KENYATAAN TUN MAHATHIR MENEGECILKAN HATI CINA……
Aku petik kata-kata Tun M,
"For more than half a century of
independence, the Chinese have shared wealth and power with the Malays. The
idea for a Singapore-like Malaysia seems tempting and Penang has shown the way…The
dilemma for the Chinese is whether to make a grab for political power while
dominating economic power or to adhere to the principle of sharing, which has
made this country what it is today ‘ ( Malaysiakini 27 Julai 2013)
Aku tak tahu apa yang tersirat daripada kenyataan Tun Mahathir
ini. Bagi aku tentulah tidak berapa sesuai diucapkan oleh pemimpin ‘sehebat’
dia. Tentulah tidak enak didengar oleh anak-anak Malaysia. Tentulah
‘mengecilkan hati’ kaum Cina. Dan tentulah bukan hasratnya untuk melaga-lagakan
kaum Cina dengan kaum Melayu apabila beliau mengutarakan kenyataan sedemikian.
Dan bukanlah juga agaknya merupakan satu amaran kepada kaum Melayu supaya ‘
berjaga-jaga !!!.....nanti hak kamu diambil orang…’. Aku tak fikir begitu
hasrat Tun Mahathir.
Jikalau bukan begitu hasratnya, apa pula motifnya menuliskan
demikian. Majority rakyat Malaysia tentulah tidak ‘termakan’ dengan apa yang
ditulis oleh Tun Mahathir. Tentulah mustahil kaum Cina menerajui pemerintahan
negara ini, sedangkan wakil Cina yang ada di parlimen tidak pun melebihi 50
orang. Dan tentulah banyak faktor-faktor lain yang boleh dihujahkan yang tidak
membolehkan kaum Cina memerintah negara ini. Namun begitu sekiranya kenyataan
Tun Mahathir itu terus menerus dipantak ke telinga ‘orang Melayu yang tidak
berapa cerdik’, tentulah akhirnya mereka akan percaya dan ‘termakan’ juga.
Persoalannya ialah untuk apa? Apakah tujuan beliau melaga-lagakan
Melayu dengan bukan Melayu. Cuma aku fikir begini. Dalam menghadapai
persidangan agung UMNO biasanya berbagai kenyataan yang ‘pelik-pelik’ akan
keluar. Dan biasanya juga ramai ahli UMNO yang ‘termakan’ dengan
kenyataan-kenyataan sedemikian walaupun kenyataan itu tidak berasas dan tidak
waras sama sekali.
Kawan
aku mengatakan hubungan antara kaum di Malaysia sudah sampai ke peringkat yang
membimbangkan. Macam api dalam sekam, katanya. Pemerhatian ku tidak begitu
pulak. Dia ada hujahnya dan aku dengan hujah aku. Pendapat kami berbeza. Namun
yang anihnya hujah kami hanya berdasarkan persepsi. Bak kata orang putih hanya
berasaskan ‘emperical evidence’. Pendek kata konsep 1 Malaysia sebagaimana yang
diwar-warkan DS Najib dulu semacam sudah tidak dihiraukan lagi.
Mungkin
dengan sebab itulah agaknya Perkasa terpaksa mengambil langkah menggabungkan
Perkasa dengan dua buah pertubuhan kerajaan lain Perscisma ( kaum Cina ) dan
Perinbam ( kaum India) untuk membuktikan yang Perkasa bukan pertubuhan
perkauman, mengikut kata prersiden Perkasa. Dan kedua-dua pemimpin Percisma dan
Peribam pula membayangkan ‘era baru’ akan muncul dengan penggabungan tiga NGO
ini.
Berdasarkan
apa yang dijelaskan oleh pemimpin pertubuhan baru ini maka jelaslah aku ‘kalah’
dalam perbincangan dengan kawan aku yang mengatakan bahawa hubungan kaum di
Malaysia kini sudah sampai ke peringkat yang membimbangkan. Jikalau tidak
tentulah tidak mungkin kedua-dua pemimpin itu mengatakan ‘era baru’ akan muncul
selepas penggabungan ini. Maknanya keadaan negara kini adalah seperti yang
digambarkan oleh rakan aku – membimbangkan!...
Namun
begitu apabila aku perhatikan keadaan ketika aku menghadiri perhimpunan Black
505, perhimpunan Bersih ( berapa kali aku sudah lupa), ceramah-ceramah yang
diadakan oleh parti-parti komponen Pakatan Rakyat, keadaannya berlainan sekali.
Maksud aku hubungan antara Melayu, Cina, India cukup intim, rapat dan mesra
sekali. Begitu juga keadaan di Sabah dan sarawak apabila Pakatan Rakyat
mengadakan ceramah-ceramah mereka, terutama apabila menghadiri ceramah yang
diadakan oleh DS Anwar Ibrahim.
