Wednesday, December 3, 2014


BORIS JOHNSON SEPATUTNYA BERUCAP DI PERSIDANGAN AGUNG UMNO

 Datuk Bandar London, Boris Johnson dalam suatu majlis di Khazanah Global Lectures semalam, telah menasihati DS Mohd Najib supaya Malaysia memansuhkan dasar mewajibkan syarikat asing memgambil syarikat tempatan sebagai rakan kongsi dalam sesuatu perniagaan di Negara ini. Katanya,"I suggest that more could be done from Malaysia, that (foreign) service companies establish themselves directly in the country without the need to get local partners….I humbly suggest that you might want to consider this," (Malaysiakini 3 November 2014)

Beliau seterusnya menyatakan bahawa sekiranya Malaysia mengambil langkah menghapuskan dasar berkenaan, maka beliau percaya yang Kuala Lumpur dan London akan dapat bekerjasama dengan lebih berkesan lagi demi kemajuan kedua-dua Negara.

Aku melihat kenyataan dan saranan Boris Johnson dari perspektif yang lain. Betul apa yang dikatakan oleh beliau tentang hal itu tetapi Malaysia menghadapi suatu situasi yang unik. Pemimpin Negara masih merasakan bahawa orang Melayu masih belum mampu bersaing dengan kaum-kaum lain di Negara ini apatah lagi bersaing dengan orang asing dari Negara lain yang lebih terkehadapan.

Betulkah orang Melayu masih lemah dan tidak mampu bersaing dengan orang asing. Apakah yang telah terjadi dengan ratusan ribu pelajar kita yang telah dihantar ke luar Negara untuk mendapat pendidikan di luar Negara? Apakah mereka belum lagi layak untuk bersaing dengan tenaga asing itu? Apakah Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak pada tahun 1970 belum dapat menampakkan hasilnya demi kemajuan orang Melayu. Apakah kerajaan BN yang telah memerintah Negara ini semenjak merdeka masih belum dapat menghasilkan sesuatu yang membolehkan anak negerinya bersaing dengan orang luar. Apakah orang Melayu sememangnya terkenal dengan sifat ‘Jaguh kampung’nya?


Teringat aku kepada kenyataan Kishore Mahbubani dalam bukunya berjodol,’ Beyond The Age of innocence’. Katanya,” Deng Xiaoping was onced asked whether he was hopeful about China’s future. His reply ( or so I am told) was, “Just wait till the 40,000 Chinese students return from American Universities. That’s when real change will come”

Dan lihatlah bagaimana Negara China yang telah membangun kini. Maknanya apa yang dikata dan diharapkan oleh pemimpinnya berjaya dilaksanakan. Berbanding dengan keadaan di Negara kita yang masih menyalahkan orang lain dan seolah-olah tidak mahu langsung menyalahkan diri sendiri. Masih mahu menuding jari kea rah orang lain. Seolah-olah orang lain yang menyebabkan kelemahan bangsa Melayu. Sampai bila agaknya kita mahu mengamalkan sikap yang sebegini.

Kishore Mahbubani juga menyentuh tentang kejayaan India. Katanya,” India remained one of the poorest societies on earth and seemed destined to remain so.  By contrast, however the Indians who studied and stayed in America became the most prosperous ethnic group in the most prosperous society on earth. It took a while for Indian society to become aware of this reality. But the high-tech boom in the 1990s suddenly created a few Indian billionaires…..This led to a new burst of hope among young Indians, who began to develop the cultural confidence that they were on par with the rest of the world”

Kita harus ‘bertafakur’ sejenak dan memikirkan tentang saranan Boris Johnson secara serious. Bagi aku kenyataan ini merupakan ‘wake-up’ call kepada orang Melayu walaupun sudah beribu kali ‘wake-call’ yang telah dipantak kepada telinga orang Melayu dan pemimpinnya.

Sepatutnya Boris Johnson menyampaikan ucapan dan teguran ini kepada pewakilan Persidangan Agung UMNO yang diadakan baru-baru ini. Kemungkinan teguran yang sedemikian akan dapat menyedarkan dan mencelikkan mata orang Melayu bahawa sebenarnya orang Melayu masih lemah dan para perwakilan yang terdiri dari 100% orang Melayu harus sedar bahawa orang Melayu masih lemah. Lemah di negaranya sendiri.

  • Orang Melayu hanya pandai bercakap berdegar-degar tetapi tahi sangkut digelegar (kata orang Perak)
  • Orang Melayu seolah-olah seperti ayam, kokoknya saja berderai tetapi ekor bergelumang tahi.
  • Orang Melayu kena ingat kata-kata Aminuddin Baki yang menyeru supaya orang Melayu bergerak maju dan berjaya dalam negara yang kaya raya.
  • Begitu juga dengan kata-kata pendita Zaaba dan Dato Onn Jaafar yang sentiasa menyeru agar orang Melayu bergerak maju. ‘ Bangunlah dari tidur mu’.

Aku tak tahulah sampai bila agaknya orang Melayu (termasuklah aku ) akan maju ‘serupa’ dengan kemajuan orang lain.

Mungkinkah sampai ‘Kucing Bertanduk’…….

Abuhassanadam
London
3 Disember 2014

2 comments:

  1. umno want melayu tidur selamanya.......................so umno CAN CONTROL them.

    ReplyDelete
  2. Tuan

    Masaalah bila syarikat asing bukak business kat sini, local partner tu geng-geng kroni pemimpin UMNO dari pelbagai kaum. Si pemimpin UMNO juga yang dapat habuan!

    Kita rakyat juga yang terkial-kial untuk hidup harian di zaman serba serbi mahal.

    ReplyDelete