‘BLACK 505 ‘ BUKAN UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN
Belum
pernah berlaku lagi dalam sejarah Malaysia dimana perhimpunan rakyat yang
diadakan bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan yang ada. Belum pernah ada lagi.
Dan pasti tidak akan berlaku. Aku pasti. Hakikat ini aku dasarkan kepada
beberapa perhimpuanan yang diadakan oleh rakyat sebelum ini. Samada BLCK 505
ataupun perhimpunan-perhimpunan lain yang pernah diadakan samada di ibu negara
Kuala Lumpur ataupun di tempat-tempat lain.
Sejarah
‘tunjuk perasaan’ di Malaysia bermula pada zaman Dato’ Onn Jaafar selaku
pemimpin ulung orang Melayu menentang pelaksaaan Malayan Union oleh British.
Orang Melayu menentang British pada ketiak itu kerana tidak puas hati dengan beberapa
tindakan Brtish apabila melaksanakan Malayan Union. Dan yang paling orang
Melayu marah ialah apabila kuasa Sultan dikurangkan. Bagi orang Melayu
perbuatan British sedemikian amat menghina Sultan. Orang Melayu ‘berang’..
Tunjuk
perasaan dengan mengadakan perhimpunan sudah merupakan satu ‘trend’ di
kebanyakan negara yang mengamalkan demokrasi. Di Amerika Syarikat atau di
negara-negara maju lain, tunjuk perasaan adalah merupakan perkara biasa kerana
sememangnya salah satu syarat subur tidaknya pelaksanaan demiokrasi disesebuah
negara itu. Kini di Turki dan di Brazil telah berlaku tunjuk perasaan terhadap sessuatu
tindakan kerajaan yang memerintah. Bukan untuk menumbangkan kerajaan tetapi
sekadar ‘mengingatkan’ dan ‘menyedarkan’ kerajaan yang memerintah apakah yang sepatutnya dilakukan.
Black
505 dilancarkan oleh anak-anak muda di negara ini kerana mereka merasakan
perjalanan SPR dalam mengendalikan PRU13 yang lalu tidak berapa betul. Ada
bukti-bukti yang telah ditunjukkan bahawa SPR menyeleweng dalam melaksanakan
tugas mereka. Sudah ada bukti. Samada bukti yang dikemukakan itu betul atau pun
tidak terpulanglah kepada pihak mahkamah untuk menentukannya. Tetapi
‘sekirangya tidak ada angin, takkanlah pokok bergoyang…’ . Para pelaku ‘Black 505’
yakin bahawa pasti ada ‘angin’ yang menyebabkan pokok bergoyang’.
Bagi
aku jangan dipersalahkan anak muda yang tuurun ke jalan raya menentang
penyelewengan itu. Aku berkata begitu kerana sudah banyak sekali teguran yang
dibuat terhadap pihak SPR agar mebetulkan kesilapan itu, namun pihak SPR masih
‘mempertahankan dan menegakkan benang basahnya’. Bukan tidak ada tindakan yang
‘lemah-lembut dikemukakan’ melalui rundingan, namun pihak SPR masih mengatakan bahawa
mereka diatas landasan yang benar. Pihak anak muda pula meresakan bahawa mereka
juga di pihak yang benar. Jadi ke jalan rayalah akhirnya.
Perhimpunan
Black 505 diadakan adalah bertujuan untuk membertahu pihak tertentu bahawa
rakyat amat serious dalam tuntutan
mereka ini. Sudah berapa kali perhimpunan diadakan di seluruh negara ini dan diperhatikan
bahawa rakayat memang merasakan bahawa
mereka ditas landasan yang benar.
Tidak
mudah membawa rakyat ke suatu tempat perhimpunan Black 505, sekiranya ada
sesuatu yang melonjak dan mendorong mereka untuk pergi ke tempat berkenaan yang
kadang-kadang terpaksa berada dalam keadaan hujan ribut. Pihak tertentu harus
memandang hal ini secara serious. Rakyat sanggup berjalan berbatu-batu untuk
sampai ke tempat-tempat perhimpunan untuk menyatakan rasa ketidakpuasan. Mereka
sanggup meninggalkan kereta berbatu-batu jauhnya dari tempat ceramah dan
menanngung berbagai risiko yang mungkin terjadi kepada kenderaan yang
ditinggalkan. Mereka tidak peduli akan bahaya-bahaya berkenaan semata-mata
untuk menyatakan yang mereka tidak puas hati dengan perjalanan PRU13 yang
dikatakan dinodai oleh SPR.
