DEMI MARUAH PENJAWAT PAS DI PULAU PINANG PATUT LETAK JAWATAN SEGERA
Anggota
PAS yang memegang berbagai jawatan di Pulau Pinang harus meletakkan jawatan
dengan segera sepertimana yang dilakukan oleh Tuan Haji Mat Sabu dan beberapa
orang ahli PAS lain yang berpegang ada prinsip. Sepertimana pepatah Melayu yang
mengatakan, ‘hidung tak mancung pipi tersorong-sorong’ adalah sama seperti
keadaan penjawat-penjawat awam (dari PAS) yang dilantik oleh kerajaan negeri
pimpinan DAP.
Rakyat
Malaysia sudah jelas dengan pendirian samada PAS atau DAP. PAS sudah membuat
kata putus melalui Muktamarnya yang lalu bahawa PAS akan ‘berpisah’ dengan DAP.
Satu keputusan muktamad tanpa bahas. Dan kebiasaannya apa yang diputusakan oleh
muktamar adalah muktamad dan tidak perlu lagi dirujuk kepada Majlis Syura untuk
mendapatkan pengesahan. Hanya pada hal yang berkaitan dengan ‘perpisahan’ ini
barulah mahu merujukkan keputusan berkenaan kepada Majlis Syura, yang pada
anggapan pengamal undang-undang PAS amat tidak kena.
Lagi
pun sekiranya dirujukkan kepada Majlis Syura keputusannya harus sama ia itu PAS
tidak akan bekerjasama lagi dengan DAP. Bermakna ‘Talak Tiga’ sepertimana yang
sentiasa dilaung-laungkan. Bagaimana Majlis Syura akan mengubah keputusan yang
dibuat sedangkan kebanyakan ahli Majlis Syura adalah juga ahli Majlis Ulama
yang membuat keputusan sebulat suara untuk memutuskan hubungan dengan PAS.
Tentulah tidak mungkin ahli berkenaan mengubah pendirian mereka. Sekiranya
berlaku juga sedemikian maka masyarakat akan melihat pendirian ahli Majlis
Ulama sebagai tidak berperinsip dan tidak ‘bertulang belakang’.
Walau
apa pun keputusan yang akan diambil, bermakna penjawat jawatan (dari kalangan
Ahli PAS) di Pulau Pinang perlu meletakkan jawatan demi maruah bangsa dan
agama. Tidak seharusnya penjawat-penjawat ini menunggu ‘dihalau’ dari jawatan
yang dipegang. Cukup rasanya dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh YAB Saudara
Lim Guan Eng yang membayangkan tentang keadaan yang wujud. Dan tidak pula harus
dipersalahkan kerajaan negeri yang terpaksa beertindak dan bersikap demikian. Puncanya
adalah dari keputusan yang dibuat oleh kepimpinan PAS sendiri.
Siapa yang tidak bersedih mengenangkan keadaan yang
menimpa para penjawat yang terpaksa meninggalkan jawatan yang merupakan sumber
rezeki untuk menyara keluarga terutamanya dalam menghadapi bulan Ramadhan yang
mulia ini. Memang terlalu sedih untuk mengenangkan hal yang sedemikian. Mungkin
mereka akan diterima semula memegang jawatan yang telah mereka pegang itu
tetapi bukan atas dasar lantikan PAS kerana Saudara Lim Guan Eng pernah
membayangkan bahawa yang akan diantik mengisi jawatan berkenaan mestilah juga
orang Melayu.
Namun
inilah merupakan hakikat yang perlu dilalui oleh ahli PAS ekoran daripada
keputusan pemimpin ulama yang telah membuat keputusan sedemikian rupa. Mungkin
golongan ulama telah mengkaji keputusan yang mereka buat itu sedalam-dalamnya.
Jikalau tidak demikian masakan mereka boleh meluluskan usul sedemikian sebulat
suara. Mungkin mereka telah mengkaji keadaan yang terjadi seperimana yang
berlaku di Pulau Pinang dan berkemungkinan juga akan berlaku di Selangor dan di
Kelantan yang diperintah oleh PAS sendiri. Mungkin ada penjawat awam dari DAP
yang terpaksa meletakkan jawatan dari kerajaan pimpinan PAS di Kelantan.
Mungkin.
Selagi
penjawat awam dari PAS tidak meletakkan jawatan di Pulau Pinang maka selagi
itulah maruah orang Melayu semacam tergugat. Malu. Sikap dan perangai orang
Melayu tidak begitu. Kehidupan orang Melayu tidak untuk jadi pengemis dan tidak
juga meminta-minta. Orang Melayu walau pun miskin tetapi berbudi dan tidak pula
meminta-minta. Dan sebagaimana yang selalu dilaungkan oleh Ulama PAS bahawa
rezeki sentiasa berada di tangan Tuhan dan haruslah diserahkan nasib penajwat
awam yang akan meletakkan jawatan itu ditangan Tuhan.
Pemimpin
PAS terutama golongan ulama harus mencari jalan bagaimana untk menyelamatkan
keadaan nasib ahli PAS yang nantinya akan dilucutkan jawatan mereka. Pemimpin
PAS tidak hanya meletakkan harapan kepada Majlis Syura untuk membatalkan
keputusan yang dibuat oleh Muktamar PAS supaya ahli PAS boleh terus memegang
jawatan dalam kerajaan DAP di Pulau Pianang. Keputusan yang dibuat adalah muktamad dan
tidak harus berdolak dalik lagi. sekiranyalah Majlis Syura membatalkan
keputusan Muktamar dan ‘merujuk’ kembali kepada DAP, maka apakah itu merupakan
keputusan ‘anak jantan’.
Peribahasa
Melayu ada mengatakan ‘apabila mata berpandangan maka budi akan kedapatan’.
Sudah begitu banyak kata-kata nista dihamburkan oleh kedua-dua pihak samada
dari PAS atau DAP, mengata dan mencela pihak yang lain. Maka apakah keadaan
sedemikian boleh diperbaiki semula.
Mungkin!!...
abuhassanadam
12 Jun 2015
Assalamualaikum, Pak Abu.
ReplyDeleteSuatu perkongsian luahan dan pendapat yang bermanfaat dari Pak Abu.
Apakah gerakan menghumban keluar golongan professional dari kepimpinan PAS boleh diibaratkan; mendengar guruh dilangit air tempayan dicurahkan..???
Inginkan komen dari Pak Abu.Sekian.. Terima kasih, Pak Abu.
Saudara Nazi,
ReplyDeleteUlama mempunyai kepakaran dalam bidang keagamaan dan tidak dapat menguasai semua lapangan. Harus diakui. Lantas memerlukan kerjasama pihak lain. Ulama juga mungkin tidak begitu mahir dalam 'sepak-terajang' politik yang 'berliku-liku'. Lantas memerlukan pihak yang mahir dalam hal berkenaan.
Pak Abu