Monday, July 1, 2013

KJ KATA SATU REALITI

KJ KATA SATU REALITI

Malaysiakini bertarikh 1 Julai 2013, melaporkan YB Encik Khairi Jamaluddin sebagai berkata, ‘“The incident is a reminder to us all that crime is a serious problem in our country.This problem is something that is real, not at all perception.I hope that all victims of crime and others remain steadfast, and to all, be always vigilant of your own and your family’s safety,”

Maknanya betullah apa yang diperkatakan oleh rakyat Malaysia sekarang ia itu mengenai rompakan, pecah rumah, ragut, dan berbagai bentuk ‘curi’ yang amat bermaharajalela di Malaysia kini. Walaupun majoriti rakyat mengatakan begitu ada juga pihak-pihak tertentu yang menafikan wujudnya keadaan sedemikian. Golongan ini masih berpegang dengan pandangan mereka bahawa itu hanya merupakan persepsi sahaja. Satu tanggapan. Nasib baik golongan ini tidak berkata bahawa ‘ itu hanya merupakan mimpi orang gila sahaja’. Nasib baik mereka tak kata begitu.

Aku tak tahu nak kata apa mengenai perkara ini sekiranya ada yang mengatakan bahawa keadaan itu hanya merupakan satu persepsi. Dan aku juga hairan mengapa ada pihak yang mengatakan begitu jikalau di kebanyakan taman-taman perumahan di Lembah kelang sudah wujud semacam ‘War Zone’ . Di sana sini sudah kelihatan ‘post-guard’ yang dilingkungi oleh kawat berduri yang amat menyusahkan pergerakan penghuni sekitar.

Mengaapa wujud keadaan sedemikian? Apakah penghuni di taman-taman perumahan sengaja ‘suka-suka’ mewujudkan ‘post –guard’ dan menggaji ‘abang-abang Bangla’ atau ‘Indon” untuk menjaga kawasan perumahan mereka. Yang anihnya kadang-kadang bukan satu post-guard dalam sesuatu taman di wujudkan. Di kawasan taman tempat aku tinggal  terdapat  dua post guard yang  mana ‘pak guard’nya bertugas dua puluh empat jam untuk menjaga ‘kesejahteraan’ penduduk di kawasan ini. Berbelas-belas orang pengawal digaji untuk mengawal kawasan ini, namun pencuri dan perompak tetap ‘bermaharajalela’ juga di kawasan ini.

Berbagai perancangan dan tindakan yang telah dilakukan oleh penduduk di sini khusus Persatuan Penduduk. Namun pencuri ‘memecah rumah’ juga. Hampir setiap bulan akan adalah kedapatan rumah yang dipecah masuk oleh pencuri. Pada musim cuti hari Raya yang lepas, empat buah rumah telah  berjaya dipecah masuk oleh pencuri dalam satu malam sahaja.

Rata-rata mangsa yang kena curi dikawasan perumahan aku ( termasuklah rumah aku juga ) mengatakan bahawa yang mencuri adalah warga Indonesia. Ini adalah berdasarkan loghat bahasa Melayu yang mereka gunakan semasa ‘berdailog’ dengan mangsa. Dan akhir-akhir ini sudah muncul pula kumpulan ‘pecah umah’ yang  baru yang datang dari Latin Amerika. Mexican, katanya.  Amat gagah dan professional. Aku katakan begitu sebab mereka boleh memikul peti besi keseorangan. Dan aku katakan professional kerana dapat memasukki rumah yang mempunyai pagar elektrik, mempunyai CCTV dan peralatan penggera sekali. Dalam kelengkapan yang sedemikian juga mereka dapat memasukki rumah jiran aku. Memang hebat.

Kumpulan berkenaan berjaya ditangkap oleh polis mengikut satu sumber yang boleh dipercayai.  Tetapi terlepas pula daripada  kawalan polis beberapa hari kemudian.

Aku teringat keadaan di kampung ketika aku masih kecil-kecil dulu. Tahun-tahun 50an dan 60an. Seingat aku bahawa rumah aku tidak pernah berkunci. Dan aku tidak pernah melihat ibu kunci rumah aku, sebab mungkin sememangnya tidak pernah berkunci. Dan tidak pula kedengaran  rumah aku dimasukki pencuri. Ataupun mungkin tidak ada apa yang hendak dicurinya dari rumah bapak aku. Orang miskin yang tidak memiliki barang berharga. Dengan sebab ituah tidak dimasuki pencuri.

Tetapi ada juga sebuah dua rumah orang yang agak berada di kampung aku. Tidak pula aku pernah mendengar yang rumahnya  ‘dimasukki ‘ pencuri. Apakah tidak ada pencuri di kampung pada ketika itu. Mustahil. Tetapi tidak ramai yang menjadikan ‘pencuri ‘ sebagai satu profession berbanding dengan keadaan kini yang hampir setiap masa kita akan menerima berita yang berkaitan dengan kecurian.

Kini pencuri dan perompak bukan sahaja bermaharajalela di bandar, malah  di kamppung-kampung juga sudah tidak selamat sepertimana yang berlaku pada zaman dahulu. Dimana silapnya.
·      Apakah kesilapan ini boleh diletakkan kepada sistem pendidikan kita yang menyebabkan anak-anak kita tidak takut dan bimbang untuk mencuri?
·      Apakah kedatangan beramai-ramai pendatang asing ke negara ini yang menyebabkan kegiatan merompak dan mencuri bermaharajalela?
·      Apakah kawalan pencegahan pihak berwajib yang lemah menyebabkan kegiatan sebegini berleluasa.
·      Ataupun mungkinkah lemahnya pegangan beragama masyarakat yang menyebabkan ahlinya sudah tidak takut lagi melakukan dosa terhadap manusia.

Aku tidak setuju sekiranya dikatakan bahawa proses pemodenan yang menyebabkan ahli masyarakat di Malaysia hilang arah dan melakukan kegiatan yang negatif seperti mencuri dan merompak. Tidak berleluasa kegiatan tersebut di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat atau United Kingdom atau Australia. Ada kecurian tetapi tidak ‘sehebat’ sebagaimana ynag berlaku di Malaysia sekarang.

Aku pernah diketemukan dengan satu peristiwa ‘ragut’ di sebatang jalan di London. Dalam sekejap mata sahaja si peragut dapat ditangkap oleh Polis dengan kerjasama orang ramai. Kecekapan polis London mengawal keadaan tidak boleh dipertikaikan langsung.
Sebenarnya polis di Malaysia pun boleh bertindak sedemikian.

Abuhassanadam
1 Julai 2013


No comments:

Post a Comment