PARLIMEN KITA BUKAN MACAM PARLIMEN ITALI
Aku
terbaca wawancara Amanpour dalam CNN yang menceritakan kisah seorang ahli
parlimen Itali dinasihatkan oleh Perdana
Menterinya , Enrico Letta supaya mengundurkan diri kerana kenyataannya yang menghina seorang menteri dalam kabinet
Itali. Roberto Calderoli, Naib Presiden Dewan Senat Itali telah dinasihatkan
meletak jawatan kerana kenyataanya menempelak seorang menteri kabinet yang
dikatakannya seperti orang utan.
“
It’s a shame…It’s really a shame, and I will continue to ask him to resign’
kata Letta.
Maknanya
begitu serious sekali pada masyarakat dan parlimen Itali kutukan yang
sedemikian. Maknanya parlimen di Itali itu menepati erti sebenar apa yang
dikatakan sebagai ‘august house’ – tempat mulia lagi dihormati dan seharusnya
dipandang mulia oleh masyarakat Itali. Untuk meletakkan parlimen sebagai tempat
yang mulia maka ahli-ahli parlimenlah yang bertanggungjawab untuk meletakkan
dewan itu ditahap kemuliaan yang sebenar.
Terfikir
pulak aku keadaan parlimen di negara aku yang dicintai. Bukan sahaja mereka
memanggil ahli parlimen yang lain sebagai ‘binatang’ malah kadang-kadang lebih
dari itu. Berlaku kutuk mengutuk dengan menggunakan kata-kata kesat yang tidak
sepatutunya dihamburkan oleh seorang yang bergelar Yang Berhormat.
Kadang-kadang cara ahli parlimen kita berhujah lebih buruk dan hina lagi
daripada perbualan di kedai-kedai kopi dan warung-warung. Cuma tidak dihebahkan
oleh akhbar antarabangsa ( mungkin mereka banyak berita lain yang lebih penting
untuk dihebahkan, berbanding dengan berita ‘kata-mengata’’ gelar-menggelar’
‘carut-mencarut’. Kadang-kadang apabila kita mengikuti persidangan parlimen
Malaysia, selah-olah kita sedang menyaksikan anak-anak kecil yang sedang
bergaduh. Memang amat memalukan. Kelakuan sebegini hanya dilakukan oleh
segelintir wakil parlimen kita. Ramai juga.
Satu
perkara lagi yang aku perhatikan mengenai parlimen kita ialah apakah parlimen
berperanan menepati erti kata yang sebenarnya. Sebagai ‘august house’ ataupun sebagai
tempat yang paling mulia. Terlalu payah untuk meyakinkan kita tentang status
‘august house’ ini.
·
‘August House’ ke namanya sekiranya
perbincangan dan perbahasan yang berlaku di dalam dewan parlimen kita tidak
mencapai tahap yang sebenarnya. Aku sempat menyaksikan ucapan ketua pembangkang
di parlimen baru-baru ini. Walaupun ucapan beliau penuh dengan isi dan sarat
dengan fakta disamping hujah-hujah yang konkrit, namun ‘interjection’ oleh ahli-ahli parlimen yang lain menampakkan
satu kedangkalan yang amat ketara. Maknanya ‘interjection’ mereka hanya
semata-mata untuk menarik perhatian dan kadang-kadang boleh dikatakan sebagai
tidak relevan langsung. Maksud aku bukanlah semua ‘interjection’. Ada juga yang
relevan…
·
‘August House’ ke namanya jika terdapat
percanggahan fakta mengenai sesuatu isu yang dikemukakan oleh Menteri
berbanding dengan kenyataan yang dikemukakan oleh pihak-pihak tertentu. Dan
selepas itu Menteri mengubah pula kenyataannya yang menampakkan satu
kedangkalan yang amat sangat dari segi mengemukakan fakta. Rakyat mengharapkan
apa yang diperkatakan dalam parlimen adalah sesuatu yang benar dan sahih
belaka. Tidak ada pembohongan atau percanggahan fakta. Sekiranya begitu cara
parlimen kita menjelaskan sesuatu fakta, maka lama kelamaan rakyat akan hilang
keyakinan terhadap parlimen sendiri. Sekiranya ini juga berlaku, dimana lagi
kita mengharapkan sesuatu jawapan yang tepat dan jelas. Mengecewakan….
