PAS MUNGKIN ‘MELEPASKAN’ KELANTAN…
Kelantan akan jatuh ke tangan
Barisan Nasional. Itu kata Ku Li. Yang menghairankan ialah bagaimana para
pengikut PAS terutama yang datang dari Kelantan tidak ‘nampak’ bahawa Kelantan
akan terlepas dari tangan PAS pada bila-bila masa diadakan PRU 14 nanti. Ini
yang dikatakan sudah terang lagi bersuluh. Malangnya PAS Kelantan seolah-olah
tidak dapat langsung menganialisis perkembangan yang berlaku kini.
Keyakinan aku besar bergantung
kepada kenyataan YBM Tengku Razali Hamzah yang mengatakan, ‘“BN mampu kembali mentadbir kerajaan negeri ini, tetapi
perlu mengatur strategi mulai sekarang. Strategi yang diatur akan membolehkan
BN merampas semula pemerintahan kerajaan daripada PAS yang dipegang sejak
1990,” Malaysiakini 30 April 2017.
Kebiasaannya ahli
politik veteran seperti Ku Li tidak bercakap ‘kosong’ apatah lagi beliau yang
dianggap ahli politik veteran yang sudah berkecimpung lama dalam sepak terajang
politik tanah air khususnya di Kelantan. Keyakinan BN menawan semula negeri itu
berdasarkan keinginan rakyat Kelantan yang mahukan pembaharuan selepas melihat
kelemahan PAS mentadbir negeri itu.
Disebabkan kuatnya
penggantungan Tengku Razali kepada BN, beliau hanya mengatakan bahawa Kelantan
akan terlepas ke tangan Barisan Nasional. Dan beliau mungkin tidak dapat
menduga kekuatan Pakatan Harapan yang berkemungkinan besar mengambil alih
pentadbiran negeri Kelantan. Keadaan sedemikian tidak harus diketepikan
memandangkan rakyat Kelantan yang biasa membuat kejutan. Tidak siapa yang
menyangka bahawa pentadbiran Barisan Nasional di Kelantan berpindah tangan
kepada penadbiran PAS pada awal tahun 1990an. Itulah keadaan yang berlaku pada
ketika itu.
Harus disedari juga
bahawa penerusan pemerintahan PAS di Kelantan sebelum ini banyak bergantung
kepada kepimpinan dan keperibadian Tuan Guru Nik Aziz yang sangat dihormati dan
disayangi oleh rakyat Kelantan. Pengekalan kuasa PAS di Kelantan selama 27
tahun itu banyak bergantung kepada keperibadian kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz.
Dan kini beliau sudah tidak ada lagi dan bagi rakyat Kelantan tentunya amat
sukar untuk menggantikan kepimpinan sepertimana yang ditunjukkan oleh Arwah
Tuan Guru.
BN begitu yakin akan
menakluki Kelantan. Hakikat ini tidak dapat dinafikan. Seolah-olah para pemimpin
tertinggi PAS juga sedar bahawa PAS akan ‘menyerahkan’ Kelantan kepada Barisan
Nasional ekoran daripada beberapa tindakan yang dilakukan oleh pemimpin PAS
kini. Seolah-olah PAS tidak gondah langsung negeri Kelantan berpindah tangan
dari PAS kepada Barisan Nasional.
Pemimpin PAS di semua
peringkat seolah-olah sudah mengiktiraf persahabatan dan keakraban mereka
dengan Barisan Nasional walaupun tidak dinyatakan dengan jelas. Hasil daripada
kata-kata dan ucapan serta beberapa tindakan kepimpinan tertinggi PAS
seolah-olah ternampak ‘sekilas ikan di air yang sudah diketahui jantan
betinanya’.
Musuh politik PAS bukan
lagi UMNO (BN) tetapi adalah sekutu lama PAS ia itu DAP, Amanah dan PKR. Kini
PAS sibuk untuk memutuskan hubungan dengan PKR dan seolah-olah PAS kini begitu
‘sombong’ dan ‘ranggi’ setelah bersekongkol dengan UMNO. PAS lupa bahawa
kemenangannya di beberapa kawasan pada PRU 13 yang lalu adalah diatas sokongan
dan dokongan ‘kawan lama’ seperti DAP dan PKR.
