Saturday, April 2, 2016

SAMPAI BILA AGAKNYA NEGARA BERKEADAAN BEGINI?

            Aku tak setuju kalau dikatakan orang Melayu bodoh. Tetapi aku setuju kalau dikatakan ramai pemimpin Melayu yang ‘cerdik tak boleh diikut, dan bodoh tak boleh diajar’. Aku setuju juga kalau dikatakan bahawa ramai pemimpin Melayu kini terlampau ‘cerdik’ dan sanggup menghancurkan negara dan bangsa sendiri. Aku setuju juga kalau dikatakan bahawa ramai pemimpin Melayu yang sanggup memekakkan telinga dan membutakan mata, walaupun berlaku kemungkaran dihadapan mata mereka.

            Ternampak dengan jelas kini bahawa ramai pemimpin Melayu (pemimpin UMNO khususnya) berada dalam keadaan yang serba salah. ‘Kacau kena’ kata orang Perak terutama apabila berhadapan dengan isu IMDB. Seluruh dunia sedang heboh memperkatakan tentang IMDB dan tentang jumlah wang yang sebegitu besar dalam akaun peribadi DS Najib dan  hampir  seluruh dunia juga sedang memperkatakan tentang perbelanjaan peribadi keluarga DS Najib ketika bercuti di luar negara tetapi para menteri dan ahli parlimen UMNO masih ‘buat derk..’ seolah-olah tidak ada apa yang luar biasa berlaku. Menghairankan juga…

            Amat tidak masuk akal sekiranya para pemimpin kita (khususnya ahli parlimen khususnya dari BN,- Melayu dan bukan Melayu) tidak tahu dan tidak tahu menahu  tentang hal sedemikian. Mustahil!. Dan sekiranya apa yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar berkenaan sebagai fitnah dan hanya mahu semata-mata mahu memburuk-burukkan negara, maka sudah sewajarnyalah  disyorkan dengan apa cara sekali pun supaya syarikat akhbar berkenaan diambil tindakan undang-undang. Disaman. Sepatutnya begitu.

            Nampaknya tidak ada tindakan yang dilakukan terhadap akhbar-akhbar berkenaan. Maka betullah agaknya apa yang dipaparkan oleh akhbar-akhbar berkenaan. Tetapi soalnya ramai pula antara pemimpin-pemimpin (UMNO) yang ‘bermati-matian’ mempertahankan dan menyatakan bahawa apa yang dikatakan oleh akhbar berkenaan sebagai fitnah semata-mata. Dan tidak ada pula yang mengambil tindakan undang-undang terhadap ‘fitnah’ yang diperkatakan itu.

            Ada juga masih wujud dikalangan pemimpin UMNO yang masih mahu menyogokkan ‘nasi basi’ mereka mengatakan bahawa ‘tangan Yahudi’ yang memainkan peranan untuk memburuk-burukkan negara kita. Seolah-olah pemimpin yang sebegini sedang ‘bermimpi di siang hari’. Apa tidaknya. Rakyat Malaysia sudah muak dengan hujah-hujah sedemikian. Mungkinlah masih ada segelintir rakyat yang boleh diperbudak-budakkan’ dengan hujah sedemikian. Itu pun tak ramai. Dan golongan rakyat yang sebeginilah lagi tempat para pemimpin sedemikian untuk ‘menyangkutkan dagu’ mereka.

            Kemunculan fakta baru yang mengatakan bahawa para pembesar dari Timur Tengahlah yang menyumbang berbillion ringgit kepada akaun DS Najib menyebabkan rakyat semakin ‘pening’. Mungkin betul. Dan mungkin juga sengaja diada-adakan. Itu aku tak pasti. Yang aku persoalkan kini ialah tentang kemunculan isu baru yang berkaitan dengan orang Islam, negara Islam, agama Islam

            Maksud aku begini. Hampir seluruh dunia kini, golongan bukan Islam melihat orang Islam dan negara-negara Islam sebagai sesuatu yang ‘kelam, gelap’. Maksudnya mereka sentiasa melihat negara-negara Islam dan orang Islam itu dari sudut yang negatif sehinggakan perkataan pengganas dikaitkan oleh mereka dengan orang Islam. Ada juga asasnya mengapa mereka menganggap demikian. Krisis  di Timur Tengah terus menerus berlaku. Lepas satu timbul pula yang lain. Dan kumpulan pengganas yang berani meletupkan diri di beberapa buah negara adalah kebanyakannya terdiri dari orang Islam. Pendek kata apa saja yang berkaitan dengan pembunuhan dikaitkan dengan orang Islam.