Banyak
episod yang membanggakan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia yang
menggambarkan kewujudan harmoni antara kaum di negara ini terutama ketika
menghadiri perhimpunan-perhimpunan yang dinyatakan di atas tadi. Tidak nampak
langsung unsur-unsur perbezaan kaum di Malaysia. Cukup harmoni. Intim dan
mesra. Tak kira Melayu ke, Cina ke atau India. Bagi aku sama saja.
Bagi
aku usaha Pakatan Rakyat untuk menyatukan kaum-kaum di Malaysia sudah hampir
berjaya. Cuma sekadarkan mereka tidak dapat myempurnakan atau menyudahkan usaha
sedemikian disebabkan mereka tidak dapat membentuk kerajaan. Aku amat yakin
sekiranya Pakatan Rakyat dapat membentuk kerajaan, maka suasana seperti yang
digambarkan oleh kawan aku itu tidak akan wujud lagi.
Dan
aku yakin juga tidaklah pula kaum Cina akan berusaha mengambil pemerintahan di
negara ini. Tidak nampak langsung aku hasrat sedemikian. Cuma yang dapat aku
perhatikan ialah Pakatan Rakyat tidak berasaskan perkauman tetapi keadilan
kepada semua kaum – Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dll. Dan tidak juga hasrat parti berkenaan akan
meminggirkan orang Melayu yang masih dalam keadaan yang tidak berdaya. Semua
kaum nampaknya yakin dengan apa yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat itu.
Cuma disebabkan oleh segelintir rakyat (orang Melayu ) yang tidak cukup
menerima penjelasan daripada PR dan yang masih taksub dengan idea ‘perkauman’
maka PR belum berjaya sepenuhnya.
Benih
perpaduan telah ditanam dan dibaja dengan elok oleh pemimpin-pemimpin
terdahulu. Jasa dan sumbangan Dato Onn Jaafar tidak boleh dipertikaikan.
Hasratnya untuk mengukuhkan perpaduan di Tanah Melayu tidak boleh disangsikan
langsung apabila beliau mencadangkan membukakan keahlian UMNO kepada bukan
Melayu. Cadangannya ditentang oleh orang Melayu dalam UMNO. Wajar. Pada ketika
itu masih ramai orang Melayu yang belum
nampak erti perpaduan dan perkongsian kuasa di negara ini.
Begitu
juga dengan tindakan kaum bukan Melayu yang tidak nampak langsung hasrat Dato
Onn Jaafar apabila beliau menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya ( Independence
Malaya Party). Matlamat beliau ialah untuk menyatukan semua kaum di Tanah Melayu
pada ketika itu ke dalam satu party IMP. Namun hasrat Dato Onn itu tidak
kesampaian. Ditolak oleh kaum Cina dan India.
Dan
apabila sampai ke zaman menuntut kemerdekaan, telah muncul satu isu yang amat
sukar diselesaikan ia itu isu kerakyatan. Bermakna isu yang membabitkan kaum.
Orang Melayu tidak setuju langsung isu kerakyatan dilaksanakan dengan cara
longgar sedangkan isu kerakyatan adalah isu penting yang menentukan kemerdekaan
negara. Atas dasar pemuafakatan, maka Raja-Raja Melayu telah bersetuju memberikan
kerakyatan kepada kaum bukan Melayu dengan syarat kaum bukan Melayu mengiktiraf
kedudukan istemewa orang Melayu.
Benih
perpaduan itu telah disemaikan dengan begitu teratur sekali. Cantik dan murni.
Generasi kini hanya diperlukan untuk menyuburkan. Jangan dibunuh benih yang
telah ditanam dengan subur ini. Perlembagaan Malaysia telah menetapkan bahawa
Raja-raja Melayu, Bahasa Melayu, agama Islam tidak boleh dikompromi. Maknaya
teguh dan tegap walau parti apa pun memerintah negara Malaysia.Kedudukan istimewa
orang Melayu masih termaktub dalam perlembagaan Malaysia dan tidak boleh
diperkotak-katikan. Cuma yang menimbulkan kemarahan rakyat mengenai perkara ini
ialah peruntukan ini telah digunakan oleh pemimpin Melayu yang tidak
bertanggungjawab memperkayakan diri dan kroni mereka.
Rasanya
sekali lagi aku tidak sependapat dengan Tun Mahathir. Aku yakin benar Malaysia
tidak akan terjadi seperti yang digambarkannya.
Mungkin
aku silap…..
Abuhassanadam
28
Julai 2013
No comments:
Post a Comment