Friday, June 28, 2013

SEMACAM TAK SERONOK TINGGAL DI MALAYSIA

SEMACAM TAK SERONOK TINGGAL DI MALAYSIA

Semalam seorang kawan baik aku menelipon aku mengatakan ia telah membuat keputusan yang mungkin memeranjatkan. “ Aku nak pindah ke London. Ikut anak aku’ katanya. Memang aku terkejut mendengar berita demikian. Aku tak tahu nak kata apa. Aku terdiam membisu. Nak kata ‘eloklah’ pun tak kena, nak kata ‘ fikirlah dulu..’ pun tak kena dan nak kata
‘ tak usahlah’ pun tak kena.

Dia  memanggil aku bukan untuk mendapatkan nasihat tetapi memberitahu aku keputusan yang telah dia ambil. Semacam muktamad. Dan seolah-olah keputusan yang dia ambilnya itu telah difikirkannya buat beberapa lama. Seolah-olah keputusan yang diambilnya itu telah dibincangkan dengan ramai orang, ahli keluarganya dan mereka telah memberikan kata setuju dengan hasratnya itu.

“ Dah habih fikir ke? “ tanya aku menggunakan loghat Perak. Intonasi suara aku masih lagi dalam bentuk bergurau.

 Habih….’ jawabnya. Kemudian dia menyambung ‘ Berapa kali aku dah cakap dengan kamu, aku rasa cukup tak selesa duduk di ‘Malaya’ ( dia selalu menyebut Malaysia sebagai Malaya). Macam tak ‘civilize’. Orang buat lain, kita buat lain…”

Aku terperanjat dengan kenyataan kawan aku kerana setahu aku dia adalah merupakan seorang pejuang Melayu tulin. Kalah aku. Kami mempunyai banyak persamaan. Aku anak kampung tulin, dia pun begitu. Emak bapak dia pun orang kampung yang miskin melarat, emak bapak aku pun sama. Dia berjaya dalam pelajaran kerana usahanya yang gigih sampai ke peringkat yang paling tinggi. Dan aku tidak sehebat dia, namun ‘ ada sikit bawah’. Dari segi ‘empathy’ terhadap orang lain, jangan persoalkan. Asalkan ‘orang susah’ dia tak kira Melayu ke, Cina ke, India ke, Kulit Hitam ke, Kulit Putih ke. Bagi dia sama saja  layanan yang diberikan.

Inilah ‘rupa’ manusia yang akan meninggalkan negara ini dan akan terus berada di London untuk selama-lamanya. Berdasarkan dari segi usia, sememangnya kami tidak akan berada lebih lama  lagi  di dunia. 60an. Dan mengikut apa yang dikatakannya pada aku mungkin dia tidak akan pulang ke Malaysia. “Dan mungkin anak aku saja yang menguruskan mayat aku nanti untuk dihantar pulang ke tanah air tempat tumpah darahku – Malaysia’ katanya.

Aku tak tahu sebab yang sahih mengapa dia begitu kecewa dan mengambil keputusan sedemikian. Aku belum pernah melihat dia berkeadaan begitu. Merajuk hati. Beliau adalah seorang yang amat kuat mengahadapi apa juga cabaran dalam kehidupan. Aku tahu dan aku faham kehidupan yang dilaluinya. Penuh dengan onak dan duri. Namun dia tidak pernah ‘tewas’ dan tidak pernah merajuk mengahadpi dugaan dan cabaran sedemikian. Mengapa kini beliau tewas dan merajuk.
Kawan aku ini sentiasa mengadu dan menceritakan kepada aku tentang kegusaran dan kekecewaannya melihat keadaan negara kini. ‘Kelam-kabut’ katanya. Beliau mempersoalkan mengenai kepimpinan negara ini yang pada pendapatnya amat jauh bezanya dengan kepimpinan negara-negara maju yang lain. Beliau sentiasa menyebutkan kepada aku tentang hal rasuah yang berleluasa, kronisme, penipuan, pembohongan, pecah amanah. Dalam bahasa yang kasar beliau pernah mengatakan pada aku bahawa, “ dema ingat negara ini macam emak bapak dema yang punya. Dema buat rakyat begara ini macam sampah…… Dema ingat rakyat ni bodoh belaka….”

Aku agak masalah penyelewengan SPR merupakan ,’ the straw that broke the camel’s back’. Apatah lagi apabila mendengar jawapan  YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri di parlimen baru-baru ini mengatakan bahawa dakwat kekal yang digunakan dalam PRU 13 itu sebenarnya tidak kekal. Dia marah betul. Dia merasakan yang SPR ‘tidak berhati perut’ dalam menangani isu ini. Kepimpinan SPR jelas menampakkkan sentiasa berdalih, menegakkan benang basah. Tidak tahu malu. Majoriti rakyat jelas mempersoalkan kewibawaan mereka namun masih ‘berpaut’ pada benang yang basah itu.

