“ DUIT IMDB PI MANA?”
Apabila
memperkatakan mengenai IMDB, aku merasakan ramai rakyat Malaysia berada dalam
keadaan seperti aku. Hanya tahu menyebut IMDB tetapi tak tahu apa dia ‘biji
buahnya’. Apabila satu pihak kata duit IMDB hilang aku ‘angguk’. Kemudian ada
pula pihak yang mengatakan bahawa duit IMDB itu tak hilang, aku ‘angguk’ juga.
Inilah ‘ragam’nya jikalau ‘tak bersekolah’. Ataupun ke sekolah pergi tapi
‘tidur’ ketika guru mengajar.
Aku
juga merasakan bahawa ramai ahli Parlimen serupa aku juga, tak faham secara mendalam mengenai IMDB. Dan
mungkin mereka pura-pura faham tetapi sebenarnya tak faham, sebab
berkemungkinan mereka lebih banyak memikirkan projek dan keuntungan yang boleh
diperolehi dari sesuatu projek. Mungkin. Begitu juga dengan para Menteri
kabinet kita. Ada yang betul-betul tahu tetapi pura-pura tak tahu (agaknya
ler). Ada yang sememangnya betul-betul tak tahu (tidaklah bodoh sangat) tetapi
malu untuk bertanya kerana sudah bertaraf Menteri.
Olehkerana
aku tak begitu tahu dan faham tentang perjalanan IMDB, maka aku mengharapkan
‘pertolongan’ daripada orang yang lebih tahu untuk menjelaskan mengenai IMDB.
Dengan sebab itulah aku selalu ‘merujuk’ kepada YB Rafizi Ramli, YB Tony Pua.
Dan untuk lebih faham lagi mengenai sesuatu isu dirujuklah penjelasan Tun
Mahathir kerana penjelasan beliau macam penjelasan ‘orang kampung’. Senang
faham. Aku baca juga penjelasan pihak kerajaan, dari Menteri Kewangan 11
misalnya menyebabkan aku semakin tak faham. Arul Kanda juga memberikan
penjelasan. Lagi aku tak faham. Nasib baik ada ‘anak-anak’ seperti Rafizi dan
Tony Pua yang sentiasa mempersoalkan sesuatu isu demi kepentingan negara.
Yang agak menghairankan aku juga
ialah tentang sikap pihak berkuasa kita yang senyap sesenyapnya. Tun Mahathir
ada mempersoalkan hal sebegini. “ The money belongs
to the people. It is the duty of the police, the anti-corruption agency to
investigate the complaints and the reports that has been made – including by
Bank Negara. But the agencies have not investigated” Betul juga kata Tun
Mahathir itu. Duit IMDB adalah duit rakyat. Titik peluh rakyat. Sepatutnya
pihak-pihak yang disebutkan di atas harus bergerak dan menyiasat. Bukan untuk
mencari kesalahan tetapi untuk membetulkan keadaan. Takkanlah nak harapkan
orang FELDA nak menyiasat perkara sedemikian. Mereka sibuk menoreh atau mengait
kelapa sawit. Ataupun takkanlah nak mengharapkan petani di Kedah untuk
menyiasat IMDB kerana mereka juga sibuk di bendang menanam padi atau menghalau
burung yang memakan padi mereka.
Jadi tentulah
rakyat mengharapkan badan-badan kerajaan tertentu untuk menyiasat akan hal ini
kerana para pegawai tersebut dibayar gaji hasil titik peluh rakyat juga. Dan
gaji yang diterima mereka pada setiap bulan jauh lebih banyak daripada
pendapatan peneroka FELDA ataupun para petani di Utara Semenanjung. Kalau semua
orang ‘pukul tak tahu’, maka apa pula nak jadi kepada negara kita ini? Tanya
Polis, polis diam. Tanya Badan pencegah
Rasuah (MACC) diam juga…..Tanya Bank Negara juga membisu….
Apabila ditanya
Menteri pula atau wakil rakyat, jawapan
mereka ialah bahawa mereka menyokong Perdana Menteri. Tanya lagi
mengenai IMDB. Mereka jawab yang mereka menyokong Perdana Menteri. Cuma yang
aku nampak yang bersungguh berusaha untuk menyelamatkan wang IMDB sehingga kini
ialah Tun Mahathir. Beliau yang selalu bertanya, ‘wang IMDB pi mana?” Dan ada
pula yang menganggap yang beliau ‘suka buat kacau’. Yang bab itu aku tak tahu
tetapi setakat ini beliau bersungguh-sungguh mempersoalkan isu yang berkaitan
dengan IMDB.
Tun Mahathir
dalam tulisannya yang terbaru bertarik 9 Jun 2015 (hari ini) ada menyatakan sesuatu mengenai wang Tabung
Haji. Katanya, ‘Why does 1MDB pay only 60 – 90 Ringgit for
Government land which it now wants to sell at 2000 – 4000 Ringgit psf? And now
the land bought by Tabung Haji has been sold to some Indonesians at a loss. The
loss will be borne by the pilgrims” Jadi maknanya tanah yang dibeli oleh Tabung
Haji daripada IMDB baru-baru ini telah dijual kepada seorang pembeli mengikut
kata Pengerusi Tabung Haji. Katanya, Tabung Haji akan mendapat untung bermilion
ringgit hasil dari penjualan berkenaan. Rupa-rupanya rugi juga mengikut kata
Tun Mahathir.
Dan yang menanggung kerugian tentulah penyimpan seperti aku
dan para peneroka FELDA dan pesawah padi di kampung yang kehidupan mereka seperti ayam, kais pagi makan pagi dan kais petang makan
petang….
Ke manalah agaknya kami nak mengadu……..
abuhassanadam
9 Jun 2015
No comments:
Post a Comment