APA DAH JADI DENGAN FAM?
Zaman
dulu-dulu aku ‘kaki bola’ juga - Zaman ‘Stadium Merdeka’; zaman ‘Merdeka Cup’;
zaman apabila Malaysia sentiasa masuk perlawanan akhir menentang Korea Selatan;
zaman Malaysia pernah menyertai Olimpik di Munich dan beberapa ‘zaman’ emas
bola sepak di Malaysia. Pada ketika itu yang bukan betul-betul ‘kaki bola’ pun
sekurang-kurangnya boleh berbual dan berbincang mengenai pasukan bola negara.
Sekurang-kurangnya
mereka tahu menyebut nama-nama pemian seperti Gani Minhat, Ahmad Nazari, Robert
Choo, Richard Choo, Abdullah Nordin, Syed Ahmad, Namat Abdullah, Sharuddin
Abdullah, Mokhtar Dahari, So Chin Aun, Santokh Singh dan beberapa orang bintang
bola sepak yang lain. Walaupun mereka tidak menonton sesuatu pertandingan itu
di Stadium Merdeka, namun mereka ‘melihat’ melalui radio. Dan sehubungan dengan
itu tentulah muncul pula nama-nama besar yang menjadi pengulas bola sepak
ketika itu, Rahim Razali, Bahrain Tahir dan beberapa orang pengulas lain yang
nama mereka sentiasa bermain dibibir peminat.
Kini
‘thrill’ yang sedemikian sudah hilang…….
Aku
tak dapat jawapan yang tepat mengapa hilangnya ‘thrill’ sedemikian. Banyak
persoalan yang timbul. Aku tak fikir masyarakat Malaysia sudah hilang minat
kepada pasukan bola sepak negara yang menyebabkan pasukan negara kita kelihatan
agak lesu berbanding dengan zaman dulu-dulu.
Mungkin
tidak adil bagi aku untuk memberikan pujian melambung kepada pasukan negara
pada zaman-zaman keemasannya dan seolah-olah menidakkan kemampuan pasukan bola
sepak negara kini. Aku tidak berhasrat begitu. Tetapi pada hakikatnya ramai
yang mengatakan kehebatan pasukan bola sepak zaman dulu-dulu sukar ditandingi.
Dari
segi penonton dan peminat bola sepak tidak menampakkan perbezaan besar antara
zaman dulu dan zaman kini. Serupa. Masih menaruh minat kepada bola sepak.
Maksud aku pasukan bola sepak negara. Namun disebabkan pasukan bola sepak
negara tidak menunjukkan prestasi yang membanggakan, maka ramai peminat telah
‘lari’ dan meninggalkan pasukan bola sepak negara. Lantas mereka mula mengisi
kekosongan dengan meminati pasukan Manchester United, Chelsea, Real Madrid dll.
Jangan
dipersalahkan masyarakat Malaysia yang menyebabkan mereka besikap demikian.
Mereka adalah seperti seorang musafir yang sangat dahaga yang memerlukan
walaupun setitik embun. Pasukan bola sepak negara tidak dapat menghilangkan
dahaga si’musafir’ ini. Lantas mereka mencari ‘wadah’ lain untuk menghilangkan
dahaga mereka.
FAM
selaku badan yang bertanggungjawab terhadap pasukan bola sepak negara seharusnya
memikirkan sedalam-dalammnya keadaan ini. Memang telah banyak usaha yang dilakukan
oleh FAM. Memang FAM sentiasa mencari jalan bagaimana untuk mengatasi beberapa
masalah yang dihadapi. Melalui akhbar-akhbar tempatan kita sering didedahkan
dengan berbagai rancangan dan projek yang dirancangkan oleh FAM untuk
mebaik-pulih pasukan bola sepak negara.
Aku
memang tak pandai memberikan cadangan bagaimana untuk mengatasi masalah ini.
Cuma aku akan cuba memberikan ‘input’ yang boleh dijadikan panduan untuk ‘golongan
bijak pandai’ membaiki keadaan bola sepak negara.
·
Seeingat
aku pasukan bola sepak negara pada zaman akhir 1950an dan 1960dulu
diterajui oleh Tunku Abdul Rahman. Perdana Menteri Malaysia. Pada zaman itu
bukan sahaja pasukan negara yang hebat tetapi pasukan bola sepak (pemuda) juga
hebat. Aku teringat nama-nama seperti Ng Boon Bee ( yang juga pemain badminton
negara), Abdullah Nordin, M . Chandran dll. Dan selepas itu diterajui oleh Dato
Harun Idris. Pada ketika inilah pasukan bola sepak negara berada di kemuncak
kecemerlangannya di rantau Asia.
·
Pihak FAM kini seharusnya mengkaji apakah
yang menyebabkan pasukan bola sepak negara kita begitu cemerlang pada ketika
itu dan cuba bandingkan dengan keadaan sekarang. Agak menyedihkan juga apabila
kita mengenangkan tentang zaman ‘kemalapan’ bola sepak negara kita sudah
menjangkaui puluhan tahun.
·
Melalui pemerhatian aku dan beberapa orang
rakan lain, seolah-olah nama-nama seperti Mokhtar Dahari, Soh Chin An, Santokh
Sing itu amat sukar ‘dipadam’ dari lipatan hati para peminat bola sepak tanah
air. Maknanya nama-nama besar ini masih bertakhta. Persoalannya, apakah tidak
ada nama-nama pemain baru yang boleh ‘memadamkan’ nama-nama besar ini di hati
peminat bole sepak negara.
·
Peribahasa Melayu mengatakan , ‘ patah tumbuh
hilang berganti’. Apakah peribahasa ini tidak boleh langsung disesuaikan dengan
keadaan pasukan bola sepak negara. Apakah yang patah sudah tidak boleh tumbuh
lagi dan yang hilang tidak dapat dicari gantinya.
·
Berbanding dengan keadaan pasukan Badminton
negara sekurang-kurangnya muncul beberapa bintang baru menggantikan Wong Peng
Soon, Eddy Choong, Tan Aik Huang, Abdullah Firuz, P. Gunalan, Ng Boon Bee,
Misbun Sidek.
Jikalau
dilihat dari segi perkembangan pasukan Badminton maknanya akan muncul pengganti
kepada pemain-pemain yang pernah mengharumkan negara itu. Mungkin dalam pasukan
bola sepak malaysia juga sudah ada ‘bintang-bintang’ yang bergemerlapan itu.
Mungkin aku sebagai orang lama yang tidak begitu mengikuti perkembagan itu.
Mungkin…
Walaubagaimana
pun sekiranya sudah muncul
‘bintang-bintang’ baru yang menghiasai ruang bola sepak negara, tentulah
dapat juga aku tahu tentang ‘cahaya’ yang disinarinya. Tentulah aku dapat
rasakan ‘cahaya’nya seperti aku dapat rasakan ‘cahaya’ yang diberikan oleh Rashid
Sidik, Nicole David, Chong Wei dll.
Aku
akan terus menunggu ‘cahaya’ apabila bulan akan betul-betul mengambang.
Abuhassanadam
13
Jun 2013
No comments:
Post a Comment