            Dan kini timbul pula tentang isu baru yang berkaitan dengan orang Islam dan negara Islam dari Timur Tengah juga. Pemberian dan sumbangan dari pemimpin negara Islam kapada  DS Najib itu dikira cukup mulia dan digalakkan oleh Islam. Tetapi jumlah yang begitu besar yang telah disumbangkan itu telah menimbulkan keraguan banyak pihak. Betulkan wang sejumlah itu yang terdapat dalam akaun peribadi DS Najib itu disumbangkan dari Timur Tengah. Betul ker….? Semacam tidak masuk akal sumbangan yang begitu besar diberikan.

            Telah ramai yang mempersoalkan tentang ‘apakah ada udang disebalik batu’ atau sebagaimana yang diperkatakan oleh orang tua-tua kita, ‘jikalau tidak ada-ada tak mungkin (burung) tempua bersarang rendah’.

            Yang peliknya dan yang menghairankan pula ialah tentang para pemimpin BN (UMNO, MCA,MIC dan parti komponen BN lain terus menerus membisu )  yang langsung tidak mempersoalkan langsung tentang wang yang sebgitu banyak yang tersimpan dalam akaun peribadi DS Najib. Mereka tidak mempersoalkan. Mereka percaya seratus peratus apa yang dijelaskan. Dan telah ada juga saranan agar ahli UMNO tidak perlulah mempersoalkan tentang wang IMDB ini. Dan Speaker Dewan Rakyat juga membuat arahan agar isu IMDB tidak dibangkitkan lagi di parlimen.

            Seolah-olah seluruh ahli UMNO akur dengan arahan itu. Patuh sepatuhnya. Dan dijelaskan bahawa wang yang tersimpan dalam akaun peribadi DS Najib itu adalah untuk kegunaan parti UMNO. Tidak pula mereka mempersoalkan tentang mengapa wang itu tidak tersimpan dalam akaun Bendahari UMNO. Dan tidak juga mereka mempersoalkan tentang perbelanjaan peribadi yang digunakan oleh keluarga DS Najib sebanyak US 15 juta sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar luar negara itu.

            Ahli UMNO taat setaatnya kepada pemimpin mereka. Para pemimpin UMNO dari peringkat atasan sehinggalah ke akar umbi amat sayang kepada pemimpin mereka walaupun dirasakan yang tindakan pemimpin mereka itu ada yang tidak kenanya. Namun bagi pengikut dan ahli UMNO keseluruhannya merasakan bahawa apa yang dilakukan oleh pemimpin mereka itu tidak ada cacat celanya.

            Sampai bilalah agaknya keadaan sebegini berterusan. Mungkinkah sehingga negara ini bertukar menjadi ‘padang jarak padang Tekukur’ agaknya…

abuhassanadam

2 April 2016  

6 comments:

  1. In Malaysia there is no true justice. The police and judiciary are under Najib the thief's control. Therefore, need to go out of the country to get impartial treatment. Send all known informations to
    Mr.Preet Bharara (@PreetBharara - US Dept. of Justice) who is dealing with 1MDB case. "Putting dirty politicians in prison may be necessary but it is not sufficient." Still true. http://go.usa.gov/csvhj

    ReplyDelete
  2. The Federal Govement of Malay Land has it own Constitution and the Law...what is BN call as the goverment??always says on the statement 'satu lg projeck olih kerajaan barisan nasional' also kerajaan barisan nasional membantu rakyat??kerajaan barisan nasional memberi bantuan pinjaman PTPTN??u all can imagine how they manipulating those definition of the words...sound so stupid and that is why all those umno members has put in thier mind..those leaders also made a statment that they are as the goverment that vorte from the majority...the truth is they are only as the proposals behalf of the Federal Goverment and there is high priority to followed the Constitution and the Law of Federation Goverment....what was going for so long is only the matter of political interest...they keep raped the right definition to lies and cheating to all the pepole...

