APAKAH PEMIMPIN KITA MASIH
LAGI ‘JAGUH KAMPUNG’?
Peribahasa Melayu ada mengatakan, ‘sepuluh
jong masuk kampung, anjing tetap bercawat ekor juga’ yang bermaksud bahawa
seseorang yang tidak membaiki diri walaupun banyak kemajuan berlaku disekelilingnya.
Aku rasa ramai yang setuju sekiranya aku katakan bahawa ramai di antara kita
yang begitu. Kita kena renung dan ‘periksa’ diri kita samada kita tergolong
dalam kategori demikian. Para pemimpin terutamanya kena ‘lihat’ betul-betul
samada anda berada dalam keadaan sedemikian.
Ini tidak kira samada pemimpin Negara ke,
pemimpin kampung ke, pemimpin belia ke atau pemimpin NGO ke. Yang mendorong aku
memperkatakan hal sebegini adalah disebabkan ternampak dengan jelas kini bahwa
golongan yang menggelarkan diri sebagai pemimpin itu tidak menunjukkan yang
seseorang itu mengikut peredaran zaman, yakni masih berada di takuk lama,masih
bertaraf ‘jaguh kampung’.
Dalam hal mempersoalkan isu MH 17 sebagaimana yang diketengahkan oleh Tun Mahathir melalui blognya bertarikh 11 Disember 2014, apakah sikap kita masih lagi menepati sikap 'jaguh kampung'? Kata Tun Mahathir,"I am very annoyed by the apparent exclusion of Malaysia from the investigation of MH 17.The aircraft belongs to Malaysia and the pilots, staff and quite a number of the passengers were Malaysians. Yet it seems that Malaysia is only grudgingly permitted to participate in the examination of the wreck recovered. And it is not even brought back to Malaysia.Granted the highest number of the passengers who lost their lives were Dutch. But under what law is the aircraft the property of the Dutch?
Dalam hal mempersoalkan isu MH 17 sebagaimana yang diketengahkan oleh Tun Mahathir melalui blognya bertarikh 11 Disember 2014, apakah sikap kita masih lagi menepati sikap 'jaguh kampung'? Kata Tun Mahathir,"I am very annoyed by the apparent exclusion of Malaysia from the investigation of MH 17.The aircraft belongs to Malaysia and the pilots, staff and quite a number of the passengers were Malaysians. Yet it seems that Malaysia is only grudgingly permitted to participate in the examination of the wreck recovered. And it is not even brought back to Malaysia.Granted the highest number of the passengers who lost their lives were Dutch. But under what law is the aircraft the property of the Dutch?
Ketika aku berada buat seketika di Negara
bekas penjajah ini, hampir setiap kali aku mengikuti perkembangan dalam
Parlimen mereka. Aku perhatikan amat jauh bezanya dengan cara parlimen kita
bersidang. Bergaduh juga. Bukan tak bergaduh. Tetapi yang aku amat hairan ialah
bagaimana David Cameron (Pedana Perdana Britain) berdebat dan berhujah
mempertahankan fakta yang disampaikannya. Kadang-kadang mengambil masa yang
agak lama bagi beliau menjawab segala tohmahan dan tuduhan yang dilemparkan
oleh pembangkang. Dan dijawabnya dengan tenang dan diringi dengan senyuman.
Itu agaknya cara Negara maju yang wujud dalam
kurun ke 21. Mungkin….
Rakyat Malaysia sebenarnya amat ‘merindui’
kelibat pemimpin seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Dr. Ismail,
Tun Musa Hitam, Tun Ghazali Shafie dan beberapa orang lagi yang sering kita
dengar memang hebat apabila berada dan berdebat di forum antarabangsa. Aku
pernah tengok pada suatu ketika dahulu Tun Mahathir dan Saudara Anwar Ibrahim
mendapat ‘standing ovation’ daripada hadirin ketika berucap di forum
antarabangsa. Tetapi malangnya mereka tidak lagi sebagai pemimpin kerajaan.
