ANTARA PENULIS TULIN DAN PENULIS UPAHAN
Aku
kadang-kadang geli hati melihat setengah penulis kini yang ‘terkial-kial’
menulis mengenai sesuatu isu yang diciptakan sendiri oleh mereka ataupun diciptakan
oleh ‘boss’ mereka. Maksud aku tentang perangai setengah penulis blog upahan.
MerekA terpaksa menulis demi untuk mencari sesuap nasi pagi dan petang. Dan
sekiranya mereka tidak menghasilkan sesuatu, maka besar kemungkinannya ‘dapur
mereka tidak berasap’. Ini yang aku katakan perangai setengah penulis upahan.
Berbanding
dengan penulis tulin yang tidak mendapat apa-apa upahan walau dari sesiapa pun.
Tidak ada siapa yang boleh ‘mengarahkan’ mereka untuk berbuat itu dan ini.
Penulis tulin akan menulis apa saja yang terlintas di fikirannya ‘without fear or favour’.
Tidak ada ‘boss’ yang mengarahkannya untuk menulis tentang sesuatu isu. Dan
kehidupan seorang penulis tulin adalah seperti burung yang terbang bebas di
angkasa luas.
Membincangkan
tentang hal ini tentulah aku teringat akan penulis-penulis lama yang agung
seperti Pendeta Za’ba, Abdul Rahim Kajai, Ishak haji Muhammad, Usman Awang,
Keris Mas, Samad Ismail dan ramai lagi yang menulis sesuatu mengenai sesuatu
isu atas kehendak dan dorongan hati dan perasaan yang ikhlas. Mereka dikira
beruntung disebabkan oleh ‘mewah’nya isu yang hendak dipaparkan, terutama pada ketika itu tanah air kita masih di bawah
jajahan British. Lantas apa saja yang ditulis dan dipaparkan samada dalam
bentuk rencana atau Cerpen atau Sajak kesemuanya berlegar disekitar penjajahan
British.
Pada
ketika itu tidak timbul isu ‘Penulis Upahan’ sepertimana sekarang ini. Mungkin
ada tetapi tidak begitu menonjol. Mungkin ada juga penulis upahan yang diupah
oleh pihak penjajah. Namun tidak begitu ketara seperti sekarang.
Kadang-kadang
aku terfikir juga bahawa peranan seorang penulis upahan (penulis blog upahan)
misalnya boleh juga diibaratkan seperti pelacur. Aku katakan begitu disebabkan
kebanyakan mereka menulis atas arahan tertentu dan diberi upah untuk
menghasilkan sesuatu. Yang menyedihkan ialah seseorang penulis upahan itu
terpaksa ‘memerah otak’ untuk menulis sesuatu isu yang tidak betul dan tidak
tepat. Ringkasnya isu rekaan yang semata-mata untuk mengambil hati ‘boss yang
memberi upah kepada mereka.
Istilah
‘spin doctor’ sentiasa digunakan untuk golongan penulis seperti ini. Mereka
akan sedaya upaya ‘memutar-belitkan’ sesuatu fakta demi meyakinkan pembaca
tentang hujah yang mereka kemukakan walaupun hujah yang dikemukakan mereka itu
amat dangkal. Dan yang agak malang bagi golongan ini ialah mereka lupa bahawa
mereka berhadapan dengan pembaca yang sudah matang dan sudah dapat menghidu ke
arah mana hala sesuatu hujah dalam tulisan berkenaan.
Mereka
sudah lupa bahawa mereka berhadapan dengan masyarakt dan pembaca Kurun ke 21.
abuhassanadam
7 Jun 2015
No comments:
Post a Comment