TINDAKAN MAT
SABU TEPAT
Ekoran
daripada keputusan muktamar PAS memutuskan huungan dengan DAP maka Tuan Haji
Mat Sabu telah mengumukan peletakan jawatanya sebagai anggota Perbadanan
Bekalan Air Pulau Pinang dan Penang Halal Hub. Ini merupakan tindakan yang amat
terpuji dari seorang pejuang yang sentiasa memikirkan ‘perjuangan’ dan
mengenepikan kepentingan ‘perut’ sepertimana yang diamalkan oleh kebanyakan
pemimpin negara kini.
Tepat
sebagaimana katanya,’ "Kalau saya tak ikut, mereka mungkin kata
saya tak taat kepada ulama," Terdahulu
Ketua Menteri Pulau Pinang telah mengeluarkan kenyataan bahawa ahli PAS yang mendapat tempat dalam agensi
kerajaan negeri supaya meletakkan jawatan.Kata Lim, peletakan jawatan itu wajar
kerana berkaitan dengan usul yang diluluskan tanpa bahas oleh muktamar PAS.
Sebenarnya keadaan yang sebegini
yang diperlukan ada kepada seseorang pemimpin. Tegas dan berpandangan jauh.
Mempunyai wawasan politik yang bersesuaian dengan era Kurun ke 21 dan bukannya
sebagai ahli politik sempit yang semacam belum keluar dari kepongpong
kekolotan.
Walaupun pemerhati luar merasakan
apa yang berlaku dalam muktamar PAS baru-baru ini tidak sepatutnya berlaku
sedemikian, namun bagi ahli PAS terutamanya golongan ulama merasakan bahawa
mereka adalah golongan yang hebat yang segala tindak tanduk mereka amat
bersesuaian dengan apa yang mereka harapkan. Justeru mereka telah ‘berjaya’
mengenepikan golongan yang bukan ulama dari menerajui kepimpinan PAS untuk
jangka masa yang akan datang.
Pemerhati dari luar akan
memerhatikan dengan penuh minat tentang ‘sepak-terajang’ politik golongan ulama
ini yang boleh disifatkan seperti ‘anak lembu yang baru tumbuh tanduk’ ini
sambil ‘dari jauh’ meneriakkan “slogan Si Luncai’.
Biarkan…..Biarkan!!......
abuhassanadam
6
Jun 2016
No comments:
Post a Comment