BERSIH 4 - MENYATUKAN RAKYAT MALAYSIA MENENTANG
KEZALIMAN
Walau
apa pun komen negatif yang diberikan terhadap Bersih 4, aku berani mengatakan
bahawa Bersih 4 telah menelurkan ‘kejayaan’ yang bukan kepalang kepada rakyat
Malaysia, apatah lagi apabila kelihatan Tun Mahathir sendiri yang sanggup
‘mencemar duli’ hadir untuk bersama-sama dengan ‘anak muda’ yang berani
memperjuangkan kebenaran demi untuk kelangsungan negara tercinta ini.
Keadiran
Tun Mahathir itu besar ertinya kepada perjuangan anak muda ini kerana seingat
aku Tun Mahathir adalah antara tokoh negara yang merasakan bahawa tunjuk
perasaan sebegini merupakan kegiatan sia-sia yang bukan merupakan amalan rakyat
Malaysia. Kini mungkin beliau telah merasakan bahawa inilah sahaja caranya bagi
rakyat melahirkan perasaan tidak puas hati terhadap pentadbiran kerajaan yang
dirasakan bahawa banyak yang ‘tidak kena’ dilakukan oleh pentadbiran negara
kini. Tentunya anak muda begitu teransang dengan kehadiran Tun Mahathir itu.
Terima kasih Tun.
Yang
paling membanggakan aku sebagai orang tua ialah penglibatan anak muda dari
semua kaum ‘memperjuangkan’ tanah air mereka dari ‘dinodai’ oleh pemimpin yang
tidak bertanggung jawab. Jikalau selama ini ramai golongan tua yang merasakan
bimbang dan ragu-ragu tentang sikap anak muda yang diarasakan kurang
bertanggungjawab untuk memelihara dan meneruskan perjuangan membela negara,
maka dengan kehadiran begitu ramai anak muda dari semua bangsa dan keturunan
memberikan gambaran dan keyakinan bahawa negara ini akan terselamat menempuh
hari depannya.
Jelas
menampakkan bahawa rupanya anak muda Malaysia sememangnya anak muda yang
bertanggungjawab. Rupa-rupanya yang megadu domba dan ‘melaga-lagakan’ anak-anak
kita adalah pemimpin yang tidak bertanggungajwab yang seolah-olah amat
‘runsing’ dengan perpaduan yang tersemai dikalangan bangsa Malaysia. Sehingga
semalam masih terdengar lagi kisah bagaimana ada setengah pemimpin yang
merasakan bahawa kurangnya penglibatan orang Melayu dalam Perhimpunan Bersih4.
Menampakkan begitu ceteknya pemikiran setengah pemimpin yang melihat semua
perkara yang berlaku di Malaysia kini perlu dilihat dari sudut dan kaca mata
perkauman. Amat malang sekali.
Apakah
para pemimpin negara kita tidak berbangga melihatkan gelagat anak-anak muda
kita dari semua kaum dan keturunan mengibarkan ‘Jalur Gemilang’ dan menyanyikan
‘Negara ku’ dengan penuh semangat cinta kepada negara? Apakah para pemimpin
kita tidak kagum dengan sikap yang ditunjukkan oleh anak-anak muda kita yang
berhimpun dalam keadaan aman, tanpa
sebarang insiden buruk yang tidak diingini berlaku. Bayangkan betapa bermaruah
dan tertibnya anak muda kita (anak muda Malaysia) dalam jumlah ratusan ribu
dapat berkumpul menyatakan ‘hasrat’ tanpa sebarang perkara buruk berlaku.
Berbanding
dengan anak-anak muda dari negara-negara lain yang mengadakan perhimpunan yang
serupa, pasti menelurkan berbagai perkara buruk. Malah ada yang sampai
menumpahkan darah dan keroskan harta benda awam. Tetapi hal yang sebegini tidak
berlaku kepada anak muda Malaysia. Syabas anak-anak semua!!!!......
Mungkin
betul juga anggapan setengah pihak yang mengatakan bahawa berlakunya berbagai
perkara yang tidak diingini dalam perhimpunan yang terdahulu disebabkan oleh
wujudnya anasir jahat ( bukan dari kumpulan Bersih) yang sengaja mahu
menimbulkan huru hara untuk menggagalkan sesuatu perhimpunan. Dan sebarang
kesalahan diletakkan kepada peserta Bersih. Telah semacam terbukti benar
hakikat ini memandangkan tentang adanya ‘ura-ura’ pihak tertentu yang cuba
menimbulkan huru hara dengan menganggu-gugat perhimpunan Bersih 4 ini. Namun
dengan kecekapan dan mungkin dengan ‘keikhlasan’ pihak polis maka percuabaan
sedemikian dapat dipatahkan. Dan ‘wujdud’lah suasana aman dan tenteram dalam
Perhimpunan Bersih 4 itu.
Pihak
kerajaan sepatutnya sudah lama sedar tentang
tindakan mereka yang amat pincang dalam mentadbirkan negara. Dan dengan
‘isyarat’ yang ditunjukkan oleh anak-anak muda ini para pemimpin harus lebih
sedar dan ‘insaf’ dengan kezaliman yang telah dilakukan oleh mereka. Janganlah
merasakan bahawa segala tindakan pemimpin negara tidak ‘dilihat’ dan tidak
diketahui oleh rakyat. Janganlah diperkecilkan kemampuan anak muda dalam
melihat apa yang sedang berlaku dalam pentadbiran negara kini. Dan buangkan lah
jauh-jauh anggapan yang merasakan bahawa anak-anak muda di negara ini bodoh
semua dan boleh diperkotak-katikan.
Perhimpunan
Bersih 4 telah menyerlahkan segaal-galanya. Bukan sahaja mereka ingkar mematuhi
arahan supaya jangan berhimpun malah mereka ‘mempersetankan’ arahan supaya
jangan memakai T-Shirt berwarna kuning. Dengan jelas menunjukkan bahawa segala
arahan hanya akan diikuti dan dipatuhi oleh rakyat sekiranya arahan itu
munasabah dan tidak menyusahkan. Tetapi sebaliknya sekiranya rakyat merasakan
bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan tidak menyenangkan perasaan dan hati
rakyat, maka rakyat akan bangun. Itu yang dikatakan oleh Tun Siti Hasmah
sebagai ‘the peroples power’.
Yang
amat membanggakan lagi ialah penglibatan para pelajar yang amat ramai dari
pusat-pusat pengajian tinggi yang berani ‘menentang’ arahan yang dikeluarkan
oleh Naib Canselor supaya tidak hadir Perhimpunan Bersih 4. Memang tidak masuk
akal arahan berkenaan kerana Perhimpunan Bersih 4 adalah untuk mereka
menyatakan perasaan mereka tentang pemerintahan kini. Apa yang berlaku kini
akan menentukan masa hadapan mereka. Lantas amat perlu bagi mereka untuk hadir
bagi menentukan masa depan mereka.
Syabas
anak muda Malaysia. Kekalkan perpaduan yang ada dikalangan anda demi bangsa dan
negara Malaysia tercinta. Persetankan segala anasir yang cuba mengahalang
perpaduan yang murni itu.
abuhassanadam
30 Ogos 2015
No comments:
Post a Comment