PARLIMEN MALAYSIA – MEDAN MAKI HAMUN!!...
Aku
kadang bertanya diri aku. Apakah beigitu caranya ahli parlimen kita menggunakan
bangunan yang mulia ini untuk melemparkan maki hamun kepada yang tidak disukai
oleh mereka. Aku yakin zaman pentadbiran Tunku Adul Rahman dulu, parlimen tidak
diperlakukan begitu oleh wakil parlimen yang dilantik oleh rakyat. Mungkin
mereka terdidik untuk menjadi ahli parlimen sebagaimana menepati erti kata yang
sebenarnya. Seeingat akulah ahli parlimen pada ketika itu amat terpuji walaupun
dari pihak penyokong kerjaan atau pembangkang. Rakyat Malaysia tentunya tidak
akan melupakan Tun Dr. Ismail, Tun Sambanthan , Tun Tan Siew Sin, Zulkifly
Mohammed dan Dato Asri haji Muda dan ramai lagi. Sumbangan mereka di parlimen
sentiasa dikenang oleh rakyat. Sampai sekarang.
Begitu
juga sikap terpuji yang ditunjukkan oleh ahli-ahli parlimen lain pada ketika
itu. Tidak pula kedengaran ‘keadaan’ dan sikap buruk setengah wakil rakyat
seperti yang ditunjukkan sekarang. Mungkin ada juga wakil-wakil parlimen yang
bersikap ‘biadab’ di parlimen pada ketika itu, tetapi tidak diketahui oleh
rakyat disebabkan terhadnya penyebaran berita oleh media massa. Namun begitu
jikalaupun ada peristiwa ‘biadab’ yang ditunjukkan oleh wakil parlimen, namun
tidaklah seperti yang berlaku sekarang. Terlalu kerap dan sudah merupakan
perkara biasa.
Amat
malang bagi negara dan masyarakat di Malaysia ialah kelakuan hodoh yang
ditunjukkan oleh setengah wakil rakyat yang biadab itu dipertontonkan kepada
khalayak ramai melalui TV dan akhbar. Tambahan pula kini saluran untuk
dipertontonkan gelagat mereka itu diperluaskan lagi dengan adanya sosial media
pula. Bukan setakat TV dan akhbar perdana. Dan akan diperhatikanlah oleh
anak-anak kita sikap pemimpin mereka tentang bagaimana ahli parlimen mereka beraksi di parlimen.
Tentulah
anak-anak merasa hairan melihatkan gelagat yang berlainan yang ditunjukkan oleh
wakil parlimen ketika ahli parlimen berkenaan merasmikan acara disekolahnya.
Bukan sahaja menampakkan perangai ‘kenabian’nya tetapi nasihatnya juga berunsur
‘kenabian’ seolah-olah mereka tidak melakukan sebarang kesalahan di dunia ini.
Jikalau dulu kita selalu menggunakan peribahasa, “ Jika guru kencing berdiri
maka muridnya akan kencing berlari” Aku fikir peribahasa ini sudah tidak sesuai
lagi dipakai. Perkataan ‘guru’ itu seharusnya ditukar kepada “YB”.
Padan
muka aku!!……Padan muka kamu juga!!…..padan muka rakyat Malaysia yang
bertanggungjawab memilih wakil parlimen sedemikian. Bukankah ada calon lain
yang turut bertanding selain dari calon-calon berkenaan yang bertanding dalam
PRU 13 dahulu. Mengapa rakyat memilih mereka. Apakah sengaja mahu menempah
bala? Mengapakah rakyat tidak serik-serik memilih wakil-wakil yang bersikap
demikian. Aku rasa kesalahan tidak harus diletakkan kepada wakil-wakil rakyat
semata-mata. Rakyat juga harus dipersalahkan kerana rakyat yang memilih mereka.
Rakyat yang mengundi mereka. Ataupun SPR yang salah yang membolehkan mereka
menang dalam pilihan raya yang lepas. Mungkin….
