ANTARA
ANWAR IBRAHIM DAN JOE BIDEN
Rakyat
yang tidak tahu hal ehwal hubungan antarabangsa, eloklah tidak payah bersuara
buat seketika. Lebih baik diam dan tidak payahlah nak tunjuk pandai sekiranya,
‘kail panjang sejengkal, janganlah lautan hendak diduga’. Tidak usahlah hendak
menuduh sesuatu yang kita tidak tahu ‘hujung pangkalnya’ nanti ditertawakan
oleh masyarakat dunia. Jikalau setakat bertaraf ‘jaguh kampung’ tidaklah usah
mencuba untuk ke gelanggang antarabangsa. Nanti malu……
Dari
apa yang diperhatikan daripada kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh
beberapa orang ‘jurucakap’ kerajaan menampakkan yang sudah ternampak semacam
suatu kebimbangan apabila Naib Presiden Amerika menyuarakan sesuatu mengenai
tindakan pemimpin Negara kita yang kelihatan tidak berapa kena. Apabila suara
itu datangnya dari Amerika sudah seharusnya Negara kita ambil kira ‘kesan dan
gemanya’ kerana’gemanya’ boleh memperok-perandakan Negara kita juga.
Naib Presiden itu dalam kenyataannya
menyentuh sedikit sebanyak tentang perbicaraan Saudara Anwar Ibrahim dan
mengenai Akta Hasutan yang akan diperkukuhkan sebagaimana yang dinyatakan oleh
DS Mohd Najib di Persidangan Agung UMNO lalu yang telah mendapat tepukan
gemuruh dan kononnya diekori dengan ‘Standing Ovation’ oleh para perwakilan.
Joe Biden mengharapkan agar keadaan sedemikian dapat diperbetulkan melalui
rayuan perbicaraan Saudara Anwar ibrahim."Anwar's appeal gives Malaysia a
vital chance to make things right and promote confidence in its democracy and
judiciary," katanya yang dipetik oleh Malaysiakini 5 Disember 2014
Yang
menghairankan ialah mengapa timbul suatu keadaan yang luar biasa ‘panik’nya
daripada pihak parti Kerajaan. Hampir semua pemimpin parti BN memberikan komen
mengkrritik kenyataan Naib Presiden berkenaan. YB Saudara Khairi Jamaluddin
memberikan kenyataannya dengan mengatakan, "gives the US a vital chance to make
things right and promote confidence in its democracy and
judiciary".(Malaysiakini 5 Dismeber 2014)
Itu
kata Saudara Khairi Jamaluddin.
Pemimpin muda parti Gerakan Saudara Tan Keng Liang juga ‘tumpang tui’ dengan
mengatakan bahawa "No special exception even if you are the opposition
chief. Don't hide behind the word ‘democracy’…Is it fair to crime victims if
cases thrown out simply to uphold democracy? Justice also important in our
country. Hope it is the same in US,”
Kenyataan
pemimpin pemuda Gerakan ini menamakkan “ketidak-cerdikannya”. Ibarat kata orang
Melayu kampung aku, ‘ orang lain panjat ikut tangga, dia panjat ikut tiang’.
Orang cakap lain dia cakap lain. Nampak sangat marah dan dendam kesumatnya
terhadap Saudara Anwar Ibrahim.
Pemimpin
MCA juga tidak mahu ketinggalan mempertahankan isu yang berkaitan dengan Akta
Hasutan dan kes rayuan Saudara Anwar Ibrahim ini. Saudara Lee
Hwa Beng menyatakan dalam tweeternya,“US VP tweets
concerns over Sedition Act. I am also concerned how police treat the blacks in
US.”. Pulak…Beliau merupakan ‘pembela’ kaum kulit hitam di Amerika Syarikat!
Pemimpin pemuda MIC yang akhir sekali
membuat kenyataan. Saudara C Sivarraajh dalam kenyataannya menyatakan bahawa,
"The US has many human rights problems of its own and we suggest that
Vice-President Joe Biden look into it and improve its human rights record,
instead of voicing concern over our Sedition Act,". Malaysiakini 6
Disember 2014
Pendek kata semua ‘pemimpin’ menyuarakan
rasa tidak puas hati mereka terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Joe Biden
itu. Aku teringat pula peribahasa Inggeris yang mengatakan, ‘ two wrongs don’t
make a right’. Mengikut huraian dari Cambridge Dictionary,”…said to emphasize
that it is not acceptable
to do something bad
to someone just because they did something bad
to you first…….It is never right to wrong
someone, even if they have wronged you first. ……Pointing out somebody's
wrongdoing to you will not correct a situation by doing wrong to that somebody”
Pemimpin Malaysia mungkin
begitu ‘kecewa’ dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Presiden Amerika
ini memandangkan ‘persahabatan’ yang telah ditunjukkan oleh Presiden Obama
ketika dalam lawatannya ke Malaysia tempoh hari yang boleh digambarkan sebagai
persahabatan ‘abang-adik’ antara Malaysia dengan Amerika Syarikat. Tentulah
tidak terfikir oleh Malaysia yang Amerika Syarikat sanggup mengeluarkan
kenyataan sedemikian.
Kepintaran Presiden Obama
ialah yang beliau tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian tetapi telah melantik
‘proxy’ untuk menyampaikan hasrat berkenaan. Maka untuk ‘membalas’ semula
kenyataan itu maka DS Mohd najib juga melantik ‘proxy’ juga yang terdiri dari
‘jaguh-jaguh’ untuk menyerang semula Naib Presiden Joe Biden. Mungkin agaknya
Joe Biden ‘tidak dapat tidur malam’ dengan kenyataan demikian. Mungkin!!.....
Aku simpulkan coretan aku
kali ini dengan kenyataan Kishore
Mahbubani melalui bukunya,” Beyond The Age of Innocence’. Beliau mengatakan,
“Some American policymakers may dismiss the Pakistani claim that
they were used and abandoned. They would argue that the Pakistani elite were
not born yesterday. The Pakistani elite were worldly wise and knew the ways of
the world. All such alliances between states are purely cynical and tactical
bargains where each sides using uses the other for mutual gain….”
Kehadiran Obama tempoh hari
ke Negara ini mungkinlah dengan satu tujuan yang memihak kepada kepentingan
negaranya. Dan peribahasa Melayu juga mengingatkan kita. “Habis manis sepah
dibuang’.
Abuhassanadam
London
6 Disember 2014
No comments:
Post a Comment