ANAK
MUDA HARUS MEMERANGI PERASAAN TAKUT DIKALANGAN ORANG MELAYU
Kadang-kadang
aku terfikir bahawa semenjak zaman berzaman orang Melayu sentiasa takut dan
merupakan takut yang ‘tidak bertempat’. Maknanya sentiasa dalam ketakutan.
Namun apabila dikemukakan soalan tentang apa yang ditakutinya maka jawapannya
adalah berbagai-bagai. Dan kadang-kadang hampir tidak boleh diterima oleh akal
dan fikrian.
Sudah
agak lama aku memerhatikan keadaan orang Melayu yang sebegini. Semenjak zaman
berzaman masih dalam keadaan ‘takut’. Namun tidak pula menampakkan usaha yang
begitu gigih untuk mengatasi perasaan takut dikalangan orang Melayu itu malah
diperkukuhkan lagi perasaan ‘takut’ dikalangan orang Melayu yang disemai dan
disuburkan oleh pihak tertentu.
Aku
merasakan bahawa anak muda generasi baru di Negara ini perlu mengorak lagkah
melakukan sesuatu demi untuk meyakin dan melenyapkan perasaan takut dikalangan
orang Melayu. Sekiranya tidak dimulakan oleh anak muda generasi baru, maka aku
tidak dapat meramalkan sampai bilakah orang Melayu akan sedar dan boleh
bergerak seiring dengan bangsa lain di dunia.
Aku
tidak dapat menafikan tentang penampilan keyakinan diri yang sudah mula agak
bertapak dilakangan orang Melayu, namun peratusnya agak kecil dan terlalu
kecil. Kebanyakan orang Melayu masih lagi masih merasakan diri mereka ‘kerdil’
dan tidak berdaya apabila berhadapan dengan keadaan alam keliling yang
mencabar. Yang anihnya ialah masih ramai lulusan university samada dari dalam
atau dari luar Negara masih tidak menunjukkan keyakinan diri seperti kaum lain.
Dengan lain perkataan orang Melayu masih dalam ‘ketakutan’.
Aku
hanya berani mengemukakan andaian melalui pemerhatian dan tidak ada fakta
akademik untuk menyokong apa yang aku katakan.
Aku
berani mengatakan bahawa anak-anak zaman penjajahan yang belajar di sekolah
Inggeris adalah merupakan ‘peneroka’ zaman yang berani dalam keadaan berbagai
cabaran dan ancaman yang diterima. Bayangkanlah dalam keadaan dugaan yang
berbagai-bagai anak sekolah zaman penjajahan terus berjaya melakar zaman
mencapai cita-cita. Dalam keadaan yang miskin melarat, tanpa peralatan
pembelajaran yang mencukupi anak-anak Melayu zaman penjajahan berjaya juga
mencapai cita-cita sebagaimana yang diharapkan.
Dan
yang paling penting sekali untuk dilihat dan dimenungkan oleh anak-anak muda
zaman ini ialah kemampuan anak-anak
Melayu zaman penjajahan dapat bersaing dengan anak-anak kaum lain dalam
keadaan yang sama rata. Tidak ada dasar ‘keistemewaan orang Melayu’ atau ‘Dasar
Ekonomi Baru’ untuk menolong pelajar Melayu. Tidak ada bantuan daripada
kerajaan British untuk memberikan apa-apa keistmewaan kepada pelajar Melayu.
Sama rata dan sama rasa. Sekiranya tidak berusaha dan berjaya akan terus
ketinggalan. Tidak ada siapa yang akan meratapinya.
Namun
pelajar Melayu masih ada yang berjaya maju kehadapan walaupun ramai yang gagal
dan tertinggal.
Persoalan
yang ingin aku kemukakan ialah mengapa ramai juga pelajar Melayu pada ketika
itu yang boleh berjaya dan bersaing dengan anak-anak kaum lain (Cina dan India)
untuk mencapai kejayaan, tanpa ada bantuan dari pihak kerajaan British. Dan
bukan sahaja di Negara sendiri, malah dapat mengatasi pelajar lain di
university luar Negara. Mengapa?
Aku
merasakan bahawa sudah sampailah masanya anak Melayu kurun ke 21 mengorak
langkah meninggalkan’ amalan-amalan’ yang dirasakan kurang berfaedah demi
kemajuan bangsa dan Negara. Anak-anak muda zaman ini perlulah memilih
kegiatan-kegiatan yang perlu dilakukan sesuai untuk zaman yang dilalui kini.
Dan agak penting juga difikirkan bahawa anak muda zaman ini perlu berani dan
tidak diselubungi oleh perasaan ‘takut’ yang sentiasa diwar-warkan oleh
golongan-golongan tertentu yang berkemungkinan mempunyai agenda politik yang
terselindung.
Yang
paling penting untuk disematkan dalam hati dan perasaan anak muda Melayu
bahawa, kaum Cina dan India bukannya merupakan ancaman kepada kemajuan orang
Melayu. Malah pada tanggapan aku sekiranya betul cara dan acuannya kaum Cina
dan India mungkin boleh dijadikan rakan dan ‘pelengkap’ kepada kemajuan orang
Melayu dan bangsa Malaysia. Aku amat yakin keadaan sedemikian akan wujud. Hanya
menunggu masa dan ketikanya sahaja.Mungkin aku tidak dapat melihat dan
‘menikmati’ suasana demikian. Namun aku tetap berdoa dan mengharapkan sesuatu
akan terjelma.
Orang
Melayu terpaksa mengakui kelemahan yang ada padanya berbanding dengan kaum Cina
dan India. Walau ditinjau dari segi apa pun orang Melayu masih ketinggalan.
Namun tidak pula bererti bahawa orang Melayu tidak boleh maju dan berjaya
seperti bangsa lain sekiranya usaha yang dilakukan sama dan setanding dengan
usaha kaum Cina dan India itu.
Dari
segi sikap, orang Melayu terpaksa mengakui bahawa orang Melayu tidak banyak
berubah berbanding dengan orang Melayu zaman sebelum merdeka. Kenyataan ini
juga boleh dipertikaikan. Namun itu merupakan satu persepsi. Zaman pentadbiran
Dr Mahathir kelihatan usaha ke arah mengubah sikap orang Melayu tetapi akhirnya
beliau sendiri menagatakan bahawa beliau juga tidak berjaya melakukan
sepenuhnya.
Kini
usaha sedemikian mungkin ada dilakukan tetapi semacam tidak ketara. Yang hanya
nampak jelas ialah usaha menakutkan orang Melayu supaya sentiasa berwaspada
terhadap anacaman terhadap bangsa Melayu dan agama Islam. Dan yang anihnya
ialah apakah sememangnya betul ada dan wujud ‘ancaman’ sebagaimana yang
dikatakan itu.
Anak
muda Melayu yang progresif perlu mencari jawapannya.
Abuhassanadam
London
20
Disember 2014
No comments:
Post a Comment