“SAUDARA
ANWAR IBRAHIM” - LEBIH SESUAI
Sebenarnya
rakan-rakan seperjuangan lebih gemar memanggilnya dengan panggilan ‘Saudara’
atau ‘Brother’ atau ‘Sheikh’. Cuma setelah beliau dianugerahkan gelaran oleh
Baginda Sultan maka rakan-rakan seolah-olah terpaksa mengubah panggilan
terhadap Saudara Anwar. Dan sikap ini didorong oleh sikap untuk menghormati
Sultan yang menganugerahkan bintang-bintang berkenaan kepada beliau. Itu pun
untuk panggilan secara rasmi. Dalam perbualan dan keadaan biasa, rakan-rakan
masih mengekalkan panggilan ‘Saudara’ kepada beliau. Dan nampak jelas kelihatan
beliau begitu riang dan mesra dengan panggilan sedemikian.
Dan
tentulah tidak berasas dan mungkin juga dianggap ‘biadap’ sikap yang
ditunjukkan oleh pemimpin Pemuda parti Gerakan Tan Keng Liang yang mencadangkan
gelaran Dato Seri Anwar Ibrahim ditukarkan kepada ‘Datin Seri Anwar Ibrahim’
apabila beliau dipetik sebagai berkata,"If not mistaken, his wife Dr Wan
Azizah (Wan Ismail) also has a 'datuk seri'... So you can still call him DSAI
... datin seri Anwar Ibrahim ....relax ya," Malaysiakini 4 Disember 2014.
Sikap
yang ditunjukkan oleh pemimpin (kononnya!) parti Gerakan itu menunjukkan dengan
jelas kejahilan beliau dalam menghadapi suasana yang sepatutnya. Walaupun Saudara Anwar tidak begitu
terkesan dengan perlucutan gelaran demikian ( mungkin) namun ia tetap merupakan
satu keadaan ‘malang’ yang menimpa. Dengan demikian seharusnya ditunjukkan
perasaan simpati terhadap keadaan sedemikian, tidak kiralah dari siapa pun dan
bukannya mempersendakan peribadi seseorang itu.
Dari
sudut perasaan orang Melayu dan juga rakyat Malaysia yang beradab, maka
tindakan pemimpin Gerakan itu
sudah dianggap tindakan yang biadab. Dan semacam tidak layak bagi beliau untuk
menerajui kepimpinann pemuda parti Gerakan sekiranya beliau masih tidak
memahami dengan mendalam adat dan budaya rakyat Malaysia khususnya orang
Melayu.
Sepatutnya
pemimpin Pemuda Gerakan ini merasa malu dan ‘sedar diri’ apabila mengeluarkan
kenyataan sedemikian kerana gelaran ‘Datuk Sri’ itu diterima oleh Saudara Anwar
bukan sahaja dari Sultan Selangor malah dari negeri-negeri lain juga. Seingat
aku Baginda Sultan Pahang yang mula-mula seklali menganugerahkan gelaran
demikian kepada beliau ia itu pada tahun 1990, ketika beliau menjadi Menteri
Pebdidikan Malaysia.
Lagi
pun segala gelaran-gelaran yang diterima oleh Saudara Anwar adalah berasaskan
kepada jasa dan sumbangannya yang bukan kecil kepada Negara dan dunia
antarabangsa. Salah satu pencapaiannya yang bukan kepalang ialah apabila beliau
dipilih sebagai Presiden United Nations Educational, Scientific, and
Cultural Organisation (Unesco) general conference pada awal tahun 1990an
mengalahkan calon dari Australia ia itu bekas Timbalan Perdana Menteri
Australia.
Tentulah
ibrarat seperti ‘ malam dengan siang’ jika dibandingkan sumbangan dan jasa
setengah penerima anugerah demikian dengan jasa dan sumbangan yang diberikan
oleh Saudara Anwar Ibrahim. Ada saat dan ketikanya rakyat seolah-olah
‘terpinga-pinga’ mempersoalkan kewajaran seseorang penerima menerima anugerah
memandangkan kriteria yang digunakan untuk memperolehi sesuatu gelaran. Dan
disebabkan terlalu banyak yang bergelaran ‘Datuk’ dan “Datuk Sri’ maka adalah
lebih ‘selamat’ kita memanggil seseorang di Malaysia dengan panggilan ‘Datuk
Sri’ atau ‘Datuk’ kerana ada masa dan ketikanya seseorang yang betul-betul
bergelar ‘Datuk’ begitu marah kerana tidak memanggil dengan panggilan
sedemikian.
Amalan
pemberian anugerah ini sememangnya telah mula diamalkan oleh Sultan-Sultan
Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi
ia itu diberikan kepada seseorang yang berjasa kepada Sultan dan negeri
Melaka. Pemberian anugerah ‘Tun’ kepada Hang Tuah misalnya adalah disebabkan
sumbangan beliau yang begitu besar kepada negeri Melaka pada ketika itu.
Di
Negara Barat seperti di England, “Knighthoods are awarded for great
achievement. They tend to be awarded to the most eminent actors, captains of
industry, or for some extreme sporting achievement - Sir Steve Redgrave got his
after winning gold medals for rowing in 4 different Olympic Games. Sir Patrick
Stewart has it - Captain Picard from Star Trek - because he's been a
well-respected Shakespearean actor for many years”
Cuma
aku tidak tahu pula samada pernah berlaku atau tidak pihak istana ( di England)
menarik semula pemberian anugerah yang telah diberikan sepertimana yang berlaku
kepada Saudara Anwar Ibrahim dan kepada penerima lain yang pernah mengalami
keadaan yang sama di negeri-negeri lain di Malaysia. Apakah keadaan ‘ buruk
siku’ ini hanya berlaku di Malaysia sahaja? Aku belum melakukan kajian
terperinci dalam hal ini.
Walaubagaimanapun
aku semacam bersetuju dengan kenyataan Saudara Zaid ibrahim bekas Menteri dalam
Kabinet Malaysia yang menyatakan,“It’s not proper for Malay rulers to revoke or
withdraw titles once conferred. Anwar Ibrahim is a leader. It’s his job to
question…If political, religious and hereditary leaders are beyond question,
then Malays will forever remain weak and poor….” Malaysiakini 4 Disember 2014
Abuhassanadam
London
4
Disember 2014
No comments:
Post a Comment