PENASIHAT DS NAJIB HARUS DIPERSALAHKAN
Bukan
semua rakyat Malaysia menyalahkan DS Najib berkaitan dengan IMDB. Sehingga
semalam (apabila berlakunya majlis ‘Nothing 2 hide’) rakyat Malaysia masih
tertanya-tanya tentang betul-salahnya perjalanan IMDB. Rakyat masih belum
menerima jawapan yang konkrit. Maknanya apa yang disoal oleh Tun Mahathir, YB
Rafizi dan Tony Pua itu masih belum ada ‘hitam-putihnya’. Jadi rakyat belum
lagi membuat ‘keputusan’. Namun disebabkan oleh ketidakhadiran DS Najib ke
majlis ‘Nothing2 Hide’ itu telah menyebabkan rakyat mula yakin bahawa pasti ada
sesuatu yang ‘tak kena’ dan hendak disembunyikan. Rakyat Malaysia terutamanya
orang Melayu masih berpegang kepada
pepatah Melayu yang mengatakan ‘Berani kerana benar dan takut kerana salah’.
Yang
menghairankan ramai orang ialah tentang mengapa DS Najib tidak menghadirkan
diri. Bukankah itu merupakan forum yang amat sesuai bagi DS Najib menjelaskan
sejelas-jelasnya mengenai IMDB itu. Kini sedang dipersoalkan tentang siapakah
agaknya yang menasihatkan DS Najib supaya jangan menghadirkan diri ke majlis
berkenaan. Sekiranya DS Najib hadir dan menjelaskan kepada yang hadir dan
rakyat Malaysia umumnya dan ‘berbincang’ dengan panjang lebar dengar Tun
Mahathir, pastinya rakyat (orang Melayu khususnya) menyanjung tinggi sikap
sedemikian. Pastinya isu IMDB akan ‘ranap’ lambat laun, sekiranya perjalanan
IMDB itu di atas landasan yang betul.
Soalnya
ialah nasihat siapa yang didengar oleh DS Najib untuk tidak hadir di majlis
berkenaan. Apakah penasihat DS Najib faham hati dan budi orang Melayu. Apakah
mereka (penasihat) faham tentang konsep ‘menghormati orang tua’ yang diamalkan
oleh orang Melayu. Walaupun DS Najib mengaku yang beliau keturunan Bugis namun
pada hakikatnya beliau masih dari rumpun Melayu (itupun sekiranya DS Najib
sendiri masih merasakan dia dari rumpun Melayu Pahang).
Orang
Melayu tidak diajar bersikap ‘kurang
sopan’ dengan orang yang lebih tua. Walau macam mana marah sekali pun
adab-sopan dan menghormati orang yang lebih tua harus dikekalkan. Itulah sifat
pemimpin yang sebenar. Peribahasa Melayu mengatakan, ‘ular yang menyusup akar
tidak akan hilang bisanya’. Tindakan kebelakangan ini yang menampakkan semacam
DS Najib sudah mengenepikan ajaran ‘orang tua-tua’ mungkin membawa ‘keruntuhan’
yang lebih cepat daripada yang dijangkakan. Dengan jelas menampakkan bahawa
perangai sedemikian bukan merupakan ‘perangai’ yang diwarisi oleh keluarga dan
keturunan Tun Abdul Razak.
Nasihat
siapalah agaknya yang diikuti oleh DS Najib yang menyebabkan beliau terjadi
demikian?
abuhassanadam
6 Jun 2015
No comments:
Post a Comment