IKAN BUSUK MULA
DARI KEPALA, TEGAS ZAHID
Aku
terpaksa ‘meminjam’ tajuk di atas daripada Malaysiakini (bertarikh 15 Disember
2014) disebabkan menariknya tajuk berkenaan.
Bagi
aku apa yang diucapkan oleh DS Zahid Hamidi ini merupakan satu perkembangan yang
luar biasa dari pihak kerajaan yang sudah berani berterus terang dengan keadaan
yang sebenar yang wujud di Negara ini. Jarang pemimpin-pemimpin Negara yang
berani berterus terang sebegini. Kebanyakannya sentiasa menafi dan
mempertahankan diri seolah-olah ‘menegakkan benang basah’.
Kenyataan DS Mohd Zahid Hamidi amat tegas sekali dan sudah
lama dinanti-nantikan oleh rakyat yang mahu melihat Negara ini dalam keadaan
terkawal. Kenyataannya berbunyi, “"Ikan busuk bermula daripada kepala.
Oleh kerana kita adalah kepala, kita kena jaga integriti itu……….Ini memerlukan
komitmen bersama. Persepsi negatif di luar sana, masanya sudah tamat, untuk
kita melakukan sindrom penafian….Jangan fikir bahawa orang tidak tahu, apa yang
kita lakukan," katanya dalam ucapan merasmikan Persidangan Pesuruhjaya
Polis, Ketua Polis, Komander dan Komandan di Maktab Polis Diraja Malaysia
(PDRM) di Cheras pagi ini.
Tentulah sedap bunyinya ucapan yang disampaikan dan rakyat pun
mungkin juga ‘termakan’ dengan kata-kata sedemikian. Tetapi persoalannya ialah
apakah kata-kata sedemikian dapat dikotakan. Yang penting untuk dilihat oleh
rakyat ialah pelaksanaannya. Dan tentu juga ada dikalangan rakyat yang merasa
sangsi dengan kemampuan pihak Menteri untuk melaksanakan apa yang diucapkan
itu. Apakah dapat ‘meresap’ ke bawah ucapan yang disurakan oleh YB Menteri
Dalam Negeri itu.
Aku tidak tahu sejauh mana seriounya ‘barah’ yang ada dalam
pasukan polis kita. YB Menteri Dalam Negeri tentu tahu sejauh mana parahnya
yang menyebabkan beliau sanggup menyuarakan ketidakpuasannya itu. Cuma aku
hanya boleh nyatakan bahawa melalui cakap-cakap kedai kopi, sememangnya apa
yang dinyatakan oleh menteri berkenaan ada asasnya. Seolah-olah rakyat sudah
hilang kepercayaan terhadap pasukan polis.
Namun begitu jangan pula dinafikan seratus peratus sumbangan
pasukan polis terhadap kesejahteraan rakyat di Negara ini. Kecekapan pasukan
polis menangani jenayah tidak boleh dilupakan. Cuma disebabkan ‘seekor atau dua
ekor kerbau yang membawa lumpur maka habis semuanya terpalit’. Inilah yang
berlaku kini. Dan aku yakin bahawa
yang disebut oleh DS Zahid itu adalah berkaitan dengan kegiatan ‘beberapa ekor
kerbau’ itulah.
Terlanjur membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan pasukan
polis, terpanggil juga aku untuk menjelaskan serba sedikit keadaan keselamatan
di Negara-negara luar. Tahun lepas aku berada di Buneos Aires, Argentina.
Semasa berada dalam bas pelancongan, para pelancong telah dinasihatkan agar
tidak melawat setengah tempat di bandar itu kerana amat ‘merbahaya’. Tidak tahu
pula aku sejauh mana bahayanya. Kami hanya dapat melihat dari jauh keadaan
tempat berkenaan. Dari penglihatan aku sememangnya menampakan sebagai tempat
‘orang jahat’. Dan keadaan dan larangan sedemikian tidak berlaku di negara kita
terutamanya di bandar-bandar besar di negara kita. Menunjukkan pasukan polis
kita masih berkesan dari segi pengawasannya.
Kini aku berada di London. Sudah sebulan aku berada di sini.
Tinggal rumah anak. Satu perkara yang aku dapat perhatikan disini, berkaitan
dengan keselamatan banadaraya London ialah dari segi keselamatannya. Sepanjang
aku berada di sini terasa suasana amannya. Tidak pula aku menafikan tentang
adanya jenayah yang dilakukan di sini, namun perasaan tenang dan selamat itu
wujud di hati dan perasaan. Belum lagi kedengaran cerita ‘pecah rumah’
sebagaimana yang biasa kita dengar berlaku di kawasan rumah kita di Malaysia.
Antara yang meyakinkan aku bahawa tempat ini agak terselamat
ialah bahawa tidak terdapat ‘grille' di tingkap-tingkap atau di pintu rumah mereka.
Tidak ada pagar untuk memagar rumah seperti mana yang teradapat di kawasan
Subang Jaya atau di Petaling Jaya yang kadang-kadang kelihatan seperti
‘war-zone’. Seolah-olah sedang berlaku peperangan yang hebat di Negara kita.
Apabila keluar rumah, aku sering menasihati anak aku agar
mengunci rumahnya dengan sempurna, pabila melihat yang pintunya tidak berkunci.
Aku merasa hairan dengan keadaan demikian. Jawapan yang diberikan oleh anak aku
ialah, ‘tak apa…orang sebelah ada. Lagi pun tidak ada pencuri di sini…..”
Seolah-olah suasana kampung aku tahun 60an dulu, sudah
‘menjelma’ di London. Aku masih teringat semasa aku kecil-kecil kebanyakan
rumah orang kampung aku tidak berkunci. Dan bila-bila masa boleh dimasuki.
Tidak ada larangan. Seolah-olah semua rumah di kampung itu milik kita. Dan
tidak pernah pula berlaku kecurian. Lagi pun apa barang yang hendak
dicuri…..miskin belaka.
Aku harap DS Mohd Zahid Hamidi dapat mewujudkan keadaan
sedemikian ( seperti suasana kita di kampung zaman dulu) di Malaysia dibawah pimpinannya….
Abuhassanadam
London
15 Disember 2014
No comments:
Post a Comment