ISU TPP, AIR , JAMBATAN - PEMIMPIN YANG BODOH SOMBONG
Aku
amat terpanggil untuk memberikan pandangan setelah membaca artikel yang ditulis
oleh Tun Dr. Mahahthir. Sudah agak lama Tun Mahathir tidak memberikan komen
sepertimana yang ditulisnya semalam 12 Julai 2013. ‘An eye opener’ kata orang
putih. Betul-betul dapat sedikit sebanyak memberikan kesedaran kepada rakyat
Malaysia yang membaca artikel berkenaan.
Aku harap ramai yang membacanya.
Membaca
artikel berjodol,’
THE TRANS PACIFIC PARTNERSHIP ‘ yang ditulis oleh Tun M itu boleh membuat kita
termenung, sedih. pilu, marah, berduka dan berbagai-bagai perasaan lain
mengenangkan keadaan seolah-olah‘tidak bertanggungjawabnya pihak yang terlibat
dalam merangka dan menandatangani perjanjian yang merugikan negara. Bukan dalam
jumlah yang kecil. Berbilion-bilion ringgit.
Apakah golongan yang ‘tidak perhati
perut’ ini tidak memikirkan tentang wang pembayar cukai yang membolehkan mereka
boleh menandatangani perjanjian berkenaan – dengan sewenang-senangnya. Apakah
mereka tidak memikirkan tentang kesan perjanjian berkenaan ke atas nasib bangsa
pada masa kini dan masa hadapan. Apakah mereka tidak langsung merasa bersalah
di atas sikap sambil lewa dan acuh tak acuh mereka itu.
Ini yang dikatakan pemimpin bodoh
sombong. Apa tidaknya….
Tun Mahathir menulis,
“The secretary to the
Ministry of Trade and Industry avers that trade negations must be done in
secret, I suppose by the officers concerned. There should apparently be no
public debate or even within the Government.I don’t think it is
such a good practice, if indeed that is the practice. Let us see the record of
trade and other agreements negotiated by the Malaysian Government. They do not
seem to favour Malaysia much. In fact they seem to result in Malaysia accepting
unfavourable terms’
Lebih kurang
maksudnya Tun Mahathir mempersoalkan tentang saranan Setiusaha Kementerian
Perdagangan (antarabangsa) dan Industri yang
merasakan setiap perundingan mesti dijalankan secara sulit, hanya
dikalangan pegawai-pegawai berkenaan sahaja. Tidak harus diadakan perbincangan
terbuka. Bagi Tun Mahathir langkah sedemikian tidak harus diamalkan,
berdasarkan pengalaman-pengalaman lampau yang mana kebanyakan perjanjian yang
dilakukan adalah berat sebelah – maknanya merugikan Malaysia.
Sebagai contoh Tun
Mahathir mendedahkan tentang perjanjian membekalkan air ke Singapura. Malaysia
bersetuju menjualkan air mentahnya kepada Sngapura dengan harga 3 sen setiap
1000 gallon dan Malaysia membeli semula air yang telah dirawat dengan harga 50
sen setiap 1000 gallon. Perjanjian demikian telah tamat tempohnya pada 2011 dan
Malaysia tidak mengadakan sebarang perjanjian semula berhubung dengan harga air
berkenaan. Dan sehingga tahun 2060, Malaysia akan tetap menjual airnya ke
Singapura dengan harga 3 sen setiap 1000 gallon. Pastinya akan merugikan
Malaysia ditinjau dari sudut mana sekali pun.
Nasi sudah menjadi
bubur. Ataupun kata orang putih ‘don’t cry over spilt milk’. Yang lepas tu
lepas lah…..nak buat macam mana…Itulah yang selalu kita keluhkan. Mungkin untuk
mengubati hati yang duka lara. Itulah saja caranya. Kita mengagakan bahawa
pengalaman pahit mengenai perjanjian air itu boleh menginsafkan pemimpin kita.
Tidak begitu rupanya.
“We lost Pulau Batu Puteh but we cannot build the bridge or remove
the causeway, or settle the provident fund issue. But we have given up our
railway land worth billions to Singapore for practically nothing. And now we
must ask Singapore’s permission to build our high speed train” Kata Tun Mahathir mencurahkan
‘cuka’ kepada ‘luka yang sedang berdarah’.
Rakyat Malaysia khususnya rakyat Johor sebenarnya ‘menangis’ dalam hati mengenangkan kehilangan Batu Putih. Sudahlah begitu kita terpaksa pula menyerahkan tanah keretapi di Woodlands yang bernilai berbillion ringgit kepada Singapura. Rakyat ( yang bodoh termasuklah aku) memikirkan bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan itu menguntungkan negara dan bangsa. Rakyat tidak harus dipersalahkan sepenuhnya kerana mereka telah diberikan gambaran yang cukup positif oleh media kerajaan.
Pemimpin-pemimpin negara juga mengatakan bahawa apa yang dilakukan oleh mereka adalah menguntungkan negara dan tidak sedikitpun akan merugikan rakyat dan negara. Dan Tun Mahathir telah menempelak para pengendali undang-undang yang pada pandanganya tidak mampu mengemukakan hujah-hujah yang konkrit apabila berhadapan dengan sesuatu isu besar di peringkat antarabangsa.
Tun Mahathir sendiri melahirkan rasa tidak yakinnya terhadap pemimpin dan pengamal undang-undang kita dengan berkata,
“……..I
have my doubts about our ability to convince the international arbitrators or
courts. We cannot even convince the World Court over Pulau Batu Puteh.They will
have the best lawyers, lots of them. We will exhaust all our funds to pay our
less experienced lawyers. At the end we will lose and pay indemnities and fees
running into billions. And we will continue to pay until we comply. And when we
comply we will lose more money”
Aku hanya mampu memetik beberapa kenyataan Tun Mahathir untuk dipaparkan dalam blog ini. Sekiranya anda ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai apa yang diperkatakan oleh Tun Mahathir sila lawat blog beliau. Setelah membaca keseluruhan rencana beliau seolah Tun Mahathir ingin mengatakan bahawa kebayanyakan pemimpin negara Malaysia adalah bersikap bodoh sombong.
Peribahasa Melayu ada mengatakan, “Cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar’.
BODOH SOMBONG LER TU……
Abuhassanadam
13 Julai 2013
No comments:
Post a Comment