TUN MAHATHIR HARUS DIDAKWA………….
DS
Mohd Najib Perdana Menteri Malaysia harus mendakwa Tun Dr. Mahathir Mohammed,
bekas Perdana Menteri Malaysia sekiranya apa yang ditulis dan tercatat dalam
blog Chedet berjodol,’ The IMDB Story’ bertarikh 12 Jun 2015 tidak betul
ataupun bercanggah dengan fakta yang sebenar ataupun sengaja Tun M mahu
memfitnah untuk memburuk-burukkan nama Perdana Menteri dan para pemimpin
kerajaan yang lain. Perdana Menteri pernah juga mendakwa YB Rafizi Ramli kerana
dituduh menabur fitnah berkaitan dengan isteri Perdana Menteri. Oleh itu tidak
salahnya Perdana Menteri mengmabil tindakan yang sama terhadap Tun Mahathir
kerana melakukan perkara yang sama.
Melalui tulisannya yang terbaru yang
tersiar dalam blognya Chedet barulah rakyat dapat memahami keadaan sebenar
tentang apa yang berlaku dan berlegar dalam hal IMDB. Memang tepat apa yang
dikatakan oleh Tun Mahathir dalam mukadimahnya yang mengatakan,’ From the comments on my blog and the questions I have been
asked by people while shopping, it is clear that many do not know much about
1MDB. They know enough that Najib has done something wrong with the RM42
billion borrowed money, but are not clear about what is so wrong that I should
call upon him to resign”
Yang mengelirukan
ramai orang ialah tentang ‘buat derk’ para pemimpin negara tentang apa yang
berlaku dalam IMDB. Seolah-olah mereka tidak tahu menahu apa yang sebenarnya berlaku dalam IMDB. Tetapi apabila ramai pula
yang memberikan sokongan kepada DS Najib menampakkan bahawa mereka sebenarnya
tahu apa yang sedang berlaku. Seolah-olah mereka ‘mengiakan’ tindakan yang
telah dilakukan oleh DS Najib itu. Apabila tanya menteri-menteri kabinet
tentang hal ini, mereka menjawab yang mereka menyokong kepimpinan DS Najib.
Begitu juga apabila diajukan soalan kepada wakil parlimen penyokong kerajaan,
maka jawapannya agak serupa juga.
Dan
untuk tambah memeningkan kepala rakyat ialah apabila tidak ada tindakan oleh
pihak berkuasa seperti Polis, Badan Pencegahan Rasuah, Bank Negara tentang hal
ini. Tun Mahathir ada juga membangkitkan tentang
ketidakperihatinan pihak-pihak berkuasa ini. Katanya “ The money belongs
to the people. It is the duty of the police, the anti-corruption agency to
investigate the complaints and the reports that has been made – including by
Bank Negara. But the agencies have not investigated”
Betul juga kata Tun Mahathir itu.
Duit IMDB adalah duit rakyat. Titik peluh rakyat. Sepatutnya pihak-pihak yang
disebutkan di atas harus bergerak dan menyiasat. Bukan untuk mencari kesalahan
tetapi untuk membetulkan keadaan. Takkanlah nak harapkan orang FELDA nak
menyiasat perkara sedemikian. Mereka sibuk menoreh atau mengait kelapa sawit.
Ataupun takkanlah nak mengharapkan petani di Kedah untuk menyiasat IMDB kerana
mereka juga sibuk di bendang menanam padi atau menghalau burung yang memakan
padi mereka.
Oleh itu rakyat terus menerus
keliru. Seolah-olah menampakkan bahawa hanya Tun Mahathir dan beberapa ‘kerat’
yang lain yang sentiasa mempersoalkan tentang kehilangan wang IMDB sedangkan
para pemimpin lain seolah-olah tidak peduli tentang apa yang berlaku dalam
negara kita. Sememangnya rakyat keliru. Dan sekiranya seluruh rakyat Malaysia
mengamalkan apa yang pernah berlaku dalam cerita ‘Si Luncai’ yang membiarkan
apa saja keburukan dan penyelewengan yang berlaku dalam negara akibat daripada
tindakan pemimpin-pemimpin negara kita, maka besar kemungkinan negara kita akan
menuju kehancuran.
Mengikut Tun Dr Mahathir,
pihak-pihak tertentu takut untuk bertindak disebabkan ‘takut’ akan ‘tindakan’
yang akan diambil terhadap mereka oleh Perdana Menteri. Maka dengan itu Tun
Mahathir menyarankan agar DS Najib meletakkan jawatan buat sementara
pihak-pihak tertentu menjalankan penyiasatan terhadap IMDB. Dan setelah selesai
penyiasatan dibuat dan DS Najib dibebaskan daripada sebarang tuduhan salahguna
kuasa maka DS Najib bolehlah memegang semula jawatan Perdana Menteri.
Seeloknya begitulah. Tetapi bolehkah
syor berkenaan dilaksanakan apatah lagi belum ada precedent yang pernah
dipraktikkan di negara ini. Amatlah molek sekirannya DS Najib sanggup melakukan
apa yang disarankan itu. Dan sekiranya hal sedemikian berlaku maka nama
Malaysia akan terus melonjak di persada dunia sebagai sebuah negara yang
betul-betul telus dalam melaksanakan pentadbiran negara. Demokrasi tulin. Namun
aku khuatir ia akan berlaku.
DS Mohd Najib atau kepimpinan IMDB
harus menafikan kenyataan terakhir mengenai IMDB yang ditulis oleh Tun Mahathir
dalam blog berkenaan. Ataupun untuk lebih meyakinkan rakyat lagi ialah DS Najib
dan kepimpinan IMDB mesti mendakwa Tun Mahathir di mahkamah kerana menghasut
dan tidak bercakap benar mengenai fakta yang dikemukakan. Sekiranya DS Najib
tidak melakukan sedemikian maka besar kemungkinannya apa yang dikatakan oleh
Tun Mahathir akan diterima bulat-bulat oleh rakyat. Hanya dengan pendakwaan di
mahkamah sahaja akan melenyapkan tohmahan yang dibuat oleh bekas Perdana
Menteri itu.
Dan bukan itu
sahaja. DS Najib selaku Menteri Kewangan yang bertanggung jawab mesti juga
menjelaskan satu persatu soalan-soalan yang dikemukakan oleh Tun Mahthir itu.
Tun Mahathir ada menyatakan dalam blognya, ‘Jho Low then advised Najib that the Federal
Government should guarantee the loan. Strictly speaking such a matter should be
discussed and approved by Cabinet. There is no evidence that a cabinet paper
was prepared and presented for approval despite the amount being unusually big.
In fact for a long time Cabinet was not aware of the activities of 1MDB’
Tuduhan
sedemikian agak berat yang melibatkan menteri kabinet juga. Dan sudah sampailah
masanya anggota kabinet juga memperjelaskan kenyataan sedemikian. Apakah benar bahawa
tidak ada langsung kertas kabinet dibentangkan dalam mesyuarat mingguan kabinet
mengenai IMDB sebelum diluluskan.
Rakyat
pastinya menunggu jawapan dari Perdana Menteri dan juga para menteri kabinet
yang lain. Tolong perjelaskan.
abuhassanadam
13 Jun 2015
No comments:
Post a Comment