    ReplyDelete
  3. Tak bodoh org melayu, tak maju org cina dan india, maknanya org malaysia tak bodoh, mengatakan otg melayu bodoh dan mundur sekdr gimmick politik... org melayu yg memegang tampuk pemerintahan sejak kemerdekaan lagi, gimmick ni semata2 mainan org politik atasan khasnya supaya menjadikan alasan utk merembat dan memcuri lebih harta rakyat tanpa segan silu atas alasan melayu mundur dan bodoh, orang lain lak dinafikan hak secara halus pada masa yg sama, kelompok ni lah dipinggirkan hampir semua bidang termasuk agihan ekonomi, maka rasa ketidakpuasan yg amat sgt timbul....negara kuta tidak maju dan capai wawasan jika hanya peranannya ditumpukan kpd para elite yg kononnya `bodoh`...bodoh ke mereka?? Mundur ke mereka?? Tidak 101% tidak... mereka sebenarnya lebih bijak dari org israel... bijak dlm memcuri harta rakyat dan salah guna kuasa utk kekalkan status quonya iaitu kemewahan yg tak terhingga atas tanggungan rakyat mesia... ingat rakyat mesia ni maknanya semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.....

    ReplyDelete
  4. Joe postman, xz, Malaysiaman...

    What are you actively doing to save the situation except to type and type and type away all your "gems of observation"?

    All you talk only, no action.

    That's why umno/najib can rob and rape with impunity.

    Because we all (myself included) talk talk only.

    Dream rakyat now 222 seats.
    Soon, it might be 275 seats.
    UMNO BN will get their 2/3 majority. We are all doomed.

    Accept this fact
    Otherwise, do some research on 222 or 275 seats. Study the marginal seats. How to win.

    Nothing is.more important than parliament seats. Not even state seats.

    Pakcik Mutalib and Makcik Kalsom kat kampung pedalaman tak ambik pot pasal IMDB dsbnya.

    Agak2nya isu ala yang akan buat mereka ni marah dan beri perhatian.

    Kat bandar umno x boleh menang. Talian hayat mereka kat pedalaman. Macama nak cantas talian hayat ni? Dgn internet? Jangan gurau la ..

    ReplyDelete
  5. Joe postman, xz, Malaysiaman...

    What are you actively doing to save the situation except to type and type and type away all your "gems of observation"?

    All you talk only, no action.

    That's why umno/najib can rob and rape with impunity.

    Because we all (myself included) talk talk only.

    Dream rakyat now 222 seats.
    Soon, it might be 275 seats.
    UMNO BN will get their 2/3 majority. We are all doomed.

    Accept this fact
    Otherwise, do some research on 222 or 275 seats. Study the marginal seats. How to win.

    Nothing is.more important than parliament seats. Not even state seats.

    Pakcik Mutalib and Makcik Kalsom kat kampung pedalaman tak ambik pot pasal IMDB dsbnya.

    Agak2nya isu ala yang akan buat mereka ni marah dan beri perhatian.

    Kat bandar umno x boleh menang. Talian hayat mereka kat pedalaman. Macama nak cantas talian hayat ni? Dgn internet? Jangan gurau la ..

    ReplyDelete
  6. Salam Pak Abu..saya ingin sgt berjumpa dgn Pak Abu.. Saya sentiasa menunggu artikel2 politics & non-politics dlm blog Pak Abu.. Mmg tulisan Pak Abu kena pads sasaran pembaca.. Kalau boleh Pak Abu boleh contact saya di shahrulmd2020@gmail.com boleh plan utk berjumpa. Terima masih..

    ReplyDelete