DAPATKAH PRINSIP ‘CASH IS KING’ MENYATUKAN SEMULA
UMNO?
Maknanya
UMNO sememanggnya berpecah. Seluruh dunia akan tertawa sekiranya ada ‘pemimpin’
UMNO yang mengatakan bahawa UMNO masih kukuh dan kuat. Akan ditertawakan
sekiranya ada yang mengatakan UMNO kini masih bersatu padu. Sudah kelihatan
jelas bibit perpecahan yang berlaku. Berdasarkan kepada komen dan kritikan di
medan media sosial dengan jelas menampakkan tentang perpecahan dalam UMNO kini.
Pepecahan
dalam UMNO kini agak luar biasa. Bukannya perpecahan antara Team A dan Team B
ataupun bukan disebabkan kewujudan ‘serpihan’ sebagaimana yang berlaku dalam
tahun-tahun 1980an tetapi perpecahan dalam UMNO kini berpunca daripada
‘kerenah’ dan isu yang berkisar disekeliling pemimpin tertinggi UMNO sendiri ia
itu DS Najib sendiri yang bertindak seolah-olah membelakangkan ‘rakan-rakan’
dalam Majlis Tertinggi UMNO itu sendiri. Dan lebih meruncingkan lagi ialah
apabila DS Najib ‘sampai hati’ menyingkirkan timbalannya, TS Muhyiddin Yassin.
Walaupun
bersungguh-sungguh dinafikan tentang kewujudan isu IMDB dan ‘RM 2.6 biliion’
namun ahli UMNO semakin luntur keyakinan mereka kepada beberpa kenyataan ‘penyokong-penyokong’
DS Najib yang masih terus menerus memepertahankan hujah mereka, walaupun segala
hujah-hujah mereka itu ‘ditertwakan’ lojiknya. Justeru ahli UMNO semakin yakin
dan percaya dengan apa yang diperkatakan oleh komentar melalui media sosial.
Tambah merenggangkan ahli UMNO kepada parti kesayangan mereka ialah beberap
komen yang berunsur negatif yang dipaparkan oleh media ‘kesayangan UMNO’ sendiri
yang sudah ‘seirama’ dengan ‘suara-suara’ yang disuarakan melalui media sosial.
Seorang ‘pemimpin’ UMNO dari Sabah mengatakan bahawa
keadaan perbalahan yang berlaku dalam UMNO kini tidak seteruk dan seruncing yang
berlaku pada tahun-tahun sebelumnya. Maknanya ‘pemimpin’ berkenaaan mengakui
bahawa sebenarnya UMNO kini sedang berpecah dan berbalah dan bukan lagi retak.
Ataupun mungkin ‘retak’ menunggu ‘belah’.
DS
Najib kerap kali menyatakan bahawa UMNO ‘solid’ menyokongnya dalam usahanya
untuk menyelesaikan masalah IMDB dan tuduhan yang mengatakan bahawa akaun
peribadinya memiliki wang sebanyak RM 2.6 billion. Lantas beliau tidak perlu
bimbang dengan kedudukannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tidak akan ‘goncang’.
Maknanya DS Najib dan ahli-ahli UMNO ( yang masih memberikan sokongan
kepadanya) hanya mementingkan jawatan dan kedudukan dan ‘mempersetankan’ saja
apa yang berlaku kepada negara, samada akan ‘jatuh’ atau pun akan ‘rebah
tersungkur’.
Walaubagaimana
pun DS Najib dan beberapa orang ‘pemimpin’ tertinggi UMNO masih yakin dengan
falsafah ‘cash is king’ yang telah buat sekian lama berjaya ‘menyatukan’
ahli-ahli UMNO untuk terus menyokong kepimpinan dalam memenangi beberapa
pilihan raya di negara ini. Kenyataannya yang berbunyi
"What is
happening is that they keep quiet when they get the money but when I'm being
attacked, everyone keeps quiet," (Petikan dari The Straits Times Sinagpre)
membayangkan babahawa sememnagnya penggunaan wang adalah berleluasa yang damalkan
oleh kepimpinan UMNO untuk menyatukan ahli UMNO.
