Friday, May 12, 2017

TINDAKAN PAS BERLAWANAN DENGAN ASPIRASI RAKYAT TERBANYAK

PAS seolah-olah dengan bangga menyatakan bahawa mereka telah memutuskan hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Walaupu tidak begitu mendatangkan kesan buruk kepada politik tanah air, namun pasti juga menimbulkan kesan yang kurang baik kepada usaha rakyat di negara ini yang betul-betul mahu mengubah pemerintah di negara ini.

Dimana-mana kita pergi rakyat sedang berbicara tentang hasrat untuk menukar kerajaan yang ada kepada satu bentuk kerajaan yang betul-betul peduli rakyat. Walaupun kita memahami bahawa tidak akan tercapai seratus peratus hasrat demikian, namun sekurang-kurangnya akan dapat memperbaiki pentadbiran yang ada kini kepada sesuatu yang lebih baik dari yang ada.

Dan usaha ke arah itu mestilah bersepadu. Maknanya semua parti pembangkang seharusnya bersatu demi untuk mengalahkan Barisan Nasional khususnya UMNO. Maknanya kesemua parti yang berhasrat untuk menjatuhkan kepimpinan Barisan Nasional harus bekerjasama ke arah itu. Bermakna bahawa parti PAS yang bersungguh-sungguh benar berhasrat menubuhkan kerajaan seharusnya bekerjasama dengan parti-parti lain yang mempunyai asiprasi yang sama ke arah itu.

Nampaknya tindakan kepimpinan PAS yang sudah pun memutuskan kerjasama dengan PKR dan parti-parti pembangkang lain semacam menentang aspirasi rakyat yang betul-betul mahu mengubah pentadbiran negara ini. Kepimpinan PAS semacam ‘buat-buat tak tahu’ hasrat dan aspirasi rakyat itu. PAS seolah-olah dengan angkuhnya menyatakan bahawa mereka boleh bersendirian menentang Barisan Nasional dalam PRU 14 yang akan datang.

Hampir keseluruhan penganalisis politik tanah air menyatakan bahawa itu merupakan suatu perkara yang hampir mustahil (kecuali dengan keizinan Allah). Hampir mustahil. Tidak akan terjadi. Pemimpin yang waras akalnya akan dengan tegas menyatakan bahawa PAS tidak akan dapat menewaskan Barisan Nasional secara bersendirian. Apa yang boleh dilakukan oleh PAS dengan tindakannya itu ialah memecahkan undi pembangkang dan memberi laluan kepada Barisan Nasional untuk menang.

Jikalau begitu yang dihasratkan, maka tentulah timbul berbagai persoalan yang menyelubungi kepimpinan PAS kini. Apakah matlamat sebenar PAS ditubuhkan. Apakah PAS hanya berperanan untuk memecahkan undi pembangkang dan memberikan laluan mudah kepada Barisan Nasional. Apakah sudah ada perjanjian sulit diadakan antara kepimpinan PAS dengan UMNO yang menyebabkan kepimpinan PAS dengan mudah dan rela hati melakar laluan mudah kepada BN itu. Apakah ada udang disebalik batu?

Walaubagaimanapun PKR kesal dengan keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS yang bertindak memutuskan tahaluf siyasi antara kedua-dua parti. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya menghormati keputusan tersebut atas kebebasan PAS untuk membuat suatu pendirian politik. "Pada masa yang sama, PKR menolak tohmahan Majlis Syura Ulama PAS bahawa PKR menentang agenda Islam, melanggar adab-adab berkerjasama dalam politik dan khianat dalam hubungan politik dengan PAS," katanya dalam kenyataannya.
Sebelum ‘Langkah Kajang’ (2014) kita merasakan bahawa PAS adalah sahabat sejati yang sanggup bersusah dan senang bersama dalam mengharungi arus politik tanah air yang mencabar, namun sudah terserlah kini bahwa sebilangan kecil kepimpinan tertinggi PAS telah menunjukkan ‘belang’ mereka dalam menjalinkan kerjasama dalam Pakatan.

Rupa-rupanya kehadiran PAS dibawah pimpinan TG Haji Hadi Awang dalam Pakatan Rakyat selama ini adalah seperti sebuah lakonan dan drama yang hebat. Kini kelihatan dengan jelas ‘perwatakan’ sebilangan kecil kepimpinan tertingginya selepas  berlaku ‘langkah kajang’ terutama dalam kemelut politik Selangor. Dengan jelas juga dapat dikatakan bahawa ‘lakonan’ setengah watak utama dalam PAS sememangnya ‘hebat’ sehingga tidak dapat dikesan langsung apa yang tersirat dalam hati dan perasaan  mereka.

