DR WAN AZIZAH BERCAKAP BENAR –
QUALITY YANG DIPERLUKAN RAKYAT KINI
Aku telah mengikuti temuramah DS Dr
Wan Azizah di AlJazeerah. Dan aku amat bangga dengan kemampuan beliau dalam
meneruskan temuramah demikian dalam suasana yang diasak bertubi-tubi dengan soalan-soalan
yang ‘membunuh’. Namun DS Wan Azizah berjaya menjawab (bukan menepis dan
melepaskan diri) soalan-soalan dengan penuh ikhlas dan meyakinkan. Dalam masa
aku mengikuti temuramah berkenaan, aku nampak semacam aku melihat ‘HARDtalk’
yang dihoskan oleh Stephen Sackur melalui BBC.
DS Wan Azizah sebenarnya ialah ‘ a
reluctant politician’. Kemunculannya di arena politik adalah ‘berpunca’
daripada keadaan yang dialami oleh suaminya Saudara Anwar Ibrahim.
Kadang-kadang nasib yang dialami oleh Dr Wan Azizah semacam sama dengan apa
yang dialami oleh Cory Aquino dari Filipina. Nasib mereka hampir sama namun
sekadarkan yang satu sudah pun menjadi Presiden Filipina dan yang satu lagi
masih merasakan jawatan itu lebih sesuai disandang oleh Saudara Anwar Ibrahim,
suaminya.
Tuah ayam terletak dikaki tetapi
tuah manusia siapa yang tahu.
Masih teringat peristiwa di Filipina
pada suatu ketika dahulu pada 21 Ogos 1983 apabila suaminya Senator Benigno
Aquino, Jr telah dibunuh di lapangan terbang sekembalinya beliau dari dalam
buangan di Amerika Syarikat. Cory Aquino yang sentiasa menggelarkan dirinya
sebagai ‘plain housewife’ berada dalam keadaan ‘terkapa-kapa’ tentang arah tuju
hidup mereka dan apatah lagi tentang arah tuju haluan politik negara. Beliau
tidak bersedia untuk mencampuri hal politik sebagaimana yang dilalui oleh
suaminya.
Namun atas kehendak Tuhan beliau
telah dinobatkan oleh rakyat sebagai Presiden negara Filipina yang ke 11 dan
merupakan wanita pertama di Asia yang memegang jawatan berkenaan. Beliau
jugalah tonggak yang telah menumbangkan kekuasaan diktator Presiden Marcos dan
seterusnya menegakkan semula amalan demokrasi di Filipina yang telah sekian
lama dimusnahkan oleh Presiden Marcos dan isterinya Immilda Marcos.
Cory Aquina juga merupakan
‘reluctant politician’ sebagaimana Dr Wan Azizah.
Ketika Saudara Anwar Ibrahim
memegang berbagai jawatan dalam poliktik dan pentadbiran kerajaan, setahu aku
Dr Wan Azizah hanya berada ‘disisi’ ia itu memberikan apa juga sokongan sebagai
seorang isteri yang setia kepada suami. Cuma apbila Saudara Anwar ‘dianiaya’
maka pada ketika itulah ‘ mahu tidak mahu’ terpaksa menceburkan diri dalam
arena politik. Begitu juga dengan YB Nurul Izzah (agak aku ler)
Mereka terpaksa ‘terjun’ dan
mengabdikan diri ke dalam kancah politik dengan matlamat utamanya membetulkan
keadaan negara yang pentadbirannya sudah agak kucar kacir disamping
memperjuangkan nasib suami dan ayahanda yang terainaya. Begitulah permulaan
perjalanan hidup dan keterlibatan mereka dalam politik bagi kedua orang tokoh
anak beranak ini.
Bagi Dr Wan Azizah kelihatan agak
semacam enggan untuk bergiat cergas dalam arena politik, namun disebabkan
galakan dan sokongan yang diterima dari penyokong-penyokong tegar Saudara Anwar
Ibrahim maka perjuangan Anwar mesti diteruskan. Dan untuk meneruskan perjuangan
itu maka tidak ada tokoh lain yang boleh membawa ‘bobor’ demikian untuk
memperjuangkan ‘the conscience of the majority’ melainkan isterinya ataupun
anaknya Nurul Izzah.
Olehkerana Nurul Izzah masih dalam
peringkat umur terlalu muda pada ketika itu maka, mahu tidak mahu Dr Wan Azizah
terpaksa memikul bebanan yang amat berat itu. Ini yang dikatakan ‘a reluctant
politician’. Memang betul anggapan setengah orang bahawa pengundi yang memberikan
undi kepada Wan Azizah adalah disebabkan bahawa Wan Azizah adalah isteri kepada
Anwar Ibrahim, idola mereka yang masih ‘membakar diri untuk menerangi orang
lain’
Sehingga kini obor yang dinyalakan
oleh Anwar Ibrahim pada awal-awal tahun 1970n masih menyala yang bersedia
bila-bila masa untuk menerangi alam Malaysia yang berada dalam ‘kegelapan’
kini. Jangan ingat ‘obor’ berkenaan dengan senang untuk dipadamkan. Ia
kadang-kadang seperti ‘membelai api dalam sekam’.
Tidak salah apabila Dr Wan Azizah
mengatakan bahawa beliau merasakan bahawa Saudara Anwar Ibrahim lebih layak
untuk menjawat jawatan Perdana Menteri sekiranya pembangkang menguasai kerajaan
pada PRU 14 nanti. Tidak salah Wan Azizah berkata demikian kerana memang
sebenarnya kehadiran Wan Azizah dalam arena politik adalah mengisi kekosongan
yang diharapkan oleh rakyat pada ketika itu. Namun sekiranya Alla menghendaki
begitu jadinya maka tidak ada upaya manusia untuk menahanya.
Dr Wan Azizah sememangnya ‘ a
reluctant politician’ sebagaimana juga yang dialami oleh Cory Aquino pada suatu
ketika dulu. Keikhlasan Dr Wan Azizah itu pastinya meyakinkan rakyat Malaysia
bahawa inilah yang sebenarnya pemimpin yang diperlukan oleh rakyat negara ini
untuk meletakkan semula Malaysia di landasan yang sebenarnya.
abuhassanadam
14 Mei 2017
No comments:
Post a Comment