ALANGKAH
HINANYA BANGSAKU – MELAYU
Laporan
‘Malaysiakin’ bertarikh 24 Julai 2013
melaporkan tentang kisah pengundi di Kuala Besut yang berbaris dihadapan rumah
dua orang ketua kampung untuk menagih wang saguhati. Kononnya wang itu adalah
sebagai bayaran duit tambang bagi pengundi-pengundi yang berada di luar kawasan
Kuala Besut. Dilaporkan juga wang yang diharapkan adalah antara RM 50 ( bagi
yang tinggal disekitar Kota Baru dan RM 200 bagi yang datang dari Kuala
Lumpur). Ini sudah merupakan amalan pihak tertentu untuk memberikan ‘ sumbangan ‘ ketika diadakan PRU atau PRK.
Berbagai
alasan boleh dikemukakan untuk meyakinkan kita bahawa wang sumbangan itu bukan
digunakan untuk menyogok pengundi untuk menyokong parti-parti tertentu. Banyak
alasan boleh diketengahkan. Namun rakyat tahu dan pasti bahawa ‘sumbangan’
sedemikian adalah untuk sogokan. Pasti. Sebab sudah banyak kali kedengaran
peristiwa sedemikian dan majoriti rakyat amat tahu tektik sedemikian kerana
ramai juga yang diketemukan dengan keadaan sedemikian.
Aku
rasa bukan aku seorang yang sedih membaca kisah orang yang berbaris ( yang sebangsa
dengan aku- Melayu ) di hadapan rumah Penghulu untuk menuntut ‘sumbangan ‘. Sudah lama benar perasaan ‘terhina’ ini
terbenam dalam benak kepala aku terutama apabila menjelangnya PRU atau PRK yang
berkaitan dengan sikap pengundi yang sebangsa dengan aku- Melayu. Ada juga pengundi kaum bukan Melayu yang
berperangai sedemikian, namun mungkin bilangan mereka tidak ramai dan tidak
begitu ketara perbuatan mereka itu.
Ada
kaum Cina dan India yang berperangai sedemikian. Tetapi bilangan mereka tidak
ramai. Dan mengenai kaum Cina pula, umum
merasakan bahawa mereka amat susah untuk ‘dibeli’ apatah lagi untuk ‘dilelong’ seperti bangsa aku – Melayu. Liha
sahaja keputusan PRU 13 yang lalu telah mempelihatkan sesuatu yang luar biasa
sehinggakan DS Najib sendiri mengakui tentang berlakunya ‘Tsunami Cina’ apabila
pengundi Cina menolak BN dalam PRU 13 berkenaan, walaupun berbagai projek dan
sumbangan diberikan kepada mereka. Maknanya mereka boleh membezakan antara
prinsip perjuangan dan ‘pemberian sumbangan’. Mereka faham bahawa sememangnya
tugas kerajaan yang memerintah untuk membantu rakyat dan tugas rakyat pula untuk
menentukan parti yang sepatutnya memerintah. Mereka faham bahawa pilihan mereka
adalah muktamad dan tidak boleh dipengaruhi oleh sumbangan dan sogokan.
Ini
agak berbeza dengan sikap setengah orang Melayu. Aku tidak dapat menentukan
jumlahnya – kecil ke atau besar ke. Tetapi hakikatnya umum merasakan memang
agak ramai lagi orang Melayu yang bersikap demikian. Apa tidaknya.
·
Kononnya dengan menerima sehelai kain batik
atau sehelai kain pulikat sudah boleh mengubah pendirian seseorang pengundi
Melayu – bangsa aku ler tu.
·
Ada juga aku dengar kisah pengundi yang sebangsa
dengan aku – Melayu yang berkobar-kobar semangatnya sebelum menerima seguni beras yang
disumbangkan oleh parti politik tertentu. Tetapi setelah menerima sumbangan
demikian, terus ‘cair’ dan ‘luntur’ dan terus pula boleh ‘dicucuk’ hidung.
