BLACK 505 DAN KRISIS MESIR
Aku mengikuti perkembangan yang
berlaku di Mesir dengan penuh minat. Aku takut keadaan sedemikian berlaku di
Malaysia dan aku sentiasa berdoa agar keadaan sedemikian dijauhkan. Sekiranya
berlaku sedemikian, maka apa yang selalu dipesan oleh orang tua-tua kita tepat
sekali. “ Alah jadi abu menang jadi arang’.
Dan yang menghairankan kita ialah
keadaan seperti yang berlaku di Mesir itu berlaku juga di Syria, Libya dan
beberapa negara Islam lain. Apakah buruk benar ke perangai orang Islam
sehinggakan tidak henti-henti bergaduh sesama sendiri? Orang lain pastinya
sudah menganggap sedemikian terhadap orang Islam. Kalaupun tidak kesemua orang
Islam dianggap sedemikian, sekurang-kurangnya sudah merebak pandangan yang
sedemikian. Seperti jugalah anggapan yang mengatakan bahawa orang Islam itu
pengganas atau ‘Terrorist’.
Bagi aku tentulah boleh dikatakan
berjaya juga ‘tangan-tangan ghaib’ yang berperanan untuk memporak-perandakan
masyarakat Islam di dunia ini. Dan aku yakin
krisis yang berlaku di Mesir ini juga adalah merupakan campurtangan
‘tangan-tangan ghaib’ sedemikian juga. Apa tidaknya.
·
Presiden Mohamed Morsey adalah presiden Mesir yang sah. Dipilih
melalui pilihan raya. Bermakna rakyat Mesir yang memilihnya melalui pilihan
raya yang sah. BUKAN PILIHAN RAYA
TIPU!!....
·
Kemudian beliau digulingkan oleh tentera atas alasan tunjuk
perasaan yang berterusan oleh rakyat yang menentang beliau. Dan pihak tentera
campurtangan apabila diperhatikan ada penentangan yang dijalankan oleh pihak-pihak
yang menentang pimpinan Mohamed Morsey yang mendakwa pentadbiran Morsey tidak
berkesan.
·
Pentadbiran baru yang
dijalankan oleh Presiden Morsey hanya baru ‘setahun jagung’. Lebih kurang satu
setengah tahun. Bukan 55 tahun seperti di Malaysia. Pastinya terdapat berbagai
kesilapan dalam usaha untuk memulihkan ekonomi Mesir. Dan ini diakui oleh
Presiden Morsey sendiri yang beliau sedang berusaha. Cuma beliau memerlukan
sedikit masa untuk melaksanakan tugas itu.
·
Pihak penentang tidak sabar. Pihak tentera juga tidak sabar dan
seolah-olah tidak mahu bekerjasama dengan Morsey. Lantas beliau digulingkan.
Dan selepas beberapa hari, dilantik pula El Baradei, yang umum mengetahui amat
rapat dengan kepimpinan tentera.
·
Pelantikan El Baradei tentunya secara ‘haram’. Dilantik oleh
tentera dan bukannya dipilih melalui pilihan raya seperti mana pemilihan
Mohamed Morsey.
Rakyat Mesir pastinya akan terus
menerus berarak dan berdemonstrasi lagi. Pengikut Morsey pastinya tidak akan
menyerah dan pastinya akan mempertahankan pemimpin mereka yang dikenakan
tahanan dalam rumah. Akan bertambah lagilah jumlah kematian penunjuk-penunjuk
perasaan yang menetang pemmerintahan El Baradey selepas ini.
Melihatkan keadaan yang berlaku
di Mesir ini, aku tentunya teringat kepada keadaan yang sama juga berlaku di
Malaysia beberapa bulan sebelum ini. Aku terpaksa tabik dan menyanjung tinggi
sikap rakyat Malaysia yang mengambil bahagian dalam demonstrasi samada Black
505 atau Demonstrasi Bersih yang diadakan beberap kali di bandar Kuala Lumpur.
Walaupun beberapa kali diadakan demosntarsi namum tidak berlaku sebagaimana
yang berlaku di Mesir atau di Syria atau di Libya. Tidak ada kehilangan nyawa.
Semuanya berjalan dengan aman mengikut lunas-lunas undang dan peratura yang
ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia.
Namun begitu kadang-kadang sikap
‘baik hati’ dan ‘ bersopan santun’ rakyat Malaysia ini diambil kesempatan oleh
pihak-pihak tertentu yang merasakan bahawa mereka berkuasa dan mereka boleh
melakukan apa sahaja yang mereka suka. Kadang-kadang ternampak seolah-olah
mereka berpegang pada prinsip ‘ anjing menyalak bukit, tentunya bukit tidak
akan runtuh..’
Pihak-pihak tertentu di Malaysia
seolah-olah tidak mempedulikan langsung beberapa sungutan rakyat. Terlalu
banyak. Kadang-kadang para pemimpin kita seolah-olah menganggap bahawa rakyat
buta dan tidak melihat penyelewengan yang mereka lakukan. Mereka seolah-olah
menganggap bahawa rakyat Malaysia pekak belaka kerana tidak mendengar kisah
penyelewengan yang mereka lakukan. Dan yang ‘menyakitkan hati’ rakyat terbanyak
ialah adanya pemimpin yang sentiasa memekakkan telinga dan berpegang bahawa, ‘
rakyat adalah seperti anjing yang menyalak bukit, yang pastinya bukit tidak
akan runtuh’.
Berasaskan kepada beberapa
demonstrasi yang dijalankan jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia dari semua
kaum tidak suka kepada pergaduhan dan permusuhan. Apa yang mereka lakukan
adalah mengikut lunas-lunas demokrasi. Mengadakan tunjuk perasaan adalah
sebagaian dari kehendak sistem demokrasi. Dan itu yang mereka lakukan. Tidak
pula terdapat kemusnahan harta benada atau pertumpahan darah ( sehingga membawa
kepada kehilangan nyawa) apabila rakyat Malaysia mengadakan tunjuk perasaan.
Perhimpunan Black 505 amat jelas
mesej yang disampaikan oleh rakyat Malaysia kepada dunia. Walaupun diadakan dibeberapa tempat,
namun tidak terdapat kejadian-kejadian yang tidak diingini seperti yang berlaku
di negara-negara Timur Tengah dan di Afrika. Maknanya rakyat Malaysia amat ‘civilised’.
Tahu erti ‘beradab’ dan ‘peradaban’.
Namun begitu pihak pemerintah
pula seharusnya memahami erti ‘beradab’ sepertimana yang difahami oleh rakyat
terbanyak. Pihak pemerintah atau pihak berwajib seharusnya mendengar rintihan
rakyat dengan hati penuh terbuka dan bukan memekakkan telinga dan cuba
menafikan apa saja yang disuarakan oleh rakyat. Rakyat terbanyak pastinya
menyatakan sesuatu yang tidak betul sekiranya didapati sebenarnya apa yang
dilakukan oleh piahk tertentu itu sememangnya tidak betul dan tidak kena.
Persitiwa hitam yang berlaku di
Mesir boleh dijadikan iktibar kepada kita rakyat Malaysia. Bukan sahaja sebagai
peringatan kepada kerajaan yang memerintah tetapi juga kepada rakyat yang
cintakan perdamaian. Sekiranya kerajaan bertindak secara beradab dan
‘civilised’ terhadap rakyat maka sambutan rakyat terhadap kerajaan juga begitu.
Diharapkan janganlah berlaku
sebaliknya.
Abuhasaanadam
7 Jun 2013
No comments:
Post a Comment