Ada
piha yang menuduh kumpulan Black 505 sebagai ‘kaki gaduh’ yang tidak puas hati
dengan keputusan PRU 13. Bukan. Bukan begitu. Sudah berapa PRU diadakan di
Malasyia. Semenjak kemerdekaan. Mengapa tidak ada bantahan. Rakyat sedar bahwa
mereka bukanlah ‘ kaki gaduh’ sebagaimana yang dituduh oleh setetngah pihak.
Dalam PRU yang lepas sudah kedengaran cerita-cerita penyelewengan dan
penipuan-penipuan seperti yang berlaku sekarang. Naum semuanya tidak dihebuhkan.
Sebab mungkin rakyat Malaysia faham tentang menjaga maruah negara. Sekiranya
dihebuhkan maka imej negara di mata dunia akan tercalar.
Kini
mungkin kesabaran sedemikian sudah sampai ke kemuncaknya. Mungkin ada antara
peserta ‘Black 505’ itu mengalami sendiri dan melihat dengan ‘mata kepala’
penipuan yang telah berlaku. Mungkin ada di antaranya yang melihat sendiri
bagaimana lampu terpadam dan berlaku sesuatu yang di luar dugaan. Mungkin
mereka sendiri melihat ada ‘abang-abang Bangla’ yang sama-sama beratur utuk
pergi ke tempat mengundi dan dapat melihat sendiri bagaimana ‘kerjasama’ yang
telah diberikan oleh pihak-pihak tertentu untuk menyenangkan pihak-pihak
berkenaan membuang undi. Mungkin……
Rakyat
Malaysia seharusnya berasa bersyukur kerana masih ada anak muda kita yang
perihatin dan sedar akan tanggungjawab mereka untuk menyelematkan negara (
sekiranya apa yang berlaku kini akan merosakkan negara dalam jangka masa
panjang). Aku bersyukur kerana disamping ada di antara anak muda yang masih
mementingkan diri sendiri dan kesejahteraan hidup, masih ramai juga anak muda Malaysia
yang sanggup menghadapi apa juga cabaran yang berada di hadapan.
Keadaan
ini lebih kurang serupa juga dengan keadaan dan suasana apabila Dato Onn
menghadapi penjajah British menentang Malayan Union. Walaupun ramai orang
Melayu yang boleh digertak dan diperkotak-katikan tetapi masih ada anak muda
pada ketika itu yang berani menentang British. Berani menganjurkan perhimpunan,
menulis surat dan menyuarakan pandangan mereka. Orang Melayu tentulah tidak
lupa akan jasa dan sumbangan tokoh-tokoh pejuang seperti Dr. Burhanudddin El
Hilmy, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Muhammad dan tokoh-tokoh lain yang sanggup ‘mengabdikan’
diri untuk kepentingan rakyat, khususnya orang Melayu pada ketika itu.
Sehingga
kini jasa dan sumbangan mereka masih dikenang oleh rakyat. Dato Onn Jaafar
tentunya tidak mempastikan nasib dirinya ketika beliau memimpin demonstrasi
menentang British. Disebabkan perjuangannya jujur dan ikhlas semata-mata untuk
menyelamatkan bangsa dan negara maka penjajah British sanggup memansuhkan
Malayan Union dan menggantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu.
Perjuangan
anak muda yang terlibat dalam Black 505 itu adalah lebih kurang sama juga
dengan perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu – menentang penyelewengan. Jelas
perjuangan mereka bukan untuk menumbangkan kerajaan tetapi untuk membetulkan
segala penyelewengan dan membetulkan apa yang dirasakan tidak betul.
Semoga
perhimpunan berjalan dengan aman dan berjaya mencapai matlamat.
Abuhassanadam
20 Jun 2013
No comments:
Post a Comment