Friday, June 21, 2013

‘MUKA TEBAL’ DIKALANGAN PEMIMPIN KITA

 ‘MUKA TEBAL’ DIKALANGAN PEMIMPIN KITA

Ini merupakan ‘penyakit’ masyarakat di Malaysia kini. Tak kiralah Melayu ke, Cina ke, India ke. Sama saja. Tak tahu malu. Ramai yang begitu terutama dari kalangan ahli politik. ‘Thick Skinned’ diertikan sebagai, ‘ insensitive to criticism or insults: Eg I suppose you have to be pretty thick-skinned to be an MP”.

Lebih kurang maksudnya ialah seseorang yang tidak merasa malu walau sedikitpun diatas sebarang teguran dan kritikan. Contoh yang diberikan oleh kamus ini ialah berkaitan dengan wakil parlimen.” Saya anggap anda memiliki ‘thick skinned’ untuk menjadi wakil rakyat’. Maknanya seluruh dunia merasakan bahawa untuk menjadi seorang ahli politik kita terpaksa memiliki ‘ thick skinned’. Namun begitu,  di Malaysia tidak semestinya golongan politik sahaja yang bermuka tebal ( thick skinned). Ramai juga individu-individu lain yang bukan ahli politik tetapi memiliki ‘kulit muka yang begitu tebal’

Berikut aku kemukakan beberapa situasi yang berkaitann dengan persoalan ‘tebal muka’.

·      Laporan Bernama, “Wan Ahmad juga berkata SPR tidak akan melayan segala desakan pembangkang kerana tuntutan mereka di luar garis perlembagaan dan peruntukan undang-undang.
Pembangkang tuntut SPR untuk letak jawatan, tidak masuk akal sebab menurut Perlembagaan, itu bukan caranya; menuntut pilihan raya diadakan semula di 30 kawasan yang mereka menang kecil, tidak masuk akal sebab kalau mereka tidak percaya keputusan pilihan raya, buat bantahan melalui petisyen pilihan raya, dalam Perlembagaan, Perkara 118’

·      Kisah Perdana Menteri negara Czech Petr Necas yang mengumukan bahawa beliau akan meletakkan jawatan selepas berlaku krisi politik yang begitu serious di negaranya. Beliau menghadapai tekanan untuk meletakkan jawatannya selepas pembantunya ( Chief of staff) Jana Nagyova dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menerima rasuah dan pecah amanah.

·      Akhbar ‘The Guardian’ bertarikh 26 Ogos 2011 melaporkan tentang perletakan jawatan Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan selepas mendapat kritikan yang hebat dari rakyat diatas kegagalannya menangani Tsunami yang melanda Jepun dan masalah yang berkaitan dengan krisis Fukushima Daiichi nuclear power plant.

·      Richard Milhous Nixon, Presiden Amerika Syarikat yang ke 37 telah meletakkan jawatan sebagai Presiden pada tahu 1974 kerana didapati terlibat dalam skandal yang membabitkan dirinya. Hanya beliau saja yang menrupakan prsiden yang pernag meletakkan jawatan ketika memegang jawatan.

Bayak lagi contoh-contoh yang boleh aku senaraikan dalam artikel ini bagi menunjukkan yang masih ramai pemimpin-pemimpin di dunia ini yang ‘tahu malu’ tentang kesilapan-kesilapan yang telah mereka lakukan. Bangsa Jepun amat tebal dengan sikap ‘tahu malu’ dan amat peka dengan keadaan menjaga maruah diri ini. Seseorang yang telah melakukan kesalahan atau kesilapan yang berkait dengan masyarakatnya, akan dengan sendirinya ‘menghukum’ diri mereka. Dan ‘hukuman’ yang dikenakan kepada diri mereka adalah dengan membunuh diri.

Bukan saja bangsa Jepun yang bersikap sedemikian. banyak lagi bangsa-bangsa di dunia yang bertindak sebagaimana yang dilakukan oleh bangsa Jepun. Malah bangsa Melayu juga begitu, walaupun tidak dengan membunuh diri kerana membunuh diri adalah amat bertentangan dengan prinsip agama Islam.

Beberapa ungkapan dalam Bahasa Melayu yang berbunyi, ‘ tahu malu’, ‘ tahu diri’, ‘ sedar diri’ adalah berkaitan dengan keadaan dan situasi yang aku jelaskan di atas. Maknanya orang Melayu dalam masyarakat Melayu lama tahu akan harga dirinya dan meletakkan budi bahasa sebagai perkara utama untuk mendapat penghormatan masyarakat.

Orang Melayu ‘tahu akan dirinya’ hanya sekadar melihat ‘sekilas ikan di air sudah aku tahu jantan betinanya’. Bermaksud bahawa seseorang itu tahu akan dirinya tidak disukai atau disukai oleh kumpulan masyarakatnya hanya dengan melihat gerak geri yang ditunjukkan oleh ahli masyarakatnya. Cukup sekadar dengan melihat ‘sekilas ikan diair’ telah memberikan petunjuk tentang apa yang seharusnya dilakukan.

Di sinilah letaknya perbezaan yang amat ketara antara sikap masyarakat Melayu dulu dengan sikap masyarakat Melayu sekarang; antara sikap orang Malaysia dengan sikap bangsa-bangsa lain yang bermarwah di kebanyakan negara dunia. Kes yang berkaitan dengan SPR adalah berkaitan. Kenyataan Wan Omar pada aku amat tidak kena walaupun beliau masih terus menerus mempertahankan diri dan ‘rakan-rakan’ dalam SPR. Berdasarkan undang-undang dan peraturan yang disebutkannya itu mungkin betul namun berdasarkan persepsi masyarakat, kedudukan para pendokong SPR sudah berada pada tahap paling rendah dan memalukan.

Apa tidaknya,

·      Berpuluh-puluh kes penyelewengan berkiatan dengan PRU 13 telah diadukan ke mahkamah. Rakyat akan berfikir bahawa ‘ takkanlah satu pun kes itu yang tak lekat’. Lagi pun untuk mengemukakan aduan ke mahkamah memerlukan perbelanjaan yang bukan sedikit. Hampir mencecah ratusan ribu ringgit. Dan mungkin jutaan ringgit.Mengapa pihak pengadu sanggup membelanjakan wang yang begitu banyak sekiranya sudah diketahui bahawa kes berkenaan tidak akan disabitkan. Pastinya mereka yakin tentang aduan yang mereka kemukakan itu berasas.
·      Rakyat berarak ke jalan raya dan menunjuk perasaan semata-mata kerana SPR dikatakan telah menyelweng dari tugasnya. Bayangkan ratusan ribu rakyat telah menyatakan ketidakpuasan mereka di seluruh negara berkaitan dengan hal ini. Dan pada 22 hb Jun 2013 nanti rakyat akan berhimpun lagi di Kuala Lumpur.

Ratusan ribu atau jutaan rakyat mengatakan bahawa SPR tidak menjalankan tugas dengan betul. Sudah beratus kali aku menyoal diri aku. Apakah antara ratusan ribu rakyat yang berkumpul ini semuanya bodoh-bodoh belaka. Ataupun tidak adakah walau seorang pun rakyat yang berkumpul itu yang berfikiran waras yang merasakan apa yang dilakukan oleh SPR itu sememangnya tidak betul.

Sekiranya pihak SPR ini masih lagi merasakan bahawa mereka di landasan yang betul dan benar, aku tak tahu apa nak dikatakan lagi dalam negara yang memperdewakan ungkapan ‘Malaysia Boleh’ ini.

Abuhassanadam

21 Jun 2013

No comments:

Post a Comment