Akhbar ‘ The Straits Times
Singapore’ dalam artikel bejodol, ‘ Najib chides UMNO leaders for not backing
him on fund issues’ ada menyatakan bahawa, ‘Datuk Seri Najib, noting that it
was his responsibility as party chief to raise funds and disburse them to the
divisions, yesterday chided party leaders for keeping silent over the
controversy surrounding the massive transfer of funds to his personal bank
accounts”. Penjelasan ini menampakkan bahawa semacam DS Najib selaku pemimpin
UMNO sememangnya menggunakan wang untuk ‘menghidupkan’ parti UMNO dan
menyatukan ahlinya melalui falsafah ‘cash is king’.
Tidak dapat dinafikan bahawa semua
parti politik memberlukan dana yang besar bagi mengaktifkan sesuatu organisasi,
namun apabila timbulnya isu ‘RM 2.16 billion’ dalam akaun peribadi DS Najib
memberikan gambaran kepada rakyat ( yang bukan ahli UMNO) bahawa pemimpin UMNO
sememangnya hidup mewah menggunakan wang ‘yang dikatakan dihadiahkan itu’.
Diakui oleh DS Najib sendiri hal yang demikian
Besar kemungkinannnya UMNO akan
berpecah selepas ini disebabkan kurangnya ‘minyak pelincir’ yang akan
melicinkan perjalanan Bahagian dan Cawangan UMNO di seluruh negara. Mungkin. Sebagaimana
yang diketahui bahawa perjuangan ahli UMNO kini adalah untuk mendapatkan
‘habuan’ dan terlalu sedikit bilangan pemimpin UMNO kini yang berjuang untuk
bangsa, negara dan agama seperti mana perjuangan pejuang UMNO lampau. Mungkin
hanya sebagai ‘menanam tebu di bibir sahaja’.Mungkin agak keterlaluan aku
membuat kesimpulan sedemikian tetapi hakikatnya
sememang begitulah. Hakikat ini diakui oleh rakan-rakan dalam UMNO yang
tidak segan silu menyatakan bahawa mereka ‘berada’ dalam UMNO hanyalah untuk
mendapatkan ‘habuan’ yang lumrahnya disediakan.
Aku yakin bahawa UMNO akan ‘bertaut’
semula setelah mengalami zaman ‘perpecahannya’, tetapi bukan mudah
melaksanakannya. Selagi tidak diselesaikan kemelut yang melanda kini maka
selagi itulah perpecahan dalam UMNO akan terus berlaku. Ada yang menyatakan
bahawa penyelesaiannya ialah dengan mengadakan Persidangan Agung UMNO
Tergempar’ untuk menyelesaikannya. Dan tentu juga yang ‘berkepentingan’
merasakan cadangan sedemikian tidak wajar kerana berkemungkinan akan ‘tergetak’
dan ‘terkeluar’ dari status-quo.
Ada juga yang mengatakan bahawa
‘barah’ yang menyebabkan berlakunya perpecahan dalam UMNO kini adalah berpunca
daripada DS Najib sendiri. Lantas tindakan DS Najib sendiri adalah amat penting
bagi menyelesaikan kemelut itu. Dan tentulah ada juga yang merasakan bahawa DS
najib harus berundur demi menyelamatkan UMNO yang ‘retak’ kini dari terus
‘pecah berderai’. Dan bukan juga merupakan satu keputusan yang mudah untuk
diambil oleh DS Najib sendiri dan ‘rakan-rakan’ yang ‘mengelilingi’ beliau.
Akhirnya, apakah prinsip ‘cash is
king’ akan terus diamalkan oleh para pemimpin UMNO untuk terus menerus
memantapkan perpaduan UMNO. Mungkinkah ‘simpanan’ RM 2.6 billion itu akan
digunakan untuk tujuan berkenaan.Apakah pengamalan prinsip demikian sesuai
dalam semua keadaan?
abuhassanadam
11 Ogos 2015
Malaysia becomes Land of SUDDENLY…….
ReplyDelete1 Suddenly … Jho Low cannot be found
2 Suddenly … Justo nobody wanted
3 Suddenly … DPM got sacked
4 Suddenly … AG replaced
5 Suddenly … Special Brach Director replace
6 Suddenly … the loudest defender of Najib become Ministers
7 Suddenly … PAC chairman appointed to the cabinet
8 Suddenly … old Bukit Aman burned down
9 Suddenly … 2.6 billion become Donation
10 Suddenly … pieces of MAS fight was found
11 Suddenly ... Two MACC director no transfer
12 Suddenly ... We Merdaka from Umno
King,
ReplyDeleteTerima kasih. "findings' yang menarik.
Pak Abu