ANAK-ANAK BELAJAR MORAL, PEMIMPIN TIDAK BERMORAL
Aku
berasa kasihan kepada anak-anak yang belajar pelajaran Moral di sekolah. Tambah
menyedihkan aku lagi ialah mengenangkan nasib cikgu-cikgu yang mengajar
pelajaran itu. Apa tidaknya. Apa yang diajar oleh guru dan apa yang dipelajari
oleh anak-anak mengenai pelajaran moral di sekolah sangat berbeza dengan
keadaan dan realiti yang wujud dalam masyarakat sebenarnya. Anak-anak menjadi
‘pening’. Guru-guru bertambah ‘pening’.
Sukatan
Pelajaran Pendidikan Moral 2000 yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan
Kurikulum, Kememnterian Pelajaran Malaysia dalam ‘pendahuluan’nya menyebut
bahawa, ‘Pendidikan Moral ialah satu program yang mendidik murid supaya menjadi
insan yang bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan aspek
perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral’
Elok
benar bunyinya dan tentulah murni hasratnya. Dan bertungkus lumuslah
cikgu-cikgu di sekolah cuba menerapkan nilai-nilai itu kepada anak-anak di
sekolah rendah dan di sekolah menengah juga. Malangnya apabila anak-anak berada
di luar sekolah, mereka diketemukan dengan berbagai-bagai bentuk manusia dewasa
yang tidak bermoral. Media elektronik dan media cetak sentiasa mendedahkan
kisah-kisah manusia yang tidak bermoral. Kadang-kadang bukan sahaja dilakukan
oleh ahli masyarakat biasa malah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin negara.
·
Bermoralkah seseorang itu sekiranya dia
sanggup membunuh manuasia lain. Kisah bunuh membunuh. rompak merompak adalah
perkara yang sudah menampakkan satu kebiasaan di Malaysia. Dan yang
menghairankan juga ialah ada pembunuh yang boleh terlepas dari hukuman
disebabkan pertalian yang rapat dengan pihak-pihak tertentu terutama yang
bertanggungjawab untuk menjatuhkan hukuman. Bermorlakah insan yang sedemikian?
·
Berakhlak muliakah seseorang yang
menggunakan kedudukannya untuk menindas dan mengambil kesempatan menggunakan
kedudukannya demi untuk memperkayakan diri dan keluarganya. Keadaan sedemikian
juga merupakan satu perkara biasa di Malaysia kini. Yang melakukan kesalahan
atau ‘ insan yang tidak bermoral dan berakhlak mulia’ tidak pun menunjukkan
rasa bersalah atas segala kesalahan yang dilakukan. Mereka memiliki ‘kulit muka
yang sungguh tebal’ dan tidak langsung hirau tentang menjaga harga diri dan
marwah mereka.
Yang
menyedihkan keadaan sedemikianlah yang sentasa ‘dilihat’ dan ‘diperhatikan’
oleh anak-anak yang mempelajari Pelajaran Moral di sekolah yang menekankan
tentang perlunya melahirkan insan yang bermoral atau berakhlak mulia. Anak-anak
pastinya keliru dengan keadaan sedemikian. Pastinya mereka menyoal diri mereka
sendiri. Apakah pelajaran yang
dipelajari mereka disekolah itu hanya sebagai memenuhi masa lapang di sekolah
dan bukan sebagai bekalan hidup.
Mungkin
mereka ingin bertanya tentang keadaan sedemikian kepada ibu bapa mereka. Namun
terdapat juga ibu-bapa yang tidak dapat menjawab soalan anak itu dengan penuh
ikhlas kerana ibu bapa mereka juga bersikap, beretentangan dengan apa yang
dipelajari mereka di sekolah.
·
Bagaimanalah ibu bapa hendak mencegah
anak-anak ( yang masih bersekolah ) untuk tidak merokok sedangkan ibu dan ayah
mereka adalah ‘ chain -smoker’. Tentulah amat berat bagi si ayah untuk
mengeluarkan kata nasihat kepada anak supaya jangan merokok.
·
Bagaimanalah agaknya si ayah atau si ibu
untuk menasihati anak yang suka keluar dan ‘melepak’ dengan kawan-kawan di luar
rumah sedangkan si ibu atau si ayah pun jarang-jarang berada di rumah.
·
Bagaimanalah si ayah atau si ibu menasihati si anak supaya sentiasa mengerjakan
sembahayang lima waktu ( untuk pelajar Islam) sedangkan si anak tidak pernah
pun melihat si ayah atau si ibu mengerjakan solat sepanjang hayatnya. Apatah
lagi mengerjakan solat berjemaah.
·
Bagaimanalah si ayah atau si ibu untuk
menasihati si anak agar berperangai mulia sekiranya sianak pernah melihat si ayah
atau si ibu ‘menggatal’ dengan pasangan-pasangan yang tidak sepatutnya mereka
dampingi.
Persoalan
yang aku kemukakan ini enteng bunyinya. Perkara kecil dan remeh. Dan tentu juga
ramai yang mengatakan bahawa itu bukan masalah negara yang memerlukan pemikiran
secara serious. Mungkin ramai yang mengatakan bahawa apa yang aku kemukakan itu
adalah problem masyarakat yang sedang menuju kemajuan, pembangunan dan
pemodenan. Lantas kita tidak dapat lari dari perkara-perkara sedmikian.
Sekiranya
begitu pegagangan ramai anggota masyarakat di Malaysia kini mengapa dibebankan
anak-anak disekolah dengan pelajaran moral yang menitikberatkan tentang
mewujudkan insan yang bermoral dan berakhlak mulia.
Aku
selitkan lagi ‘hasrat’ Sukatan Pelajaran Moral di sekolah-sekolah,
Untuk membolehkan murid memahami, menghayati serta mengamalkan prinsip-prinsip
tersebut sebanyak lima bidang pembelajaran telah dikenal pasti dan nilai-nilai
moral disampaikan menerusi bidang pembelajaran tersebut. Selain aspekkerohanian
dan kemanusiaan, bidang pembelajaran itu juga menekankan aspek kemasyarakatan
dan kebudayaan. Bidang pembelajaran tersebut adalah seperti berikut :
1. Nilai berkaitan dengan Perkembangan Diri
2. Nilai berkaitan dengan Diri dan Keluarga
3. Nilai berkaitan dengan Diri dan Masyarakat
4. Nilai berkaitan dengan Diri dan Alam Sekitar
5. Nilai berkaitan dengan Diri dan Negara
Sedapnya
bunyi cita-cita dan hasrat Kementerian Pelajaran itu. Syabas! Namun begitu
sudah sampai masanya juga kita ( termasuk aku) memikirkan bagaimana agaknya
hasrat ini dapat dipraktikkan oleh masyarakat kita menepati erti kata yang
sebenar-benarnya.
Para
pemimpin kita harus sedar bahawa mereka adalah contoh dan ikon yang sentiasa
diperhatikan oleh anak-anak kita. Sekurang-kurangnya mereka perlu menunjukkan
contoh yang sebai-baiknya kepada anak-anak kita.
Tolonglah……
Abuhassanadam
25
Jun 2013
No comments:
Post a Comment