Friday, December 12, 2014


GURU AGAMA BERTANGGUNGJAWAB JUGA MELEMAHKAN ORANG MELAYU

Kishore Mahbubani, seorang penulis beragama Hindu telah menulis dalam bukunya yang berjodol,’ Beyond The Age of Innocence’ telah menyanjung tinggi tentang agama Islam. Katanya,” Islam is the most successful religion in the contemporary world”.

Dan di perenggan lan beliau meneruskan pujian terhadap agama Islam yang suci ini. Katanya,” Some Western intellectuals recognize the important role played by the Caliphates. Chris Patten is one of them. As he said,”And what of Thomas Aquinas? He read Latin versions of the Greek philosophers, courtesy of the scholars at the Muslim School of Translation in Toledo, to which we owe so much of our knowledge of the scientific, religious and philosophical works of the ancient world”. Chris Patten,” Islam and the West – A the Crossroads” Lecture in Oxford on May 24, 2004

Seorang aktivis sosial terkenal Amerika, dengan sikap pemurahnya ia itu Daniael Rose telah menyatakan yang, ‘…we should reconnect the Arab world with ‘ the Goden Age of the  Abbassid Caliphate, when Muslim scientists, philosophers, artists and educators sparkled in one of the great cultural flowerings of all time”. Speech deliverd by Daniel Rose, chairman, Rose Associates Inc on November 21, 2003, at Philanthropy Day, New York.

Setelah membaca petikan-petikan ini terpanggil aku untuk berkongsi sama pandangan sedemikian dengan seluruh orang Melayu yang beragama Islam supaya dapat merenung jauh-jauh pandangan yang dikemukakan. Aku tidak mahu menterjemahkan petikan demikian memandangkan sudah ramai orang Melayu yang pandai cakap orang putih, walaupun mengikut kata TS Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran masih ramai lagi yang  tidak boleh berbahasa Inggeris dengan baik.

Sebagai seorang Islam (yang hanya setakat mengaji dengan Pak haji Sulaiman di kampung) aku merasa begitu ‘malu’ dan ‘terhina’ sekali dengan pujian-pujian yang dicurahkan oleh penganut agama lain sedangkan kita masih ‘bercakaran’ sesama penganut Islam samada di Malaysia ataupun di Negara-negara Islam lain du dunia.

Kadang-kadang aku terfikir juga bahawa yang menjadi punca penganut Islam jadi begini disebabkan juga oleh tindakan setengah guru agama di Negara ini yang menyampaikan pengajaran dengan mementingkan isu yang remeh, sedangkan isu pokok yang boleh memajukan bangsa diketepikan.

Aku masih mahu menonjolkan peristiwa sedih yang telah dilami oleh arwah ibu bapak aku ekoran daripada mereka menghantar aku dan adik aku (perempuan) belajar di sekolah Inggeris dalam zaman penjajahan. Mungkin peristiwa serupa juga berlaku di mana-mana juga di Negara kita pada ketika itu. Ibu bapa aku hampir dipulau (mungkin juga telah dipulau) oleh penduduk kampung kerana menyekolahkan kami di sekolah Inggeris yang berkemungkinan besar akan memeluk agama Kristian. (Syukur kepada Allah bahawa sehingga kini, aku dan adik aku masih menganut agama Islam).

Mereka mengambil contoh yang kononnya anak Kadhi Hashim, Kuala Kangsar ( ayah kepada Arwah Tun Suffian Hashim –bekas Ketua hakim Negara yang disegani) telah memeluk agama Kristian sepulangnya dari England. Yang dimaksudkan oleh mereka yang memeluk agama Kristian ialah Tun Sufian Hashim sendiri. Itulah dakyah yang disebarkan sedangkan Tun Sufian sampai ke akhir hayatnya merupakan penganut Islam yang tegar.