Rakyat Malaysia menanti-nanti kemunculan
tokoh-tokoh sedemikian dari kalangan pemimpin Negara kita yang boleh berdiri
sama tegak dan duduk sama rendah dengan pemimpin dunia lain disamping boleh
‘bersepak terajang’ di arena antarabangsa. Rakyat amat merindui kehadiran
pemimpin sedemikian untuk mewarnai politik antarabangsa dan bukan hanya setakat
menjadi ‘jaguh kampung’ sepertimana yang telah dan sedang dipamerkan kini oleh
setengah pemimpin.
Wawawsan 2020 kita meingimpikan Malayisa
sebagai sebuah Negara maju. Disamping itu para pemimpin kita juga mestilah
pemimpin yang setaraf dengan Negara maju yang diharapkan dan bukan lagi yang
bertaraf jaguh kampung. Tahun 2020 akan menjelang tiba dan kita seolah masih
meraba-raba mencari pemimpin yang bertaraf sedemikian.
Teringat pula aku tentang kata-kata Eleanor
Roosevelt yang menyatakan,’ Great minds discuss ideas; average minds discuss
events; small minds discuss people”. Aku nampak kebanyakan pemimpin kita di
Malaysia termasuk dalam kategori ketiga ia itu, “small minds discuss people’.
Berbagai peristiwa yang berlaku kini menghala kearah itu. Seolah-olah para
pemimpin kita hanya mampu membincangkan isu-isu remeh yang tidak begitu
mendatangkan faedah kepada kemajuan bangsa dan Negara.
Bagi aku keadaan sebegini agak malang
setelah lebih setengah abad Negara kita mencapai kemerdekaan. Malah jika
dibandingkan dengan pemimpin-pemimpin yang terdahulu, menampakkan bahawa
keliber mereka adalah jauh lebih maju dari kaliber pemimpin yang ada kini.
Untuk menentu dan mengadilkan kehebatan
seseorang terletak kepada apa yang dipandang dan dilihat oleh rakyat dan
masyarakat dan bukan berpandukan kepada apa yang diperkatakan oleh orang yang
‘sayang’ dan ‘sukakan’ kita. Peribahasa Melayu ada juga menyatakan bahawa,’ nak
Tanya baik kita tanyalah kepada sahabat dan hendak tahu buruk kita ditanyalah kepada musuh’.
Sehubungan dengan itu, aku tertarik juga
dengan ‘teguran’ yang diberikan oleh golongan ‘orang pencen’ (yang bukan musuh
dan bukan juga kawan) terhadap keadaan dalam Negara sekarang yang pada
pandangan mereka agak sudah tidak berapa kena. Peribahasa Inggeris ada
menyatakan,’ don’t kill a messenger’. Jadi apa yang diperkatakan oleh mereka
itu adalah merupakan pemerhatian mereka. Pandangan orang tua yang berpengalaman.
Pandangan orang yang telah terlebih dahulu ‘makan garam’. Pastinya apa yang
diperhatiakn oleh mereka adalah bertujuan untuk membetulkan ‘ dimana yang tidak
kena’ dan bukan untuk merosakkan Negara.
Amat tidak kena pula sikap dan perangai
yang ditunjukkan oleh setengah ‘orang muda’ kini yang mengkritik tentang
pandangan yang diberikan oleh golongan pencen berkenaan. Perlu diingat bahawa
tidak ada untungnya golongan pencen ini menyampaikan pandangan demikian dan
tidak rugi juga sekiranya mereka ‘berpeluk tubuh’ dan membiarkan ‘Si Luncai
terjun dengan labu-labu’nya.
Para NGO yang mengkritik secara tidak sopan
peranan golongan pencen ini harus sedar dan perlu belajar lagi
sekurang-kurangnya cara menghormati orang tua. Itu merupakan pasak dalam
kehidupan budaya orang Melayu. Sekiranya hal sedemikian tidak dihayati, maka
pemimpin sedemikian boleh digolongkan dalam kumpulan biadab…..
Abuhassanadam
London
11 Disember 2014
No comments:
Post a Comment