CINA DAN INDIA HARUS DIBANTU JUGA
Sekiranya
ahli UMNO atau ahli PERKASA mengatakan yang mereka adalah Melayu tulin, maka
aku juga boleh mendabik dada mengatakan aku sememangnya Melayu tulin. Tak
campur walau setitik pun darah Keling, atau darah Cina. Mungkin ada sedikit
agaknya darah orang asal. Sememangnya pun keturunan aku adalah orang asal.
Nenek moyang aku dulu sememangnya orang asal . Orang Putih kata ‘indigenous
people’.
Ramai
orang Melayu di Malaysia yang bukan ahli UMNO atau PERKASA tetapi amat tebal
dan tulin kemelayuannya. Oleh kerana orang Melayu itu sentasa dikaitkan dengan
agama Islam, maka sebagai orang Melayu Islam amat patuh dengan perintah Allah.
Begitu juga dengan kawan-kawan dan rakan-rakan aku yang bukan ahli UMNO dan
PERKASA tetapi amat patuh dengan ajaran Islam. Tidak menipu sesama manusia.
Tidak berbohong untuk mendapatkan sesuatu. Menjalankan tugas yang diamanahkan
dengan jujur dan aikhlas. Membantu golongan miskin dan kegiatan-kegiatan lain
yang tidak langsung bercanggah dengan agama Islam disamping tidak mengenepikan
amalan-amalan yang diajar oleh ibu bapa. Itu orang Melayu yang beragama Islam
sebenar.
Bukannya
hanya sebagai sebutan dibibir sahaja. ‘Melayu’ ke hulu, ‘Melayu’ ke hilir…….
Tetapi
yang pelik dan anihnya kumpulan ‘Melayu’ berkenaan ialah mengenai perangai
mereka yang suka meminta-minta pada kaum lain yang berada. Mereka membenci kaum
Cina tetapi merekalah yang ‘menadah tangan’ kepada Cina. Mereka membenci Cina
tetapi kepada Cina juga memereka meminta pertolongan dan mengadu akan kesusasahn.Jangan
disangka rakyat tidak tahu bahawa ramai yang bersikap demikian, terutama
apabila menjelangnya pilihan raya. Dari mana lagi mereka mendapat ‘political
fund’ jikalau tidak daripada taukeh Cina!......
Aku
orang Melayu tulin. Tetapi aku tidak pula membenci kaum-kaum lain yang tinggal
di negara ini. Datuk nenek aku dulu pun tidak membenci orang Cina yang datang
ke negara ini. Ramai orang Melayu zaman dahulu yang memberikan perlindungan
kepada orang Cina dan India. Seeingat aku Atuk aku membenarkan kaum Cina
bernama ‘Panjang’ tinggal di bawah rumahnya. Aku tak tahu nama sebenarnya. Oleh
kerana tinggi lampai orangnya maka digelarnya ‘ Panjang’. Aku masih terbayang
wajah Cina Panjang sampai ke hari ini.
Atuk
sekeluarga memberikan tempat di bawah rumah kami untuk Cina Panjang diam.
Kerjanya ialah membantu Atuk dan
keluarga dengan kerja-kerja rumah. Upahnya sekadar makanan yang disediakan oleh
Atuk aku. Makan Atuk aku, makanlah dia. Tugas harian yang dilakukannya ialah membelah
kayu, mengambil air di telaga. Disamping itu Cina Panjang juga berusaha
mengerjakan tanah Atuk aku. Bercucuk tanam. Dipendekkan cerita dari situlah
Cina Panjang hari demi hari semakin senang sehinggalah dia membuka perniagaan
kecil di kampung dimana orang kampung membeli keperluan harian darinya.
Orang
Melayu tidak menentang kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu. Itu hakikat
sejarah yang tidak boleh dilindungi. Semenjak Kurun ke 11 lagi orang Cina dan
India sudah mula berniaga dan terlibat dalam perdagangan di rantau Asia Tenggara
khususnya di Alam Melayu. Ada berlaku pergaduhan antara orang Melayu dengan
Cina tetapi hanya merupakan pergaduhan biasa. Bukan pergaduhan antara kaum.
Orang Melayu semacam berpuas hati dengan kehadiran saudagar Cina dan India.
Mereka berdagang secara aman.
Hanya
apabila datangnya kuasa Barat yang telah menanamkan benih-benih perkauman
antara orang Melayu dengan orang Cina ia itu dengan menjalankan dasar ‘pecah
dan perintahnya’. Kum-kaum terbesar ini diasingkan tempat tinggal mereka. Dasar
British ini ‘menghasilkan buah’nya apabila berlaku Peristiwa 13 Mei 1969
apabila berlaku perbalahan kaum antara Melayu-Cina. Dan yang menghairankan pula
ialah selepas Peristiwa 1969 itu, tidak pula berulang peristiwa hitam
berkenaan. Seolah-olah semuanya sedar bahawa berlakunya peristiwa hitam itu
adalah sesuatu yang sia-sia belaka.
Sudah
40 tahun lebih semenjak berlaku Persitiwa 13 Mel 1969, kaum-kaum di Malaysia
hidup secara aman damai menikmati kemakmuran di negara yang tercinta ini.
Berasaskan kepada keadaan ini, banyak perkara yang boleh kita renung dan
menungkan.
·
Sungguhpun ada orang Melayu yang tidak
begitu selesa dengan kehadiran orang Cina dan India di Malaysia, namun tidak
pula wujud penentangan secara terbuka terhadap orang Cina.
