PERISTIWA ‘LEMPANG-MELEMPANG’ - BANGSA
MELAYU SEMACAM UNDUR KE BELAKANG!!...
Dengan hanya ‘satu lempang’ dari
seorang penggiat seni dihadapan Perdana Menteri Malaysia semacam telah
‘menggugurkan’ taraf bangsa Malaysia di mata dunia yang selama ini sentiasa
didendangkan sebagai bangsa yang ‘peace-loving’, suka berhibur dan juga yang
kita sudah mula berada di tahap dunia moden – Dunia Pertama kononnya.
Para pemimpin Melayu sentiasa
‘menjeritkan’ di perhimpunan Agung UMNO misalnya mengatakan bahawa bangsa
Melayu khususnya sudah sampai ke peringkat global dan setaraf dengan
bangsa-bangsa lain di dunia. Sama seperti Singapura, Hong Kong, Taiwan, Jepun.
Malah dilaungkan juga oleh pemimpin Melayu bahawa satu masa nanti bangsa Melayu
akan sama tarafnya dengan bangsa Amerika, German, dll. Kemudian akan disambut dengan pekikan yang
mengatakan bahawa ‘ takkan Melayu hilang di dunia’.
Dengan berlakunya peristiwa ‘lempang
dihadapan PM’ baru-baru ini sudah cukup memalukan bangsa Malaysia khususnya
orang Melayu yang aku juga tergolong dalamnya. Ramai juga yang merasakan
peristiwa sebegini tidak sepatutnya berlaku apatah lagi dalam satu majlis yang
dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia. Dan boleh juga ‘diterjemahkan’
peristiwa sebegini semacam ada dikalangan masyarakat Malaysia yang tidak begitu
menghormati Perdana Menteri kita. Tentulah amat malang bangsa Melayu jika
diperhalusi tentang tindakan ‘beberapa ekor kerbau yang membawa lumpur hampir
kesemuanya terpalit’.
Sejujurnya aku memang sudah begitu
lama tidak melihat orang bergaduh atau lebih tepat lagi ‘melempang’ orang lain.
Kadang-kadang dalam perbincangan atau perbualan dengan kawan-kawan, selalu aku
bertanyakan kepada mereka samada mereka pernah diketemukan dengan peristiwa
pergaduhan samada di kedai-kedai atau di tempat kerja atau dimana saja. Mereka
mengatakan bahawa mereka juga hampir tidak nampak suasana bergaduh dikalangan
masyarakat Malaysia sebagaimana yang pernah ditonton oleh mereka dalam filem
atau drama TV.
Yang menyebabkan aku menimbulkan
persoalan demikian ialah tentang perbezaan yang digambarkan oleh filem atau
drama tentang masyarakat Malaysia adalah amat berbeza. Hampir setiap drama TV
yang aku tonton, mesti diselitkan dengan adegan pergaduhan sedangkan realiti
masyarakat di Malaysia tidak begitu. Itu yang ‘memeningkan’ aku. Mengapa perlu
dimasukkan adegan pergaduhan sedangkan masyarakat di negara ini mahu hidup
dengan aman dan damai.
Sehinggalah muncul tahun 2016 dan
2017 barulah kelihatan kekerapan suasana ketegangan dikalangan masyarakat
Malaysia yang ditimbulkan oleh kumpulan-kumpulan tertentu yang kononya
memperjuangkan orang Melayu dan agama Islam. Pada hakikatnya jika diperincikan
‘kegelisahan’ mereka itu tidak lain daripada hanya mencari publisiti murahan
yang diadu-domba oleh pihak-pihak tertentu. Itu persepsi yang dapat aku
simpulkan.
Bagi aku, peristiwa ‘lempang’ adalah
merupakan satu ‘watershed’ dalam sejarah Malaysia. Awal tahun 2017 merupakan
satu ‘turning point’ dalam tindak tanduk orang Melayu yang ‘berani’ (mungkin
juga boleh diiktiraf sebagai kurang sopan) melakukan perbuatan kurang sopan di
hadapan pemimpin negara. Tidak pernah berlaku peristiwa sebegini sebelum ini.
Amat memalukan. Tun Mahathir sendiri mengatakan bahawa tidak pernah berlaku
peristiwa sebegini ketika dia menjadi Perdana Menteri atau pun Perdana Menteri
sebelumnya.
Ketika aku bertugas di London pada
tahun-tahun 1990an, hampir setiap hari Ahad aku akan berada di Hyde Park London
untuk menyaksikan perdebatan di situ. Sesiapa yang pernah hadir di perdebatan
demikian akan faham apa yang aku maksudkan. Setiap pagi Ahad akan adalah ‘
Speakers Corner’ dimana siapa sahaja boleh menyatakan pandangan dan pendapatnya
mengenai sesuatu isu. Apa saja isu yang ingin disuarakan. Mereka mengamalkan
kebebasan bersuara dalam ertikata yang sebenar-benarnya.
Setiap pandangan yang disuarakan
pastilah ada pihak yang membangkang pendapat berkenaan. Dan kesannya berlakulah
perdebatan. Sepanjang pemerhatian aku di situ ( sehingga kini aku tidak akan
melepaskan peluang menghadiri perdebatan di Hyde Park setiap hari Ahad,
sekiranya aku ke sana) tidak pernah aku lihat peristiwa ‘lempang-melempang’
seperti mana yang berlaku di hadapan Perdana Menteri tempoh hari.
Dan ketika ‘Speakers Corner’ di
hadapan Perpustakaan University Malaya masih wujud ( dalam awal tahun-tahun
1970an), tidak juga pernah berlaku pergaduhan antara para pelajar walaupun
mereka berlainan pendapat. Agaknya kekuatan para mahsasiswa ketika itu
dipamerkan melalui kekuatan mereka berhujjah dan bukan menunjukan kekuatan
fizikal sepertimana yang berlaku peristiwa ‘lempang-melempang’ di hadapan
Perdana Menteri.
Peristiwa yang berlaku baru-baru ini
amat malang dan menyedihkan. Jikalau dulu aku sentiasa mempertahankan bahawa bangsa
Melayu (seperti aku) adalah suatu bangsa yang pelembut, bertimbang rasa, tak
suka gaduh (peace- loving) sebagaimana yang dikatakan oleh R.O.Winstedt tetapi
dengan peristiwa ‘lempang-melempang’ baru-baru ini persepsi aku terus berubah.
Tentulah aku teringat kepada Allah
Yarham A.Rahim yang sentiasa memainkan watak jahat dan kaki gaduh demikian dalam filem Melayu lama yang
menggambarkan suasana masyarakat Melayu tradisional pada ketika itu.
Apakah bangsa Melayu sudah mahu
kembali ke zaman itu? Entahlah…
abuhassanadam
19 Mei 2017
Itu lah budaya sebenar UMNO.
ReplyDeleteLihat lah kelakuan Jamal, PM//TPM tidak berani menegur kerana ianya sebahagian drpd agenda pemimpin.
Ya betul bro...
ReplyDeleteYa betul bro...
ReplyDeleteMenanti tulisan tulisan baru
ReplyDeletePak Abu.. are you ok? We miss you.
ReplyDeletejustMe,
ReplyDeleteTerima kasih atas keperihatinan saudara/saudari mengenai diri saya. Sebenarnya saya OK. Alhamdullilah sihat. Sihat orang tua la. Masih menulis dan menyiapkan beberapa buah buku yang akan saya terbitkan. Insyallah. Pak Abu