Saturday, December 27, 2014

KERANA JEREBU DARURAT DISYTIHAR, MENGAPA PULA TIDAK KERANA BANJIR

Banyak pihak yang melihat keadaan banjir di Kelantan khsusunya dan di negeri lain amnya sebagai luar biasa berbanding dengan keadaan banjir yang berlaku pada tahun-tahun sebelum ini. Lantas tentulah usaha menangani krisis sebegini memerlukan tindakan yang luar biasa juga dari pihak kerajaan.

Aku hanya ‘menumpang’ memberikan pandangan dan jauh sekali dari mengkritik apa yang telah dan sedang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu bagi menyelamatkan mangsa banjir. Kelihatan semua pihak begitu perihatin dalam menghulurkan sumbangan dari segi tenaga ataupun barangan serta wang ringgit demi untuk meringankan bebanan yang dihadapi oleh mangsa banjir yang malang.

Bukan sesuatu yang mudah menguruskan krisis yang sebegini, terutamanya bagi penyelenggaraan sebuah negeri seperti Kelantan. Aku merasakan yang paling penting sekali ialah hal yang berkaitan dengan pengurusan dan penyelenggaraan. Ia memerlukan ‘coordinated effort’ yang bukan kepalang. Amat memerlukan usaha yang paling terancang agar ‘sistem’ penyelenggaraan dan penyelamatan mangsa banjir dapat dijalankan dengan berkesan.

Disebabkan yang berkemungkinan besar bencana banjir ini akan merebak ke negeri-negeri lain seperti ke Terengganu, Pahang, Johor, Perak, Kedah dan Perlis maka aku merasakan sebuah jawatankuasa ‘besar’ peringkat kabinet perlu ditubuhkan khas untuk menangani bencana banjir yang sedang menular kini. Maknanya memerlukan seorang ketua yang betul-betul berwibawa (seorang menteri kabinet) yang perlu dilantik untuk mengetuai gerakan menangani krisis ini. Justeru adalah amat wajar DS Mohd Najib mengadakan mesyuarat kabinetnya setibanya sahaja beliau dari luar negara dan terus bertindak melantik jawatankuasa berkenaan untuk menguruskan ‘malapetaka’ yang sedang menimpa negara. Maknanya ‘ketua’ yang bersifat ‘Touch and Go” tidak begitu berkesan menangani banjir sebesar ini.

Sebuah kerajaan yang ‘action oriented’ tidak perlu menunggu lebih lama untuk menjalankan tindakan, apatah lagi apabila memikirkan bahawa lagi lama dilengahkan proses ini maka lagi banyak korban yang berlaku.

Aku merasakan cadangan untuk mengisytiharkan keadaan Darurat adalah langkah yang agak sepatutnya diambil oleh pihak kerajaan dalam menangani keadaan yang agak krtikal ini. Kehadiran pemimpin-pemimpn ke tempat kejadian bukan lagi merupakan ‘Touch and Go’ lagi tetapi memerlukan seorang yang bertaraf menteri yang boleh memberikan arahan dan mesti dilantik oleh Kabinet agar setiap arahannya berkesan dan diikuti. Dalam keadaan yang berlaku kini aku khuatir kalau-kalau ‘too many cooks will spoil the broth’. Disebabkan terlalu banyaknya arahan, boleh menyebabkan ‘arahan’ mana yang perlu diikuti dan dipatuhi.

Keadaan banjir di Kelantan semakin serious dan memerlukan tindakan amat segera. Jikalau mengikut petikan dari Wikipedia, the Free encyclopedia, pengisytiharan Dharurat itu bermaksud, “…that the government can suspend and/or change some functions of the executive, the legislative and or the judiciary during this period of time. It alerts citizens to change their normal behaviour and orders government agencies to implement emergency plans. A government can declare a state of emergency during a time of natural or human-made disaster…..”

Berdasarkan maklumat yang sahih, banjir yang berlaku di kelantan kini adalah pada skala yang cukup besar dan luar biasa. Oleh itu tentulah memerlukan tindakan yang bersekala besar juga. Maknanya tentulah diluar keupayaan petugas-petugas biasa untuk melakukan tugas menyelamat dan pengedaran makanan kepada mangsa banjir. Jelasnya untuk mengendalikan krisis memerlukan kerjasama dari pihak tentera khususnya yang sememangnya pakar dan yang telah lengkap menerima latihan untuk mengendalikan krisis seperti ini.

Oleh itu mahu tak mahu pihak tentera kena turun dan mengambil alih tugas-tugas yang telah dilakukan oleh pihak ‘bukan tentera’ selama ini. pihak kerajaan hendaknya janganlah menganggap enteng usaha menyelamat mangsa ini. Dan harus juga disedari bahawa banjir ini akan merebak ke negeri-negeri lain terutamanya Johore. Kebiasaannya setelah surut di Kelantan banjir ini akan mengalir pula ke Johore. Dan tentulah prosedur yang sama dilakukan di Johor, sekiranya sudah ada dan lengkap SOP yang tersedia.

Lagi pun memang wajar agaknya Darurat disiytiharkan memandangkan bahawa negara kita sudah beberapa kali mengisytiharkan keadaan Dharurat. Misalnya

·      Antara tahun 1948-1960 bagi memerangi pengganas komunis oleh British
·      1966 – Untuk mengatasi Konfrantasi dari Indoesia
·      1966 – Bagi mengahadapi krisis perlembagaan di sarawak
·      1969 – Peristiwa 13 Mei 1969
·      1977 – Menghadapi krisis politik di Kelantan
·      2005 –Menangani keadaan Jerebu di Pelabuhan kelang dan   Daerah Kuala Selangor

Aku tak begitu faham mengapa kerajaan belum lagi mahu mengisytiharkan keadaan Dharurat di Kelantan yang berhubung kait dengan keadaan banjir ini. Mungkin ada sebab-sebab tertentu  (hanya kerajaan sahaja yang tahu sebab-sebabnya) yang menyebabkan kerajaan bertindak demikian. Walau bagaimanapun rakyat hanya mahu melihat tindakan yang terbaik dari pihak kerajaan bagi menyelamatkan nyawa rakyat yang tidak berdosa.

Namun sekiranya memerlukan tenaga tentera untuk membantu menyelenggarakan proses menyelamat ini, aku merasakan masih belum terlambat kerana berkemungkinan banjir lebih besar akan merebak ke negeri-negeri lain. Mungkin.

Kehadiran DS Najib pastinya memberikan impak yang begitu besar.

abuhassanadam
27 Disember 2014


No comments:

Post a Comment