Muktamar PAS yang diadakan baru-baru ini telah mendedahkan segala-galanya. Tentulah tidak adil sekiranya aku menuduh seluruh pemimpin PAS yang bersikap demikian. Maksud aku ramai dalam PAS yang sedia untuk berubah tetapi disebabkan oleh segelintir yang masih berpegang kepada ‘tardisi’ dan ‘adat lama’ mereka menyebabkan mereka masih berpegang teguh kepada cara dan tindakan lama. Mungkin mereka merasakan bahawa apa yang merka lakukan itu bersesuaian dengan zaman yang dilalui oleh mereka dan lantas mereka masih tidak mahu berubah. Mungkin…

Bagi aku Langkah Kajang adalah langkah mulanya yang banyak mendedahkan perkara-perakara yang tersembunyi. Maksud aku sekiranya tidak berlaku ‘Langkah Kajang’ mungkin kita tidak tahu perkara-perkara yang tersembunyi dan terselindung. Misalnya,

·      Kisah kenyataan kepimpinan PAS yang ‘flip flop’. Ibarat kata orang tua-tua, ‘ pagi cakap lain, petang cakap lain’.
·      Suasana Muktamar PAS yang lebih kurang sama sifatnya dengan Mesyuarat Agung UMNO juga dimana ada terdapat para pembahasnya yang melupakan adab dan tatasusila ketika mengemukakan hujah-hujah. Dan terdapat juga tindakan yang agak terkeluar dari batas-batas kesusilaan yang diamalkan oleh penganut islam sejati.

Pakatan Rakyat telah cuba menyelesaikan isu-isu yang berbangkit ini sebagai persediaan ke arah menguasai Puterajaya. Tidak lagi timbul peribahasa Melayu yang mengatakan bahawa,’ rumah siap pahat berbunyi’ kerana kepimpinan PKR misalnya telah mengetahui bahawa ‘pahat sudah pun berbunyi ketika rumah masih belum lagi siap’. Ssignal’ telah diberikan oleh parti-parti yang menganggotai Pakatan Rakyat, tentang siapa kawan dan siapa lawan, dan ‘siapa yang sanggup menikam dari belakang’.

Pakatan Rakyat tentunya dapat meneka dan mengagak kini selepas ‘Langkah Kajang’ siapakah yang sanggup ‘bersusah dan bersenang’ bersama-sama dalam kesusahan. Terdapat pemimpin yang bercakap berlainan bahasa ‘antara pagi dan petang’. Pagi cakap lain, dan petang cakap lain. Dan ada juga yang cuba mensabotaj ‘kawan’ dengan menikam dari belakang, demi untuk kepentingan diri dan parti sendiri. Apakah ini setiakawan namanya?

Kenyataan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali tegas dan membanggakan. Beliau mengatakan bahawa mereka sedia berdepan pertandingan tiga penjuru dengan PAS pada pilihan raya umum akan datang sekiranya situasi itu tidak dapat dielakkan.
"Kalau ini keputusan PAS, ini adalah pilihan mereka. Sebagai sebuah parti politik, kami bersedia dengan sebarang kemungkinan."Jika tak dapat dielakkan kami akan berdepan mereka," kata Menteri Besar Selangor itu.
Kesimpulan beliau amat jelas. "Pintu itu ditutup oleh PAS," katanya.
abuhassanadam
12 Mei 2017







2 comments:

  1. Biar pii PAS bertindak demikian. PAS yang dengan kepimpinan ulama konservatif Melayu-Islam -Arab dan bermentaliti feudal sangat buta dan tak boleh lihat isu besar yg merundung negara seperti rasuah, 1MDB dan buruk tadbir negara. Jika tak boleh nampak kepincangan negara maka lebih baik PAS berpisah dan rela kemudian dimanupilasi oleh UMNO yg dikira dah sangat berjaya membawa PAS ke kandangnya.
    PAS pun tak faham politik sekular, duk asyik main isu agama, Melayu dan siapa yg tak setuju dengannya takle masuk surga....apa punya ideologi.....

    ReplyDelete
  2. Itulah yang menyedihkan. Tak sangka begini kesudahannya. Sudah memenangi undi popular di pru 13 kini menyerah kalah,Itulah kelicikan pehak UMNO dan BN menyelinap masuk melalui ejennya untuk mengkocar kacirkan pihak opesisi setelah mereka kalah undi di pru 13. Dengan segala kemudahan, kuasa, wang dan media mereka lakukan apa saja demi untuk mengekalkan kuasa. Kerana mereka sedar bahaya yang menanti seandainya mereka kehilangan kuasa. Dengan isu penyelewengan yang luar biasa yang cuba ditutup dengan apa cara sekali pun. Hanya rakyat terbanyak perlu sedar untuk menumbang pemimpin yang zalim dan kecam ini. Pemimpin UMNO yang tak berhati perut demi mempertahankan seorang PM yang telah merosakkan negara ini.demi memuaskan nafsu pribadi dan keluarga.

    Wahai rakyat yang prihatin...bangkitlah! Berjuanglah demi Malaysia yang tercinta. Kita buang parti yang korop setelah lebih setengah abad memerentah. Carilah parti yang bersungguh sungguh membela Malaysia. PAS tidak bersungguh sungguh untuk membela rakyat. Pegangan Islamnya bukan nak menyatukan ummah yang prihati atas masaalah negara, tetapi angkuh dan mengkocar kacirkan keadaan. Itulah bezanya PAS di zamsn Ustaz Fadhil dan TGNA dengan TGHA.

    ReplyDelete