RAKYAT MALAYSIA AMAT KECEWA!.......
Dalam
bahasa puitisnya boleh dikatakan, ‘ke manalah nak ku gantungkan harapan….”.
Sebenarnya itulah ungkapan atau keluhan yang sering didengari diucapkan oleh
masyarakat Malaysia mengenangkan ‘nasib’ yang menimpa bangsa Malaysia kini.
Seeingat aku belum pernah lagi berlaku keadaan yang sebegini dalam negara yang
tercinta ini. Belum pernah. Suasana yang wujud di negara kita kini sebenarnya
menuntut dengan sebenar-benarnya supaya rakyat di negara ini menahan kesabaran
ketika menghadapi cabaran yang paling getir ini.
Belum
selesai isu IMDB sudah timbul pula ‘kerenah’ yang ditimbulkan oleh PAS dan DAP.
Dan sedang pemimpin-pemimpin ‘terkial-kial’ untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh PAS dan DAP, MIC pula membuat ‘angkara’. Walaupun PKR dan MCA
nampak ‘tenang’ tetapi sebenarnya mungkin mereka juga menghadapi masalah
dalaman yang amat runcing. Peribahasa Melayu mengatakan ‘air tenang jangan
disangkakan tidak ada buaiya’.
UMNO
‘berlagak’ sebagai parti yang seolah-olah mereka tidak menghadapi sebarang
kemelut kini. Sebenarnya apa yang berlaku dalam UMNO kini adalah lebih parah
daripada apa yang berlaku dalam PAS dan DAP. Apa tidaknya. Sekiranya UMNO dalam
keadaan yang cukup ‘selamat’ tentulah Tun Mahathir tidak seperti ‘kucing
kehilangan anak’ mempersoalkan tentang IMDB yang dianggap sebagai ‘duri dalam
daging’ yang akan menghancur-leburkan harapan ahli UMNO.
Di
sana sini kelihatan DS Najib ‘mendabik dada’ mengatakan bahawa beliau mendapat
sokongan ‘padu’ dari rakyat khususnya ahli UMNO. Betulkah ‘sokongan’ yang
diterimanya itu tulin dan lahir daripada hati yang penuh ikhlas. Dan lagi pun
untuk membuktikan bahawa UMNO juga sedang dalam perpecahan ialah apabila ada
pertembungan dua pemimpinnya ia itu antara Tun Dr. Mahathir dengan DS Najib.
Apakah pertembungan dan pertentangan antara dua tokoh ini belum boleh diertikan
sebagai UMNO sedang berpecah?
Walaupun
Tun Dr. Mahathir tidak lagi menerajui UMNO, namun jangan diperkecilkan tentang
pengaruhnya terhadap ahli UMNO akar umbi. Masih ramai ahli UMNO yang ‘terhutang
budi’ dengan Tun Dr. Mahathir. Masih banyak jasa dan sumbangannya yang masih
dikenang oleh rakyat terutamanya ahli UMNO di peringkat bawahan. Justeru
sekiranya DS Najib mengatakan bahawa beliau mendapat sokongan padu dari
kepimpinan UMNO berkemungkinan juga bahawa yang menyokong beliau adalah terdiri
dari golongan pemimpin peringkat bahagian sedangkan sokongan padu dari rakyat bawahan
amatlah diragukan.
Rakyat
umumnya menaruh harapan yang begitu tinggi kepada Pakatan Rakyat (DAP,PAS,PKR)
untuk menggantikan Barisan Nasional
dalam PRU 14 nanti. Rakyat sudah begitu ‘bosan’ dengan kerenah yang
ditunjukkan oleh kepimpinan BN kini, dengan berbagai perkara yang kelihatan
tidak berusaha untuk membangunkan negara dan bangsa Malaysia. Tetapi sebaliknya
sentiasa memikirkan untuk membina kekayaan sendiri disebalik memperkenalkan
berbagai dasar yang seolah-olah akan terus menerus menyusahkan rakyat.
Oleh
itu rakyat seolah-olah sudah ‘berkerat rotan dan berpatah arang’ dengan Barisan
Nasional. Tetapi malangnya tempat menggantungkan harapan, ia itu kepada Pakatan
Rakyat juga punah dan musnah. Ibarat ‘dahan’ tempat bergantung juga sudah
‘patah longlai’. Rakyat Malaysia seolah-olah begitu kecewa melihat perkembangan
yang berlaku kini.
Pakatan
Rakyat di bawah pimpinan Saudara Anwar Ibrahim pada suatu ketika dulu telah
meletakkan asas yang begitu kuat demi untuk menerajui kepimpinan negara selepas
PRU 14. Sumbangan Pakatan Rakyat yang paling bererti dan bermakna ialah kejayaannya
menyatukan kaum-kaum di negara ini. Pakatan Rakyat sebenarnya telah mewujudkan
satu bangsa Malaysia yang hampir menepati erti kata yang sebenarnya. Dalam PRU
13 yang lepas rakyat Malaysia seolah-olah telah melupakan warna kulit dan hanya
menumpukan perhatian kepada membangunkan bangsa Malaysia.
Malangnya
harapan rakyat Malaysia itu hancur berderai dengan ‘hancur berderainya’ Pakatan
Rakyat. Walaupun kita masih menggantungkan harapan ke arah pemulihan yang
diusahakan namun kekecewaan tetap menguasai perasaan bangsa Malaysia.
Rakyat
Malayaia amat kecewa. Mungkin dengan adanya khabar angin yang mengatakan bahawa
‘keturunan Tun Razak’ ia itu Nazir Razak yang akan menubuhkan parti politik
baru di Malaysia dapat ‘menyembuhkan’ perasaan dan hati rakyat Malaysia.
Mungkin…….
abuhassanadam
17 Jun 2015
No comments:
Post a Comment