadi Perdana Menteri. Ada juga orang Melayu yang percaya dengan kenyataan sedemikian tanpa memikirkan lojik tidaknya kenyataan sedemikian. Pendek kata, bagi orang Melayu yang rela diperbodohkan itu merasakan bahawa apa saja yang dikatakan ooleh pemimpin mereka adalah betul dan benar belaka. Tidak perlu dipersoalkan.
Sampai bila keadaan orang Melayu yang sebegini berterusan. Diharapkan menjelang PRU14, orang Melayu harus bersikap supaya sudah sampailah masanya mereka tidak lagi diperbodohkan. Dan janganlah hendaknya ada lagi saki baki orang Melayu yang merelakan diri diperbodohkan.
abuhassanadam
17 Mac 2018
No comments:
Post a Comment