Sebagai contoh, aku amat
yakin bahawa PAS tidak akan dapat ‘mencium’ bau kawasan Temerluh (jangankan
memenangi kawasan itu ) sekiranya tidak dengan kerjasama PKR dan DAP (yang
mempengaruhi undi bukan Melayu). Kemenangan calon PAS di situ, pada PRU 13 yang
lalu bukanlah disebabkan ketokohan dan kepimpinan calon tetapi adalah
disebabkan aliran penentangan yang begitu kuat terhadap BN pada ketika itu. Dan
mungkin ramai pengundi di kawasan Temerloh kini yang merasa kesal diatas
‘kehilangan’ Saudara Saifuddin Abdullah sebagai wakil mereka di situ.
PAS kini seolah-olah
kehilangan arah tuju. Kepimpinan tertinggi PAS tidak tahu ke mana PAS hendak di
bawa. Pemimpin atasannya mengatakan bahawa mereka tidak bekerjasama dengan
UMNO, sedangkan segala tindak tanduk pemimpin tertingginya adalah ke arah itu.
PAS semacam tidak berani langsung menyentuh tentang isu IMDB sedangkan isu IMDB
lah yang menjadi isu yang paling hangat dibincangkan oleh rakyat kini.
PAS takut menepati
peribahasa Melayu yang mengatakan, ‘yang dikandung berciciran dan yang dikejar
tak dapat’. Memandangkan kepada senario hari ini jelas menampakkan bahawa PAS
semacam sudah tidak relevan lagi dengan keadaan semasa – senario Kurun ke 21.
PAS mungkin berkhayal dengan senario kurun ke 20 dimana ahlinya merupakan
pengikut ‘membabi buta’ tetapi tidak lagi dengan keadaan kini. Ramainya
pengikut PAS yang keluar meninggalkan parti berkenaan menunjukkan dengan jelas
bahawa parti itu hanya diamati oleh hanya segelintir pengikut yang fanatik.
Apa yang dikatakan
tentang parti PAS itu hanya merupakan satu persepsi dan begitu juga apabila Ku
Li mengatakan bahawa kemungkinan BN akan
mengambil semula Kelantan. Itu juga merupakan satu persepsi beliau. Mungkin
rakyat Kelantan akan membuat kejutan dengan memberikan mandat kepada Pakatan
Harapan untuk mentadbir Kelantan pada PRU 14 nanti.
Semuanya berkemungkinan
belaka. Tidak mustahil juga Barisan Nasional akan tertewas ditangan Pakatan
Harapan. Rakyat yang akan menentukan.
abuhassanadam
1 Mei 2017
Ulasan syok sendiri nampak..
ReplyDeletePada pendapat peribadi saya, kita tak boleh menafikan langsung akan sikap DAP yg anti islam spt yg ditunjukkan selama ini dan kini disertai pula oleh MCA dan Gerakan. Tak usahlah hendak menafikan fakta. Dan dlm masa yg sama pada saya tak usahlah ada kerisauan bila kita tidak dpt bersama DAP. Di luar sana masih ramai lagi org2 kafir yg perlu kita dakwahkan agar tertarik dgn islam.
Bab DAP biarlah PAN shj yg berusaha utk berdakwah walaupun apa yg terlihat setakat ini ialah PAN pula yg didakwahkan bilamana ulamak PAN tidak layak langsung utk jadi ketua belek fatwa dan mengetuai maqasid syariah yg ditubuhkan oleh DAP. Tapi yg lucunya itu pilihan PAN sendiri dan tak perlu PAS mengajar bagaimana utk mengenali non muslim yg anti atau tidak kpd islam.
Satu lagi perkara yg agak melucukan ialah arwah TGNA sentiasa dijadikan sbg contoh rujukan namun saya tetap tidak menolak akan fakta tersebut. Tapi adakah DAP dan PAN benar2 menghormati arwah spt yg cuba dicanang2kan selama ini? Kita ambil contoh sumpah baiah dan EKJS Negeri Kelantan yg menjadi bukti akan kecintaan arwah kpd islam. Adakah benar2 dihayati dan dihormati akan kedua2 perkara tersebut oleh PAN dan DAP? Malah pada saya bertambah terserlah kerasnya sikap 'munafik' dan kafirnya mereka. Tak perlulah menafikan jika ianya sudah jelas di depan mata.
Sekarang ini PAS sedang dibawa ke arah yg betul. Jadi TGHH malah arwah TGNA sekalipun jika tunduk kpd DAP spt G18 dulu pastilah kami akan lontarkan mereka berdua juga keluar dari bahtera PAS.