Maka
berulanglah cerita ‘ kerbau dan bangau’. Walau apapun rakyat Malaysia lah yang
sepatutnya dipersalahkan kerana memilih wakil-wakil rakyat yang bersikap
demikian. Dengan adanya beberapa peristiwa yang berlaku kini dan beberapa
peristiwa yang tidak menyenangkan berlaku menyebabkan semacam negara Malaysia
‘tidak begitu selesa’ untuk didiami. Mungkin apa yang aku rasa tidak dirasakan
oleh ramai orang. Lagipun Itu hanya merupakan persepsi dan perasaan aku dan
beberapa orang kawan yang sependapat dengan aku. Namun begitu Malaysia belumlah
lah seteruk seperti negara-negara yang
sudah ‘tenat’. Tetapi boleh dikatakan menuju ke arah itu sekiranya tidak
‘diubati’ segera. Dan aku berharap sangat pihak kepimpinan akan segera
memulihkan keadaan yang membimbangkan itu.
Tetapi
ada juga sebilangan kecil kawan dan rakan yang menyanjung kepimpinan negara
kini. Mereka memuji melambung apa yang telah dilakukan oleh kerajaan kerana
anaknya berjaya mendapat biasiswa untuk belajar ke luar negara walaupun dengan
kelulusan yang jauh lebih rendah berbanding dengan kelulusan anak Pak Alang aku
yang bekerja sebagai penoreh getah di kampung.
Seorang
lagi kawan aku bersungguh-sungguh menyanjung apa yang dilakukan oleh kerajaan
sekarang kerana ‘baik hati’nya kerajaan memberikan pinjaman wang yang begitu
lumayan kepadanya, kononya untuk membesarkan perniagaan keropok pisangnya. Aku tak
tahulah berapa besar perniagaan yang hendak ‘diperbesarkan’ itu. Yang aku dapat
lihat beliau telah pun membeli kereta baru setelah mendapat pinjaman daripada
kerajaan itu.
Sepupu
aku dikampung, ke sana ke mari memuji kebaikan pemerintah sekarang kerana
memberinya berbagai hadiah, terutama sebelum PRU 13 yang lalu. Wang BRIM RM
500.00 dia dapat, kain batik dia dapat. Itu belum lagi dikira beras, tepung,
susu, gula yang diberikan kepadanya. Ke sana ke mari dia mengatakan ‘pemurah
dan baik hatinya ‘ wakil rakyat di kawasan aku. ‘Baik sungguh!’ katanya.
Sehingga kini dia masih lagi ‘marah’ kepada sesiapa sahaja yang cuba
memburuk-burukkan kerajaan ‘yang dilantik oleh rakyat’.
Pak
Cu aku pula sentiasa memperkatakan keadaan ‘zaman Jepun’ dan ‘zaman Komunis’.
Dia boleh bercerita berjam-jam mengenai kedua-dua zaman berkenaan. Tentang
penderitaan yang dialami oleh rakyat . Kekurangan bahan makanan dan pakaian.
Dia akan ketawa bersendirian apabila dia menceritakan tentang orang kampung
berkain songket pergi ke sawah atau berjalan-jalan di kampung. Keadaan itu
berlaku disebabkan sudah tidak ada lagi pakaian lain untuk dipakai. Begitulah
susahnya keadaan pada petika itu. Dan beliau akan menutup ceritanya dengan
mengatakan, “ Janganlah berulang lagi keaadaan seperti zaman Jepun dan zaman
komunis itu……kerajaan yang memerintah sekarang dah elok dah…”
Pak
Cu, sepupu aku di kampung tidak tahu tentang penyelewengan dan penipuan yang
kononnya berlaku pada PRU 13 yang lalu.
Mereka juga tidak tahu tentang pembaziran wang negara yang dilakukan oleh
pihak-pihak tertentu semata-mata untuk dibahagikan kepada kroni-kroni tertentu.
Mereka juga tidak tahu bahawa perusahaan membela lembu sudah sampai ke peringkat
ratusan juta ringgit. Mereka hanya mampu membela seeokor atau dua ekor lembu
yang diberikan oleh kerajaan. Mereka tidak tahu bahawa ramai anak orang yang
berada juga mendapat biasiswa untuk belajar di luar negara walaupun keputusan
yang diperolehi jauh lebih rendah daripada keputusan Khadijah anak Pak Man di
kampung aku yang tidak pun diberikan biasiswa. Kini sedang belajar di pusat
giat MARA di bandar terdekat.
Padan
muka…….
Abuhassanadam
3
Julai 2013
No comments:
Post a Comment