Antara yang menyibarkan ‘berita’ demikian ialah setengah guru-guru agama yang aku tidak tahu apakah sebenarnya matlamat mereka berbuat demikian. Dan yang malangnya bagi orang Melayu pada ketika itu ( di kampung aku dan berkemungkinan berlaku di tempat lain juga mengikut apa yang ditulis oleh Sasterawan Negara Usman Awang, Keris Mas dan Abdul Samad ismail) mereka tidak pula menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran anak-anak. Dan perbalahan antara kaum Tua dengan kaum Muda dapat memberikan gambaran lebih jelas tentang hali ini.

Kini penumpuan setengah pengamal agama Islam di Malaysia masih tidak banyak berubah. Masih menumpukan kepada perkara remeh dan terus menerus mengutarakan ‘budaya takut’ kepada orang Melayu beragama Islam. Diperhatikan bahawa semenjak zaman berzaman perasaan ‘takut’ adalah merupakan ‘ubat’ yang paling mujarab untuk melemahkan orang Melayu. Sehingga kini orang Melayu masih takutkan hantu sedangkan kewujudan hantu adalah khayalan manusia. ‘Hantu’ perlu diwujudkan oleh orang Melayu agar Melayu terus menerus ‘memiliki’ perasaan takut.

Kini orang Melayu takut kalau-kalau agama Islam diancam. Dan ke hulu-ke hilir ‘didendangkan’ lagu ‘takut’ oleh kumpulan-kumpulan ( cari makan) yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menyemaikan perasaan ‘agama Islam terancam’ ini dikalangan orang Melayu. Mereka tidak pernah pun menyoal tentang isu-isu besar yang diperjuangkan oleh Islam sepertimana yang ditulis oleh penganut Hindu dan Kristian yan dijelaskan sebelum ini.

Mereka sepatutnya mencanangkan tentang pentadbiran Nabi Muhammad dan Khlaifah Al-Rasyidin memerintah Negara bersendikan keadilan tanpa rasuah. Mereka sepatutnya mencanangkan tentang kehebatan Islam yang sudah hampir menawan seluruh Eropah. Mereka sepatutnya menyedarkan rakyat tentang mengapa orang Eropah terterik dengan agama Islam. (Bukan disebabkan oleh takut kepada hantu!).

Semenjak zaman berzaman kebanyakan orang Melayu Islam sentiasa menyalahkan orang lain yang menjadi punca kegagalan mereka. Setengah orang Melayu seolah-olah merasa ‘puas’ ( dan lena tidurnya mungkin!) apabila dapat memindahkan kesalahan diri dengan menyalahkan orang lain. Paling puas kepada setengah orang Melayu (mungkin) apabila dapat bertempik sorak (dengan penuh semangat konon!) meletakkan kesalahan kepada orang Cina yang menyebabkan orang Melayu miskin…..

Aku masih mahu menekankan hakikat bahawa selama mana kita mahu menyalahkan orang lain yang menyebabkan orang Melayu masih lemah….

Selama mana lagi kita mahu menyalahkan orang lain yang menyebabkan pelajar Melayu lemah dalam bahasa Inggeris….

Selama mana lagi kita mahu mengatakan bahawa sememangnya anak Melayu lemah dalam pelajaran sains dan matematik. Selama mana?…..

Sampai bila kita masih mahu memekik dan terlolong menyalahkan orang lain yang menyebabkan bangsa Melayu masih ketinggalan….

Salahnya mungkin disebabkan kita tidak mahu mendengar nasihat Dato Onn Jaafar ataupun Pendita Zaaba ataupun Aminuddin Baki yang jelas sentiasa mengingatkan dan menunjukkan jalan kepada orang Melayu supaya bergerak maju.

Mereka tidak pernah menyalahkan orang lain…..

Abuhassanadam
London
12 Disember 2014

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Anakanda Kamisah,

    Terima kasih. Namun saya amat terbuka dengan komen samada positif ataupun negatif.

    Pak Abu

    ReplyDelete