Selama
mana lagi agaknya bangsaku boleh dibeli dengan harga yang amat murah ini. Orang
Melayu sudah terlalu lama dikenali sebagai satu bangsa yang amat ‘lembut’ hati
dan perasaanya dan paling tinggi budi dan bahasanya. Mungkinkah atas faktor
sedemikian ke agaknya yang menyebabkan orang Melayu boleh dibeli dan digadaikan
dengan harga yang amat murah itu? Mungkin kah begitu. Dan orang Melayu juga
tidak habis-habis dihina dan ‘terhina’ oleh orang lain disebabkan sikapnya yang
‘lemah-lembut’ dan tinggi budi bahasa itu.
Orang
Melayu adalah satu bangsa yang baik hati, berbudi tinggi…..
Seolah-olah
itu saja lah perangai orang Melayu yang
boleh dicontohi. Sejak zaman berzaman orang Melayu dihina dan dicaci.
Sekiranya ada pujian tentang orang Melayu oleh kaum yang bukan Melayu, hanya
bermuka-muka sedangkan dibelakang penuh dengan cacian. Lihat saja apa yang
telah diperkatakan oleh penulis-penulis Barat mengenai orang Melayu. Penuh
dengan kutukan dan keji. Orang Melayu digambarkan sebagai bangsa yang suka kepada
hiburan, sambil lewa, malas, tidak tekun dan serious dalam sesuatu kerja dan
berbgai-bagai kutukan yang lain. Dan semuanya telah kita ‘telan’ dan kita terus
bersabar menerima kutukan sedemikian.
Namun
begitu, apabila kita lihat secara kritikal sememangnya ada juga benarnya
kata-kata yang diperkatakan oleh penulis barat itu, walaupun tidak semua orang
Melayu yang sedemikian. Sekurang-kurangnya ramai juga yang begitu. Kita merasa
‘terbela’ disebabkan kita tinggal di sebuah negara yang majoritinya orang Melayu
yang menyebabkan orang bukan Melayu merasa segan silu untuk menyatakan sesuatu
yang negatif mengenai bangsa Melayu.
Sekurang-kurangnya untuk menjaga hati. Dan kebanyakan pemimpin kita ( Melayu )
pula seolah-tidak ikhlas untuk menyatakan sesuatu yang benar mengenai bangsa
Melayu. Sekurang-kurangnya mengenai sikap buruk orang Melayu. Ataupun
mungkinkah pemimpin Melayu yang mengajar orang Melayu bersikap jelek itu.
Hanya
Tun Dr. Mahathir yang pernah menyatakan pada suatu ketika yang beliau agak kecewa
dalam pentadbiranya kerana tidak dapat membuat perubahan drastik kepada orang
Melayu yang menyebabkan kebanyakan orang Melayu masih berada ditahap lama.
Oleh
itu apakah sebenarnya erti ‘Melayu Baru’ yang pernah suatu ketika dahulu
diwar-warkan oleh para pemimpin negara kita. Dari peringkat pusat sehinggalah
ke ceruk-ceruk kampung terpencil, perkataan ‘Melayu Baru’ telah menjadi buah
mulut masyarakat Melayu. Dari Perdana Menteri sehinggalah ke Pengerusi JKKK.
Semuanya ‘mendendangkan’ slogan ‘Melayu Baru’
Kadang-kadang
aku terfikir pula dan lantas menyoal diri aku,
·
Ke mana perginya ‘Melayu Baru’ itu?
·
Apakah ‘Melayu Baru’ itu sebenarnya terdiri
dari orang Melayu yang sudah tidak segan-segan lagi bercakap bohong, menipu,
bermuka tebal, tidak segan-segan mengambil wang haram, sudah tidak segan-segan
menggunakan kedudukan dan pangkat menipu rakyat?..........
Sebagai
orang Melayu tulin, aku kadang-kadang merasa malu menjadi orang Melayu.
Abuhassanadam
25
Julai 2013
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete