Tuesday, January 1, 2013

Salam

Salam untuk semua,

Aku ‘Kampung Boy’ tulin. Nama kampungku adalah Kampung Keruh Hilir Padang Rengas, Perak. Selalu menganggap diri sebagai ‘anak alam’ dan ‘very rich in poverty’. Dek tekanan kemiskinan riwayat persekolahan formal aku hanya setakat Tingkatan Tiga ( Clifford School Kuala Kangsar). Dengan izin Allah, dan atas usaha sendiri yang dipasak dengan semangat waja berjaya juga menjejak kaki ke Univesity Malaya ( 1974) . Kemudian dengan keizinan Allah juga mendapat ijazah Sarjana dari Stanford University , USA. ( 1986).

Tak pernah terfikir dek aku ‘ kampung boy ‘ boleh menjejakkan kaki di Stanford University, Amerika Syarikat – an Ivy League. 

Jikalau diizinkan Allah akan ku ceritakan perjalanan hidup ku yang penuh dengan ‘ onak dan diri’ itu. Bukan untuk bermegah-megah ( tak sehebat mana pun ! ) tetapi untuk sekadar membekalkan sedikit semangat anak-anak kampung ( yang senasib dengan aku ) untuk terus berjuang menuju cita-cita yang murni.

Menceritakan kejayaan dan pencapaian memang seronok dan membahagiakan. Tetapi melalui perjalanan untuk mencapai kejayaan adalah satu ujian yang betul-betul mencabar.

Atas desakan beberapa pihak, ‘Orang Tua’ ini terpanggil untuk berkongsi pengalaman dengan ‘ Orang Muda’ di luar sana untuk membicarakan beberapa isu kepentingan bangsa dan negara, tanpa mengira kaum dan kefahaman beragama ‘ Without fear or favour ‘.

Berlatarbelakangkan pengalaman sebagai guru, pentadbir dan perancang pendidikan dan sebagai bekas Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia United Kingdom ( MSD ) di London,yang banyak bergelumang dengan anak-anak muda, saya mahu blog ini sebagai wadah bagi anak muda,( para eksekutif, pelajar , guru muda dll) untuk berdebat dan mengemukakan pandangan dan pendapat ke arah memartabatkan bangsa dan negara.

Disamping menjadi seorang pendidik, saya berkecimpung juga dalam bidang penulisan rencana dalam akhbar-akhbar dan majalah disekitar tahun-tahun 80an dan 90an. Antara buku yang dihasilkan, “ Wawasan 2020 “( 1990), “ Menebus Marwah’ ( 1994 )‘ Dari Bryanston Square London’ ( 2000).

Moga-moga hasrat dan impian murni ini diberkati Allah jua.

Abuhassanadam

Menjelang Fajar 2013

No comments:

Post a Comment