Sunday, August 9, 2015

KABINET BARU MALAYSIA – ARAH TUJU YANG KABUR

            Jelas kelihatan bahawa tidak banyak kegiatan yang dilakukan oleh Menteri di Malaysia kini yang boleh dikatakan ‘solid’ demi untuk memacu negara ke arah sebuah negara maju. Yang sentiasa dapat dilihat ialah ada dua ‘kegiatan’ yang maha penting yang dilakukan oleh Pak Menteri ( dan Timbalan Menteri ) ia itu samada bercakap dan mempertahankan isu mengenai IMDB dan RM 2.6 billion ataupun mereka membisu, senyap sesenyapnya.

            Mungkin aku yang ‘buta’ yang menyebabkan tidak melihat apa yang dilakukan oleh para Menteri kita kini. Mungkin. Mungkin juga agaknya para pemimpin kita ‘bergerak’ dalam diam-diam memajukan bangsa dan negara ini. Mungkin juga. Mungkin juga mereka mengamalkan ‘falsafah’ bersikap ‘seperti penyu’ yang bertelur dalam diam dan tidak ‘seperti ayam yang bertelur riuh sekampung’. Mungkin begitu agaknya….

            Dan tidak dapat dibayangkan juga tentang bagaimanalah ‘rupa’nya mesyuarat kabinet yang diadakan pada setiap hari Rabu itu. Mungkinlah agaknya setiap Menteri ‘berhempas pulas’ memerah otak memikirkan tentang bagaimana negara Malaysia ini harus dimajukan supaya setanding dan sama taraf dengan Singapura atau Hong Kong atau Taiwan. Mungkin. Ataupun mungkin juga agaknya mereka sekadar ‘memanaskan kerusi’ dan membincangkan isu-isu remeh tentang projek-projek negara yang boleh mendatangkan keuntungan kepada diri dan keluarga mereka. Mungkin.

            Aku beranggapan sedemikian disebabkan telah timbul berbagai kenyataan yang mengatakan bahawa banyak perkara yang menyentuh kepentingan negara tidak dibincangkan dalam mesyuarat kabinet. Isu IMDB dan kisah ‘sumbangan hadiah’ RM 2.6 billion ringgit yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi DS Najib tidak dibincangkan dalam kabinet, mengikut sumber yang boleh dipercayai. Dan tidak juga dibentang dan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO. Menampakkan dengan jelas tentang ‘tertibnya’ perilaku ahli Majlis Tertinggi UMNO yang tidak mahu ambil tahu langsung tentang wang keluar masuk yang ‘dijaga’ oleh Presiden parti UMNO.

            Kenyataan Tun Mahathir yang menjelaskan hal ini boleh dirujuk apabila beliau menyatakan,”Kerajaan Persekutuan sebagai penjamin bagi pinjaman RM5 bilion adalah kerana Terengganu menolak perkara yang tidak masuk akal. Mengapa Terengganu perlu menarik diri daripada cadangan awal Kerajaan Persekutuan bahawa telaga minyak pengeluaran masa depan menjadi cagaran….Tiada Kertas Kabinet bagi pinjaman 5 billio telah dibentangkan. Tunjuklah Kertas itu untuk orang ramai melihat. …….”

         Jelas bahawa isu yang sepenting itu tidak dibincangkan dalam kabinet. Dan tentulah kita bertanya pula bahawa , isu yang macam mana pula yang dibincangkan. Apakah para Menteri kabinet hanya menggunakan forum berkenaan semata-mata untuk bertanyakan tentang elok tidaknya bercuti di Switzerland berbanding dengan  bercuti di Hawaii. Ataupun mungkinkah mereka sedang membanding-bandingkan jam tangan yang baru saja dibeli oleh mereka di New Bond Street, London ketika bercuti bulan Disember lepas. Mungkin.

            Rakyat Malaysia kini merasakan bahawa tidak ada sesuatu yang mengembirakan hati dan perasaan mereka tinggal di negara yang dikatakan makmur ini. Setiap hari rakyat didedahkan dengan berita-berita ‘sedih’ dan kadang-kadang amat ‘menyakitkan hati’ disebabkan ‘berbezanya’ negara kita Malaysia dengan negara –negara jiran lain. Yang paling menyedihkan kita ialah bahawa sebenarnya kita sudah begitu jauh bergerak kehadapan dan sudah hampir dapat menyamai kemajuan yang dicapai oleh negara Singapaura, Hong Kong, Taiwan. Malah negara Jepun juga pada suatu ketika dulu telah memandang begitu tinggi akan pencapaian negara kita. Malangnya kini kita sudah jauh tinggal dibelakang.

            Dengan Thailand kita sudah ketinggalan. Dengan Filipina, Indonesia, Vietnam dan berkemungkinan dengan Burma juga kita akan berada di belakang. Oleh itu tentulah kita amat sedih mengenangkan ‘nasib’ yang menimpa negara kita. Setiap hari kita ‘didendangkan’ dengan ‘lagu-lagu sedih’ dimana nilai ringgit kita sudah hampir merudum. Dan yang anihnya ada  Menteri kita yang masih merasakan bahawa kejatuhan nilai ringgit kita belum lagi sampai ke peringkat ‘parah’. Mungkin agaknya beliau merasakan bahawa ‘parah’ yang dimaksudkan beliau ialah apabila nilai ringgit sama dengan keadaan sebagaimana yang dialami pada zaman pemerintahan Jepun di negara kita dulu. Mungkin begitu anggapan beliau agaknya.

            Dalam keadaan kemelut dari segenap penjuru ini, para Menteri kita masih lagi terpekik dan terlolong disana sini mempertahankan hujah mengenai IMDB. Mereka ke sana dan ke sini memperkatakan bahawa wang RM 2.6 billion yang ada dalam akaun peribadi DS Najib adalah merupakan hadiah sumbangan daripada pemberi sumbangan yang ‘baik hati’. Ke sana ke mari mereka seolah-olah ‘memaksa’ rakyat menyetujui apa yang mereka perkatakan.

            Persoalannya ialah selama mana lagi agaknya para Menteri kabinet akan menjalankan tugas sebegini ia itu ‘menjelas’ dan ‘mempertahankan’ tindakan Perdana Menteri ini. Apakah para Menteri kita tidak merasa bersalah langsung tentang tindakan dan kegiatan mereka itu. Tentulah para Menteri berkaitan tahu dan faham tentang perkara yang sebenar-benarnya berlaku dan apa yang diperkatakan oleh mereka itu adalah sebagai ‘menegakkan benang basah’ semata-mata.

            Selama mana lagi agaknya Menteri-Menteri Malaysia akan ‘ditugaskan’ untuk menjalankan tugas sedemikian rupa?

abuhassanadam
9 Ogos 2015





3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Dear Pak Abu and the rest of the Malays reading this blog, I hope you guys can help save our country from the current state of disrepair.

    Please help change UMNO from within. It may take a while but when better to start than now.

    We, of other races, are minority in this country and any act of valor on our part to better the country will be spun by the extremist as acts undertaken to undermine the Malays. And they will use religion as a political tool to support their rationale, to strike fear of GOD into the hearts of all who disagree...

    Please, do not just comment from outside, it is never too late to take a proactive role in all of this...The well being of our future generations is in the good hands of all intellectual Malays...

    ReplyDelete
  3. Kamisah, Tsksing,

    Seingat saya, belum pernah lagi saya melihat bagaimana Perdana Menteri dan Isteri sebelum ini begitu dihina oleh rakyat seperti sekarang ini. Amat malang sekali bagi bangsa Malaysia kini.

    Pak Abu

    ReplyDelete