SEMANGAT ANAK MUDA MEMANG MEMBARA
Aku
tidak hadir perhimpunan Black 505 di Padang Merbuk semalam ( 22 Jun 2013). Tak
‘larat’. Maknanya tidak berdaya. Walaupun semangat masih membara. Masih teringatkan
ketika badan masih muda dan bertenaga. Tidak berdaya untuk menjalan
berbatu-batu untuk sampai ke tempat perhimpunan. Lutut pun sakit. Lagi pun
cuaca di luar begitu panas. Berjerubu pulak tu.
Aku
sebutkan begitu sengaja untuk memberikan kesedaran kepada siapa sahaja yang
cuba ‘menghina’ dan memperkecil-kecilkan peserta-peserta, khususnya anak muda
yang hadir pada perhimpunan Black 505
semalam. Bagi aku perjuangan dan pengorbanan anak-muda demikian bukan
kepalang kentalnya. Bayangkan dalam keadaan panas terik dan berjerubu mereka
sanggup berarak berbatu-batu untuk menunjukkan ketidakpuasan hati mereka
terhadap sesuatu isu.
Aku
tak mengatakan apa yang diperjuangkan oleh mereka itu betul atau pun salah. Aku
bukan hakim. Tetapi yang menyebabkan aku kagum dan tabik kepada anak muda ini
ialah kesanggupan mereka untuk menyatakan sesuatu. Mereka merasakan yang
perbuatan dan tindakan SPR itu salah. Itulah keyakinan mereka. Dengan sebab
itulah mereka sanggup berpanas dan ‘berjerubu’ datang ke Padang Merbuk untuk
menyatakan ketidak puasan mereka.
Aku
sependapat dan bersetuju dengan seorang peserta, seorang peguam yang
mengatakan’ “"I think rallies are not wrong as long as
it is peaceful. The law has accorded precedence for that, so why deny us this
the right? I participated in rallies therefore as it is a sign of a mature
democracy which we are slowly but surely edging towards. Im here today to voice my dissatisfaction over the flawed electoral
system. There is no proper order and governance and this needs to be made clear
by who else if not the citizens themselves?"
Peserta yang beruumur 24 tahun tu menyatakan
bahawa tidak salah mengadakan sebarang perhimpunan selagi diadakan secara aman.
Ini sudah termaktub dalam perlembagaan kita. Oleh itu mengapa ada pihak yang
menafikan hak rakyat. Beliau menyertai perhimpunan ini sebagai tanda bahawa
sudah wujud proses demokrasi yang matang di negara ini. Kehadiran beliau adalah
untuk menunjukkan ketidakpuasan hatinya tentang perjalanan sistem pengendalian
PRU. Dan perkara sebegini harus diketengahkan dan siapa lagi yang akan memperbetulan
sekiranya bukan rakyat Malaysia sendiri, katanya
Sudah ramai anak muda yang befikiran
sedemikian. Ini yang betul-betul membanggakan aku dan rakyat Malaysia lain
agaknya. Bangga kerana sudah ramai anak muda yang sedar tentang tanggungjawab
mereka kepada negara. Imej anak muda di Malaysia sentiasa dikaitkan dengan
elemen yang negatif – kakai dadah, mat rempit dan sebagainya. Tetapi dengan
begitu ramai sekali penglibatan anak muda dalam Perhimpunan Black 505 ini telah
banyak mengubah persepsi masyarakat terhadap anak muda. Amat membanggakan.
Dan aku setuju juga dengan pendapat seorang
peserta yang mengatakan bahawa kehadirannya di Perhimpunan Black 505 itu adalah sebagai tidak mahu ketinggalan dalam
proses pembentukan sejarah yang sedang berlaku di Malaysia. Ada cerita untuk
disampaikan kepada anak cucu kelak. Aku setuju 100% sebab apa yang dirasakan
oleh beliau itu pernah aku rasakan kini. Adalah merupakan satu ‘nikmat’
menceritakan detik-detik sejarah yang kami lalui ketika mengadakan beberapa tunjuk
perasaan dan brarak di jalan raya pada awal tahun-tahun 1970an dulu, ketika
masih segar dan kuat berlari untuk mengelakkan daripada FRU! Dan aku pasti
sekurang-kurang ada seorang menteri kabinet kini yang pernah juga ‘bermain
kejar-kejaran’ dengan FRU ketika menjadi mahasiswa dulu.