·
Ada juga terdapat situasi dimana Menteri
bertanggungjawab ‘menyorokkan’ fakta untuk tidak didedahkan kepada dewan dengan
mengemukakan beberapa alasan tertentu. Bagi aku ini merupakan sesuatu yang
menghairankan. Pelik….Bukankah di dewan yang mulia ini sebagai tempat untuk
membincangakn semua perkara yang berkaitan dengan pentadbiran negara dan harus
diperbincangkan oleh wakil rakyat. Apabila ada fakta-fakta tertentu yang tidak
boleh didedahkan, maka aku tidak tahu ke mana arah tujunya parlimen kita.
·
Satu perkara lagi yang aku perhatikan ialah,
kebanyakan ahli parlimen kita sudah tidak membahaskan tentang isu secara
kritikal dan rasional. Dengan bahasa kasarnya sikap setengah mereka adalah
‘membabi buta’. Mereka tidak lagi melihat kepada isu yang dibincangkan tetapi
lebih merupakan kepada siapa yang mengemukakan isu berkenaan. Sekiranya yang
mengemukakan isu itu ‘rakan karib’ mereka, maka mereka akan berusaha sedaya upaya
untuk mempertahankan walaupun jelas isu yang dibincangkan itu sahih dan benar
dan memberikan keuntungan kepada rakyat.
Aku
rasa ramai rakyat Malaysia berasa amat sedih melihatkan gelagat setengah ahli
parlimen yang mengherdik, mengutuk YB
Rafizi Ramli dari Pandan apabila cuba
mengenengahkan satu penyelewengan yang berkaitan dengan penggunaan dakwat
kekal dalam PRU 13 yang sehinggakan
mencadangkan diambil tindakan disiplin terhadapnya. Seolah-olah wakil berkenaan
amat menyokong tentang penyelewengan dilakukan. Seolah-olah membayangkan bahawa
melakukan satu penyelewengan adalah sebahgian dari ‘profession’ mereka.
Terlintas
pula di kepala aku tentang kisah ‘Singapura Di Langgar Todak’ yang menceritakan
kisah seorang budak cerdik yang cuba memberikan pandangannya keada raja tentang
bagaimana untuk mempertahankan Singapura dari dilanggar todak. Cadangannya
ialah bukan berkubukan betis tetapi hendaklah berkubukan batang pisang.
Disebabkan cadangannya yang amat lojik dan rasional itu maka beliau dirantai dan
dibunuh.
Rupanya
kisah yang hampir serupa ini masih berlaku di parlimen dan dikalangan rakyat
kita di Malaysia. Orang cerdik dan perihatin terhadap kesejahteraan negara
dikutuk dan dihadapkan ke mahkamah. YB Rafizi masih lagi menghadapi berbagai
tuduhan berkaitan dengan pendedahannya mengenai ‘projek lembu’.
Majority
rakyat di Malaysia masih siuman dan ‘berhati -perut’. Walaupun tidak dapat
melakukan apa yang sepatutnya dilakukan, namun majority rakyat tetap mengutuk
tindakan pihak-pihak tertentu yang jelas membelakangkan kepentingan rakyat
terbanyak.
Dan
tindakan sepertimana yang dilakukan oleh YB Rafizi Ramli dari Pandan harus dicontohi
oleh wakil parlimen yang lain kerana tindakan sedemikialah yang akan mendapat
sokongan padu dari rakyat. Bukan itu sahaja pastinya mendapat restu dari Allah.
Abuhassanadam
20
Julai 2013
No comments:
Post a Comment