KENYATAAN DS NAJIB SEOLAH-OLAH TIDAK MEYAKINKAN AMERIKA
Aku sudah mengagak sebelum ini bahawa Negara luar khususnya
Amerika Syarikat akan menggunakan isu ‘Apartheid’ apabila mempersoalkan
mengenai pengukuhan Akta Hasutan di Negara ini. Negara luar melihat pengukuhan
Akta Hasutan itu sebagai ancaman kepada hak asasi manusia yang akan dijalankan
oleh kerajaan Malaysia, walaupun kerajaan Malaysia menghujjahkan bahawa Akta
Hasutan itu diperkenalkan demi kepentingan untuk menjaga keamanan Negara.
“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata demokrasi
"masih segar" di Malaysia dan berhujah bahawa Akta Hasutan 1948 perlu
untuk mengekalkan keamanan, keharmonian dan keselamatan negara kerana
polarisasi semakin meningkat” Kata DS Mohd Najib yang dipetik oleh Malaysiakini
bertarikh 8 Disember 2014.
Mungkin betul apa yang dinyatakan oleh Perdana Menteri itu,
namun Negara luar mungkin mempunyai pandangan yang berbeza terutama yang
berkaitan dengan hak asasi manusia. Mereka juga boleh berhujah berasaskan sudut
pandangan yang lain. Kita boleh memekik dan melolong cuba meyakinkan pihak luar
tentang hal berkenaan tetapi pihak luar masih tidak mahu yakin dengan hujah
kita dan yang agak malang bagi kita ialah dunia lebih mempercayai apa yang
dikatakan oleh Negara seperti Amerika Syarikat itu.
Aku teringat tentang peristiwa serangan Amerika Syarikat
terhadap Iraq yang membawa kepada pembunuhan Sadam Hussein beberapa tahun yang
lampau. Walaupun isu yang aku perbandingkan ini agak tidak begitu relevan,
namun boleh sekadar untuk dimenungkan.
Amerika Syarikat di bawah kepimpinan Bush, mahu tak mahu Iraq
mesti diserang dan Saddam Hussein mesti dilenyapkan dari bumi Iraq atas
beberapa sebab tertentu. Dan dendam Bush terhadap pengeboman World Trade Centre
merupakan ‘api dalam sekam’. Helah yang digunakan oleh Amerika Syarikat
terhadap Iraq ialah tuduhan yang mengatakan Iraq memiliki ‘weapons of mass
destruction’. Dihantarnya badan penyiasat untuk menentukan samada benar atau
tidak Iraq memiliki senjata berkenaan. Didapati tiada bukti tetapi Amerika
Syarikat ‘yakin’ yang Iraq mmiliki senjata berkenaan. Ringkas cerita, Amerika
Syarikat menyerang Iraq dan berakhir dengan pembunuhan Sadam Hussein.
Perbandingan
dengan keadaan di Malaysia kini tentulah semacam tidak relevan, namun ada juga
pengajaran yang boleh dipelajari dari peristiwa berkenaan. Gambaran yang
diberikan oleh Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Joseph Y Yun tentang tindakan
pemimpin kita memberikan gambaran yang sememangnya Amerika Syarikat merasa
kurang senang dengan apa yang dilakukan. Kenyataannya yang mengatakan,’ “This
is something really an internal affair in this country. And I mean, clearly for
the government to have this change of position on an issue that is important to
basic freedom, freedom of speech and dealing with the very plural society of
Malaysia, there must be a good reason.”Malaysiakini 8 Disember 2014
Dan
mengikut DS Najib lagi,’ "How can we maintain the country's safety and
harmony if polarisation between races is increasing?’ maka dengan sebab itulah
Akta Hasutan ini perlu dikekalkan bagi menjamin kestabilan di Negara ini. Itu
kata Perdana Menteri. Soalnya adakah pihak berkenaan menerima kenyataan
pemimpin Malaysia itu.
Sebelum
ini beberapa orang pemimpin Negara telah memberikan komen yang berbagai-bagai
mengenai kenyataan Naib Presiden Amerika Joe Biden itu. Ada yang seolah-olah
memberitahu agar Amerika Syarikat jangan menjaga tepi kain orang lain dan ada
juga yang mempersolkan tentang tindakan Amerika sendiri dalam menangani hak
asasi manusia di negaranya sendiri.
Pendek kata semua ‘pemimpin’ menyuarakan rasa
tidak puas hati mereka terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Joe Biden itu.
Aku teringat pula peribahasa Inggeris yang mengatakan, ‘ two wrongs don’t make
a right’. Mengikut huraian dari Cambridge Dictionary,”…said to emphasize
that it is not acceptable
to do something bad
to someone just because they did something bad
to you first…….It
is never right to wrong someone, even if they have wronged you first.
……Pointing out somebody's wrongdoing to you will not correct a situation by
doing wrong to that somebody”
Kesimpulannya pemimpin Malaysia mengharapkan
Amerika Syarikat menjaga tepi kain sendiri. Dan jawapan dari Duta Amerika ke
Malaysia ialah, “These are global issues now - what you do
on your environment, what you do on your labour right, they affect trade and
goods and services - more than that, now we live in a bigger international
community…..I would say this concern we have on human rights and so on, there
is now a very strong UN - the UN human rights commission and so no country is
an island”
Duta Amerika itu juga telah membangkitkan tentang peranan
Malaysia dibawah kepimpinan Tun Mahathir dalam hal penghapusan dasar Apartheid
di Afrika Selatan dulu. Sememangnya begitu besar peranan Malaysia dalam
menentang dasar Aparheid berkenaann sehinggakan di mana-mana saja persidangan
dunia, isu berkenaan dibangkitkan oleh Malaysia. Amerika Syarikat sedar hal
demikian tenatng peranan besar Malaysia itu.
Seolah-olah dia bertanya, mengapa pula Malaysia kini yang
meneruskan dasar mebelakangkan hak asasi manusia di negaranya? Semacam demikian
persoalan yang diketengahkannya.
Dan dengan kenyataan sedemikian, para pemimpin Malaysia harus
faham apakah yang sedang difikir dan terkandung dalam pemikiran pentadbiran
Amerika Syarikat itu. Bagi aku yang kerdil ini, isu Akta Hasutan dan isu
Saudara Anwar Ibrahim bukan isu kecil dan remeh. Ia perlu ditangani dengan
cermat dan berkesan.
Datuk nenek kita pernah juga berpesan,” Ular biar mati, tanah
jangan lebam dan kayu pemukul jangan patah’.
Abuhassanadam
London
8 Disember 2014
No comments:
Post a Comment