BILA ‘JALUR GEMILANG’ TIDAK BERKIBARAN
Tentulah
timbul rasa yang amat sedih apabila tidak melihat ‘Jalur Gemilang’ berkibaran
di tanah tempat kelahirannya terutama dalam suasana negara menyambut
kemerdekaan . Samada di jalan-jalan raya ataupun di kawasan perumahan, terlalu
kurang kelihatan ‘Jalur Gemilang’ berkibaran kini. Suasana sedemikian amat
berbeda dengan keadaan negara menyambut kemerdekaan pada tahun-tahun 1990an
dulu.
Pada
ketika itu dapat aku bayangkan suasana yang begitu riang dan bangga ketika
menjelang hari kemerdekaan. Seolah-olah setiap rakyat Malaysia merasa bersalah
sekiranya tidak bersama-sama menyambut kemerdekaan. Seolah-olah rakyat Malaysia
merasakan tidak adil pada dirinya sekiranya ‘Jalur Gemilang’ tidak dikibarkan
samada di kereta atau di rumah atau di mana sahaja yang boleh dipamerkan ‘Jalur
Gemilang’ sebagai tanda sayang dan bangga kepada negara Malaysia yang tercinta.
Mengapa
keadaan sedemikian sudah tidak wujud lagi di Malaysia kini. Mengapa? Amat sukar
untuk melihat walau pun sebuah kereta di Lebuhraya Persekutuan yang mempamerkan
‘Jalur Gemilang’ di atas keretanya. Hampir tidak ada. Jikalau pun ada sebuah
kereta yang mempamerkan ‘Jalur Gemilang’ akan diiringi dengan kata-kata ‘ Umno
kini dan selama-lamanya’. Terfikir di kepala aku, ‘apakah ‘jalur Gemilang’ ini
hanya milik segelintir manusia yang menggelarkan diri mereka ahli UMNO?
Mungkin
rakyat Malaysia umumnya merasakan tidak perlu mempamerkan ‘Jalur Gemilang’ di
kereta-kereta mereka. Soalnya mengapa bersikap begitu. Apakah rakyat Malaysia
sudah tidak sayangkan lagi negara tercinta ini? Apakah mereka sudah tidak
merasa sedih melihatkan ‘Jalur Gemilang’ begitu ‘dipersia-siakan’, sedangkan
‘Jalur Gemilang’ adalah sebagai lambang kemegahan bangsa Malaysia.
Tetapi
jika diperhalusi, mengapa pula rakyat Malaysia begitu menyanjung dan
mengaggungkan ‘Jalur Gemilang’ pada suatu ketika dahulu. Tahun-tahun 1990an
misalnya. Seingat aku perasaan rakyat Malaysia begitu sayang dan mengaggungkan
negara Malaysia sehinggakan pegibaran bendera sebagai satu cara mereka
menumpahkan taat setia kepada negara. Anak-anak zaman ini tentunya akan kagum
sekiranya dapat melihat video yang menggambrakan bagaimana rakyat Malaysia
menyambut kemenangan Malaysia dalam pertandingan Thomas Cup menewaskan Indonesia
dalam pertandingan akhir pada awal tahun 1990an. Seluruh negara begitu bangga
sekali menyanyikan ‘Negaraku’ disamping mengibarkan ‘Jalur Gemilang’ disamping
memuji dan memuja Tun Siti Hasmah (isteri Perdana Menteri) yang berada
bersama-sama menyaksikan pertandingan berkenaan.
Bagi
aku itu merupakan salah satu episod dalam sejarah Malaysia yang boleh
menggambarkan perpaduan bangsa Malaysia yang begitu utuh dan kukuh. Seolah-olah
tidak ada lagi ‘batu penghalang’ yang boleh menghalang pembentukan bangsa
Malaysia yang bersatu padu. Semacam sudah terlerai segala bentuk rintangan
untuk kita mewujudkan bangsa Malaysia. Semacam sudah tidak ada lagi ‘manusia’
di Malaysia yang bergelar Melayu atau Cina atau India atau Kadazan atau Iban di
negara ini. Semuanya anak Malaysia. Bangsa Malaysia dalam ertikata
sebenarn-benarnya telah wujud. Perasaan hormat menghormati antara satu sama
lain telah tersemai.
Tetapi
soalnya mengapa sudah tidak wujud lagi keadaan sedemikian di negara kita kini.
Semacam begitulah keadaaannya.
Aku
merasakan bahawa untuk menentukan sayang tidaknya rakyat kepada negara dan
bangga tidaknya rakyat ketika mengibarkan “jalur Gemilang’ terletak kepada cara
pemerintahan yang dijalankan oleh para pemimpin di negara ini. Maknanya
bergantung kepada tindakan para pemimpin dalam menjalankan pentadbiran
mentadbirkan negara yang tercinta ini.
Satu kajian oleh Social media firm Politweet, yang membuat kajian terhadap
193,893 tweets daripada 79,949 pengguna internet mendapati bahawa ‘most
netizens distrust Putrajaya and Prime Minister Najib Abdul Razak over 1MDB and
the RM2.6 billion in the premier’s bank accounts’. Walaupun bukan menggambarkan
perasaan seluruh rakyat Malaysia tetapi dapat juga memberikan ‘jawapan’
sekurang-kurangnya mengapa rakyat memandang sepi terhadap usaha menyambut kemerdekaan
negara” Malaysiakini – 20 August 2015.
Mungkinlah
banyak faktor-faktor lain yang menyebabkan rakyat ‘menunjuk perasaan’ dengan
cara mereka tersendiri terhadap berbagai tindakan kerajaan yang agak
menyusahkan rakyat. Pengenalan cukai GST masih lagi menguasai kehidupan rakyat
yang menyebabkan kehidupan rakyat agak tertindih. Berbanding dengan kehidupan
segelintir kumpulan rakyat yang kelihatan begitu mewah dan bahagia sekali
menggunakan wang negara dengan sewenang-wenangnya seolah-olah wang yang
digunakan oleh mereka itu seperti wang pusaka peninggalan datuk nenek mereka.
Rakyat
tidak buta melihat penyelewengan sedemikian. Rakyat menderita dengan berbagai
tekanan yang dikenakan. Dengan demikian cara rakyat melahirkan ‘penentangan’
mereka kepada kerajaan adalah dengan cara yang berbagai-bagai. Salah satu
caranya ialah dengan tidak mengibarkan ‘Jalur Gemilang’. Mungkin mereka
merasakan apa perlunya berbuat demikian sedangkan ‘hati dan perasaan mereka
hancur lebur’ akibat tindakan pemimpin yang tidak bertanggung jawab kepada
rakyat dan negara.
Mungkin
itulah agaknya antara sebab ‘Jalur Gemilang’ tidak berkibaran sebagaimana
sepatutnya. Mungkin.
abuhassanadam
21 Ogos 2015
MAsa utk kita berubah sudah sampai. Rakyat sudah lama menderita. Dgn dtgnya GST dan kejatuhan nilai RM, rakyat semakin menderita. Cukup cukup sudah.
ReplyDeleteMAsa utk kita berubah sudah sampai. Rakyat sudah lama menderita. Dgn dtgnya GST dan kejatuhan nilai RM, rakyat semakin menderita. Cukup cukup sudah.
ReplyDelete