Inilah agaknya antara sebab yang kuat kawan aku akan meninggalkan negara ini.

Kemudian timbul pula isu Kevin Rudd yang kembali memimpin Australia selepas jawatannya diabil alih oleh  Julia Gillard tiga tahun yang lampau. Itulah cara kepimpinan negara yang mengamalkan demokrasi yang tulin. Tidak ada gaduh, tidak ada permusuhan. Semua berjalan dengan lancar. Kesemuanya bergantung kepada sistem yang dilaksanakan. Rakyat yang menentukan segala-galanya. Rakya yang membuat keputusan, memilih siapa yang rakyat mahukan.

Dan pada pandangan kawan aku, tentulah apa yang berlaku di Australia itu amat berbeza dengan apa yang diamalkan di negara kita. Kisah pelantikan Speaker di Dewan Parlimen baru-baru ini sudah jelas bertentangan dengan peraturan di parlimen. Sepatutnya diikutilah sebagaimana peraturan demi untuk memuaskan semua pihak. Ini tidak. Seolah-olah sesuatu pihak memberitahu rakyat bahwa, ‘ kami berkuasa…..ikut suka kami lah…’

Masalah jerebu juga mungkin telah membuat kawan aku ini hilang sabar untuk tinggal di negara yang tercinta ini. Apatah lagi beliau seorang pengidap penyakit lelah dan memang ‘siksa’ baginya tinggal dalam negara yang berjerebu. Alangkah bahagianya beliau jika berada di negara yang sentiasa menjaga alam sekitar.

Sikap pihak pemerintah dalam menangani jerebu baru-baru ini juga amat ‘menyakitkan hati’ berbanding dengan negara jiran, Singapura yang begitu perihatin dengan keadaan rakyat dan negara yang ditimpa jerebu. Kita dapat merasakan kepekaan pemerintah Singapura kepada rakyatnya apabila jerebu melanda negara itu yang dikhuatiri akan melumpuhkan ekonomi negara itu. Berbanding dengan keadaan di Malaysia seolah-olah pak menteri yang bertanggungjawab dengan alam sekitar masih ‘berehat’ dan ‘bersantai’ menikmati alam Malaysia yang dipenuhi jerebu tanpa memikirkan kesusahan dan penderitaan yang dialami oleh rakyat terbanyak.

Atas sebab-sebab inilah agaknya kawan aku amat sedih dan merajuk membawa diri menumpang kasih di negara lain….walaupun di rantau orang……..

Aku hanya mampu berdoa…

Abuhassanadam
28 Jun 2013


5 comments:

  1. Setelah membaca artikel ni aku jugak dapat merasakan kekecewaan sahabatmu itu sebab aku juga seorang pesara yg sudah mencapai umor 60han juga kecewa atas pegolakan politik masakini..penuh sarat dgn penipuan, fitnah etc. Mereka ni dah tak pedulikan hukum Islam yg tegas melarang perbuatan munafik tu.Malah aku sendiripun berasa nak berhijrah tapi tak le ke London..tapi NZ yg aku rasa lebih mengamalkan nilai2 Islam walaupun ianya negara kafir..wallahualam

    ReplyDelete
  2. Aku pun teringin nak berhijrah jugak, cuma tak tahu ke negara mana. ada cadangan? ;)

    ReplyDelete
  3. Aku pun nk berhijrah gak mungkin ke alam barzakh...

    ReplyDelete
  4. Aku pun nk berhijrah gak mungkin ke alam barzakh...

    ReplyDelete
  5. Dulu masa muda remaja lepas sekolah ada kwn org putih (bekas tentera australia di vietnam) ajak tinggal di negaranya. Kerja sebgai pembantu dalam menguruskan sukan perlumbaan kereta. Gaji ditawarkan kira lumayan masa tu kira2 $800 australia dlm masa dua minggu tahun pertengahan 70an dulu. Gejolak rasa mmg ingin berhijrah ke sana apatah lagi ingin bebas. Saya dah bersedia untuk pergi tetapi last minute ada masalah.. miskipun waktu itu mudah utk imigrasi keluar. Kini di masa tua, saya sedar ini semua ada hikmahnya. Niat masa itu jauhdari kacamata Islam.. bgmna kehidupan saya di bumi yg jauh dari komuniti Islam.. bgmna jika saya mati di sana.. oh Tuhan.. saya bersyukur. Kwn mat salleh saya tu athies.

    ReplyDelete