TINDAKAN POLIS TERHADAP TUN MAHATHIR – MENGECEWAKAN
Ramai ‘orang kampung’ menghubungi aku menyatakan
‘kesedihan’ mereka tentang bagaimana Tun Mahathir diperlakukan oleh pihak polis
ketika berceramah di majlis ‘Nothing2Hide’. Mereka amat sedih melihat ‘orang tua’ diperlakukan sedemikian apatah
lagi seorang negarawan dan bekas Perdana Menteri yang telah banyak memberikan
sumbangan terhadap negara.
Rakyat mula berfikir,’ jikalau Tun Mahathir boleh
diperlakukan sedemikian, apatah lagi rakyat biasa, orang kampung yang kais
makan pagi makan pagi dan kais petang makan petang ini’.
Orang kampung ‘marah’ dengan tindakan polis
sedemikian. Rakyat di kawasan flat Kuala Lumpur juga ‘tersinggung’ dengan
tindakan polis berkenaan. Penerokan FELDA juga ‘hairan’ mengapa pihak polis
memperlakukan sedemikian terhadap Tun Mahathir. Rakyat bawahan dari semua
fahaman politik UMNO,MCA, PAS, DAP, PKR, MIC dll semua agak ‘kecewa’ dengan
tindakan sedemikian.
Mereka merasakan bahawa tentu ada pihak tertentu yang
mengarahkan polis untuk berbuat demikian. Mereka pasti. Kalau tidak masakan
pihak polis berani berbuat demikian. Mesti ada ‘orang besar’ yang mengarahkan
untuk berbuat demikian.
Rakyat yakin bahawa yang mengarahkan polis untuk
berbuat demikian pastinya ‘orang besar’ dalam kerajaan. Mesti pemimpin UMNO.
Dan kesan daripada tindakan sedemikian pastinya merugikan UMNO sendiri. Tun
Mahathir masih mempunyai pengikutnya yang ramai. Ramai ahli UMNO akar umbi
masih sayangkan Tun Mahathir. Mereka ingat jasa dan budi Tun Mahathir ketika
menjadi Perdana Menteri dulu. Mereka merasakan apa yang dirasa oleh Tun Mahthir
adalah juga apa yang mereka rasakan. “Cubit peha kiri, peha kanan pun terasa
sakitnya’.
Ahli UMNO akar umbi amat kecewa dengan tindakan polis
‘mengasari’ Tun Mahathir itu. Apatah lagi di hadapan khalayak ramai walaupun
mereka faham bahawa tindakan polis berkenaan adalah atas arahan pihak
kepimpinan.
abuhassandam
6 Jun 2015
No comments:
Post a Comment