Tuesday, July 23, 2013

PENGUNDI KUALA BESUT TIDAK BOLEH DIPERBODOHKAN

PENGUNDI KUALA BESUT TIDAK BOLEH DIPERBODOHKAN

Sejarah telah membuktikan bahawa pengundi di Kuala Besut tidak fanatik kepada parti-parti tertentu. Mereka akan mengundi mengikut selera dan pertimbangan mereka sendiri. Sejarah telah membuktikan bahawa mereka pernah meletakkan  calon PAS sebagai wakil mereka di Dewan Undangan Negeri Terengganu walaupun pada PRU 13 yang lalu, majoriti yang telah dimenangi oleh BN adalah dalam lingkungan 2000 pengundi.

Tidak juga boleh dijadikan ukuran bahawa pattern pengundian rakyat Terengganu akan  mengikut corak pencapaian dalam PRU 13. Peristiwa PRK Kuala Terengganu ekoran daripada kematian wakilnya selepas PRU ke 12 boleh dijadikan iktibar. BN memenangi  PRU 12 di kawasan Kuala Terengganu dengan agak  selesa tetapi tewas di tangan PAS apabila diadakan Pilihan Raya kecil. Bukankah keadaan sedemikian boleh memeningkan kepala pemimpin BN.

Maknanya para pemimpin BN tidak boleh merasa selesa dengan kemenangan BN di kawasan Kuala Besut yang diperolehi pada PRU 13 yang lalu yang mungkin akan kecundang pada PRK kali ini. Sekiranya trend yang sedemikian yang dijadikan panduan, maka PAS menaruh harapan yang cukup besar untuk memenangi PRK kali ini.

Sejarah telah membuktikan bahawa orang Terengganu mempunyai cara berfikir yang agak luar biasa. Apa tidaknya.

·      Perasaan kedaerahan orang Terengganu boleh dikatakan hampir tiada langsung diukur dari segi penerimaan mereka kepada pencalonan Dato Onn Jaafar yang bertanding di Kuala Terengganu Selatan pada suatu ketika dahulu. Dato Onn menang dalam pilihan raya berkenaan sedangkan beliau ialah anak Johor jati. Bertanding di Terengganu dan orang Terengganu memberikan undian kapadanya.
·      Dalam PRU11  rakyat Terengganu telah memilih parti PAS untuk menerajui kerajaan Terengganu setelah menewaskan Barisan Nasional . Dan dalam PRU 12 rakyat kembali semula menyokong kerajaan Barisan Nasional. ( Ada yang mengatakan bahawa kemenangan Barisan Nasional pada PRU 13 itu adalah melalui manipulasi pihak-pihak tertentu ). Sekali lagi rakyat Terengganu membuat perubahan drastik yang tentunya tidak diasangka oleh pemimpin dari luar Terengganu. Hanya orang Terengganu yang mengetahui hal sedemikian.
·      Dalam PRU 13 sekali lagi rakyat Terengganu cuba membuat kejutan. Sebenarnya boleh diagakkan bahawa rakyat Terengganu mahu mengembalikan semula Terengganu ke tangan PAS. Ini didasarkan kepada pencapaian PAS dalam PRU 13 yang lalu. Hampir seri 16-16 ataupun hampir PAS menewaskan BN.

Berdasarkan corak pengundian yang sedemikian tidak mustahil rakyat Terengganu di kawasan Kuala Besut akan membuat kejutan dengan mengundi calon PAS. Mengapa dikatakan demikian. Rakyat Terengganu tahu apa yang mereka lakukan. Mereka sedar tentang kesan dan akibatnya sekiranya mereka mengundi sesuatu parti. Mereka sudah tahu akan kesannya. Tetapi sebagai rakyat yang perihatin mereka ingin mencuba.

Rakyat Kuala Besut tahu yang Dewan Undangan Negeri Terengganu akan menjadi 16-16 sekiranya mereka memenangkan calon PAS. Dan sekiranya mereka terpengaruh dengan kempen UMNO yang mengatakan kerajaan akan menjadi tidak stabil sekiranya mereka membuat pilihan sedemikian, maka pengundi Kuala Besut akan mengundi BN.

Tetapi pengundi Kuala Besut adalah terdiri dari pengundi yang berfikiran rasional. Mungkin mereka terpengaruh dengan kenyataan pemimpin PAS yang mengatakan bahawa mereka bertanding dalam PRK ini bukan bertujuan untuk menang dan memerintah kerajaan Terengganu. PAS hanya mahu menjadi pembangkang yang kuat di DUN Terengganu supaya kehadiran mereka boleh dimanfaatkan oleh rakyat Terengganu seluruhnya.

Rakyat Kuala Besut mungkin ‘ termakan’ dengan hujah ini kerana yang dipentingkan oleh mereka adalah kesejahteraan rakyat. Rakyat Terengganu yang berlatarbelakangkan agama Islam yang kuat pastinya bukan pengundi yang bersifat materialistik. Mereka pastinya tidak terpengaruh dengan hadiah-hadiah yang diberikan kepada mereka, kerana mereka yakin bahawa PRK kali ini adalah sebagai penentu arah tuju kerajaan Terengganu yang sebenar. Samalah seperti mereka mengundi Dato Onn Jaafar pada  PRU suatu ketika dahulu. Mereka memberikan undi berdasarkan kefahaman dan erti pemilihan itu sebenar.

Atas dasar dan hujah yang sedemikianlah sepatutnya BN merasa bimbang dengan sikap pengundi Kuala Besut.

Tidak mustahil pengundi Kuala Besut ingin membuat kejutan sekali lagi….

Abuhassandam
23 Julai 2013



No comments:

Post a Comment