·
Begitu juga dengan keadaan orang Cina dan
India. Ada golongan kaum Cina dan India yang merasa tidak selesa dengan orang
Melayu. Namun tidak pula ditunjukkan perasaan ketidakselesaan itu.
·
Mungkin disebabkan bilangan yang kecil
golongan yang membenci antara satu sama lain in telah menyebabakan tidak
menampakkan perkembangan yang jelas.
·
Kaum Cina dan India tidak pernah
mempersoalkan secara terang-terangan mengenai Dasar Ekonomi Baru negara. Mereka
agaknya faham tentang tujuan dan matlamat dasar berkenaan. Namun apabila dasar
DEB itu diselewengkan dan menyimpang jauh dari matlamat asalnya maka golongan
bukan Melayu mula menentang penyelewengan itu.
·
Orang bukan Melayu merasa gusar apabila DEB
disalah gunakan. Mereka ‘sakit hati’ melihatkan anak golongan berada ( Melayu)
yang mendapat faedah lumayan dari dasar DEB sedangkan anak golongan Melayu
miskin amat sukar untuk menikmati kemudahan berkenaan. Bagi aku orang bukan
Melayu berhak untuk ‘sakit hati’ melihatkan keadaan sedemikian.
Rakyat
Malaysia seharus sudah berhenti mempersoalkan isu-isu sensitif yang berkaitan
rapat dengan Melayu-Cina-India ini. Sepatutnya tidak kedengaran lagi
suara-suara sumbang yang menyeru ‘ pergi berpindah ke negara lain’ yang
ditujukan kepada kumpulan-kumpulan yang mempersoalkan isu Melayu-Cina.
Sepatutnya tidak ada lagi suara-suara yang mempersoalkan tentang hak istemewa
orang Melayu, sekiranya peruntukan yang tertera dalam perlembagaan Malaysia
menepati matlamatnya mengikut ertikata yang sebenarnya. Pemberian hak istemewa
kepada orang Melayu itu jangan diketepikan, kerana masih ada lagi orang Melayu
yang masih miskin yang memerlukan pembelaan. Namun begitu jangan diabaikan juga
kaum-kaum lain yang miskin yang semestinya juga diberikan pertolongan dan
layanan istimewa seperti yang diberikan kepada orang Melayu itu walaupun syarat
itu tidak diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.
Abuhassanadam
4
Julai 2013
Saya sependapat dengan saudara.Arwah bapak saya pun ada Cina dan India tinggal bersamanya semsasa kami tinggal di Sungai Manek, untuk membantu kerja2 harian bapak saya. Pada masa itu saya masih kecil lagi. Perkara ini diceritakan olih bapa saya semasa hayatnya dulu.
ReplyDeleteTuan,
ReplyDeleteSaya sudah lama tidak mempercayai UMNO Baru. Benar saya mendapat manafaat dari DEB yang diilhamkan oleh Tun Razak. Tetapi setelah melihat bagaimana UMNO Lama dimatikan oleh seseorang kerana kepentingan politik peribadinya mengatasi segala-galanya dan menilai bagaimana individu itu menggunakan kenderaan baru ciptaan bernama UMNO Baru selama 22 tahun untuk menindas dan menjadikan majoriti orang melayu merempat dinegara sendiri - saya telah mengambil langkah tidak mempercayai UMNO Baru sejak 15 tahun dulu.
Apa yang saya mileki hari ini, walaupun tak semewah kroni-kroni mereka, saya bersyukur kerana ia adalah rezeki dari Allah yang berkat tanpa perlu mengkhianati dan menipu bangsa saya dengan bersongkol dengan UMNO Baru dan kroni-kroni mereka untuk merompak kekayaan negara.
Memang perit untuk bersaing dengan mereka untuk mencari rezeki di bumi bertuah ini, tetapi rezeki itu adalah milek Allah semuanya. Dia memberi kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Kita sebagai hambanya, hanya perlu berusaha dan bertawakal kepadanya.
Hari ini, politik mereka sangat tidak berperimanusia lagi. Hati kekadang menangis sedih melihat bagaimana massa melayu diperbodoh, diperhambakan dengan imbuhan/gula-gula beracun tanpa ada rasa belaskasihan semata-mata untuk mengeklkan kuasa politik dan dominasi kumpulan minoriti mereka.
Semua angka-angka penunjuk samada ekonomi, pendidikan dll semuanya menunjukkan bahawa majoriti orang melayu berada dalam keadaan terok. Ini adalah kerana kita orang melayu adalah penduduk majoriti. Jadi jika kita membicarakan bahawa bahawa 40% rakyat negara ini berpendapat RM 1,500 atau kurang sebulan, jumlah orang melayu didalam kategori ini berjumlah 8.5 juta orang.
Jumlah 8.5 juta orang ini merupakan hampir 1/2 dari jumlah keseluruhan orang melayu di negara ini ! Jadi, tidak memeranjatkanlah jika hampir 95% penerima BR1M 1.0 & 2.0 adalah orang melayu. Lebih memedihkan hati ini, apabila melihat bagaimana penerima-penerima BR1M ini begitu bersyukur yang teramat diatas bantuan dan keperihatinan pihak yang memberi terhadap mereka - sedangkan hakikatnya ia adalah satu kegagalan nyata dan heartless pihak tersebut membela nasib mereka sejak merdeka.