Kini beliau menjadi Menteri. Dengan sendirinya
memberikan tanggapan bahawa penglibatannya dalam demonstrasi ketika menjadi
mahasiswa adalah merupakan pengalaman yang amat berharga baginya. Walaupun kini
beliau berada dikalangan golongan yang menentang demonstrasi jalanan. Mungkin
beliau akan tersenyum membaca komen ku ini ( sekiranya beliau membacanya). Sekurang-kurangnya
beliau faham tentang apa yang sepatutnya
yang dilakukan oleh seorang mahasiswa ketika berada di pusat pengajian tinggi
dan diharapkan beliau akan mengubah persepsi ‘pemimpin-pemimpin’ yang
mentadbiran universiti dan kolej di Malaysia kini.
Aku hairan mengapa kebanyakan pentadbir
university dan kolej di Malaysia kini tidak memberi peluang kepada mahsiswa untuk
terlibat secara aktif dalam hal-hal yang berkaitan dengan kepimpinan negara.
Aku tidak pula berhasrat untuk menggalakkan pelajar-pelajar pergi
berdemonstrasi semata-mata. Itu pun aku
rasa bukan merupakan satu kesalahan sekiranya mereka terlibat sama. Itu
merupakan satu proses pembelajaran. Proses pendewasaan bagi seseorang mahsiswa.
Pembelajaran dan pendewasaan bukan sahaja
diperolehi di bilik-bilik kuliah. Ramai bijak pandai yang tahu tentang hakikat
ini. Hampir kesemua professor di
university dan kolej selalu menyebutkan perkara ini. Namun tidak ramai
professor yang berani dan sanggup memperaktikkannya. Hampir kesemua university
di Malaysia tidak berani memberikan kebebasan
kepada pelajar-pelajarnya sepertimana yang telah diberikan oleh Pak
Ungku Aziz pada awal tahun-tahun 1970an dulu.
Aku tidak terjumpa ( walau seorang pun )
pelajar-pelajar yang dilahirkan pada awal-awal tahun 1970an ( yang selalu
mengadakan demonstarsi jalanan ) menentang YDP Agung. Tidak ada seorang pun.
Kebanyakannya menjadi manusia yang berguna sepbagaimana yang dihasratkan oleh
negara. Dan ramai juga yang menjadi pemimpin negara dalam berbagai-bagai bidang.
Oleh yang demikian salahkah para mahsiswa diberikan sedikit kebebasan untuk
mereka melahirkan apa yang mereka rasa tidak betul berkaitan dengan kerajaan
dan negara. Salahkah mereka menyertai demonstrasi aman sekiranya mereka
merasakan ada sesuatu yang tidak kena dari segi pelaksanaan jentera kerajaan.
Salah kah….
Satu lagi jalan keluar yang boleh dilakukan
selain daripada mengadakan demonstrasi jalanan ialah dengan cara ‘berdepan’
dengan para pelajar di pusat-pusat pengajian tinggi. Maksud aku ialah diadakan
selalu perdebatan mengenai beberapa isu. Pihak tertentu harus berani berdebat
dan berbincang dengan para pelajar. Bagi peluang seluas-luasnya untuk para
pelajar dan mahsiswa kita berbicara dan mencurahkan isi hati mereka tentang
beberapa isu. Jangan sekat. Galakkan mereka menegeluarkan pendapat dan
pandangan.
Semoga denga cara itulah kita dapat melahirkan
anak Malaysia yang cemerlang dalam semua bidang.
Abuhassanadam
23 Jun 213
No comments:
Post a Comment