PEMIMPIN UMNO HARUS BERSOPAN
Apabila ‘wira lama’ tanpil
‘bersuara’ maka pastinya rakyat akan buka mata. Apabila Dr Rais Yatim
melahirkan rasa ‘kecewa’ dan ‘marahnya’ terhadap sikap pemimpin UMNO yang
dikatakannya sebagai ‘kurang ajar’ maka pastinya ahli UMNO khususnya akan
‘terbangun’ dari tidur yang amat lena akibat termakan ‘dedak’ yang terlalu
banyak yang dijamu oleh pemimpin UMNO yang tidak bertanggung jawab.
Yang menghairankan juga ialah ke
mana perginya pemimpin UMNO lain yang mewarisi kepimpinan UMNO lama yang jelas
matlamat mereka memperjuangkan bangsa dan negara pada ketika itu. Ke mana
perginya mereka? Mengapa Tengku Razaleigh senyap sepi seribu bahasa. Mengapa
Pak Lah (DS Abdullah Ahmad Badawi) juga diam seribu bahasa seolah-olah
‘mengiakan’ kelakukan ‘anak buah’ yang ditinggalkan. Sekuarng-kurangnya ‘suara’
TS Rafidah Aziz sudah mula kedengaran melahirkan rasa tidak senangnya beliau
terhadap sikap pemimpin UMNO yang ada kini. Seharusnya mereka bangun dan
menegur apa yang sednag berlaku.
Apakah mereka tdak tahu dan sedar
tentang apa yang sedang berkau. Mustahil!!..
Tidak terdengar langsung komen
–komen dari pemimpin lama ini tentang perangai ‘anak buah’ mereka yang berlaku
kurang sopan di tengah-tengah masyarakat yang dinamakan oleh Dr Rais sebagai
sikap ‘kurang ajar’ (Malaysiakini 21 Mac 2018). Disebabkan mereka tidak
menyarakan rasa tidak senang mereka terhadap perangai yang sedemikian, mak
seolah-olah mereka ‘membenarkan’ perbuatan sedemikian bermaharajalela. Cuma
rakyat tidak nampak mereka ‘tersenyum’ melihat gelagat anak buah mereka
bersikap demikian.
Kini Dr Rais sudah mulai bangun. Dan
begitu juga TS Rafidah Aziz sudah mula menyuarakan rasa tidak senang terhadap
pemimpin yang ‘korup’ sehinggakan beliau menyarankan agar rakyat tidak mengundi
mereka dalam PRU14 nanti. Katanya,
“"Wahai rakyat Malaysia, sila ingat kata-kata
peringatan ini. Rakyat yang terus memilih ahli politik yang korup atau rasuah,
yang menyamar (sebagai terbaik), pencuri dan pengkhianat, tidak menjadi mangsa.
Sebaliknya mereka dianggap sebagai bersubahat. Ini kerana secara langsung,
rakyat itu membenarkan (ahli politik terbabit) terus melakukan perkara yang
tidak betul," katanya. (Malaysian Insight -
No comments:
Post a Comment